villakamimicasamawar

Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

No Gas, No Water, No Petrol

Assalamualaikum...
holla...

Sudah hampir seminggu bandar Jerantut dikelilingi air deras akibat banjir...putus semua jalan darat untuk keluar ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka atau ke Temerloh. 

Bekalan air bersih pun semakin kurang, gas masak pun menjadi rebutan...petrol sold out...huhuu

Ini episod cikNor dan encek Shuben mengejar lori gas...hehehee...Alhamdulillah dapat beli gas tanpa berebut because we are the first customer there...berbaloi-baloi follow dari jalan nak ke Damak sampai ke bandar Jerantut. Mulanya kitaorang nak ke Damak cari gas tapi berselisih dengan lori gas cikNor ajak encek Shuben follow...dea kata oke jugak sebab kalau terus ke Damak entah-entah kat sana pun gas tak ada...rugi jer dah ler petrol pun terhad, nanti minyak kete abes tak ada pula pam minyak yang beroperasi sebab semua pam minyak di Jerantut tutup...no fuel!!!
Stok air untuk minum dan masak...
Stok untuk basuh-basuh. Ada satu tangki di bilik dobi yang masih ada airnya. cikNor pesan pada anak-anak untuk mandi atau ke tandas ambil air dalam tong-tong yang kat depan  rumah tu, air tangki yang di bilik dobi untuk wuduk sahaja.

Masa entry ni ditulis (1 Januari 2015) air dah ada tapi katanya untuk dua hari jer...huhuu...jadi bermulalah misi menadah air dalam semua bekas yang ada. Mudah-mudahan semua tangki air kat rumah cikNor pun sempat penuh. Bila air dah penuh barulah boleh lompat bintang...THOINK...THOINK...THOINKkkk!!!

Moga keadaan makin baik...in shaa Allah

Sunday, December 28, 2014

Cerita Duka Penghujung 2014

Assalamualaikum...
Holla semua,

Rasanya seluruh negara sudah sedia maklum dengan cerita banjir teruk yang melanda di Pantai Timur. Tidak terkecuali juga negeri-negeri lain di Malaysia kann...sangat sedih...sungguh pilu.

Tempat cikNor pun tak terkecuali...Jerantut.
Bandar Jerantut dikelilingi air...semua jalan masuk ke bandar Jerantut dah terputus, jadilah macam pulau. Masuk hari ke 5 taman-taman perumahan di pinggir bandar mulai ditenggelami air. Semua orang dah mulai panik dan risau. Bermulalah operasi memindah barang dan berpindah ke tempat yang lebih selamat. Simpati kepada mangsa-mangsa di Taman Sri Idaman, Taman Ria, Taman Wira dan kawasan-kawasan yang berdekatan.  

Alhamdulillah, taman perumahan cikNor selamat lagi setakat entri ini diupload...

Kemudian bila sudah terkepung dalam banjir segala macam stok pun semakin kurang. Kami di sini telah kehabisan air bersih sebab loji air terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. Stok air mineral di semua pasar raya pun dah sold out...berjimat cermat dengan air yang ada...huhuuu




 Rumah kawan cikNor. Kereta dia tak dapat diselamatkan sebab tuannya ada di Kota Bahru...
also stucked there, poor of him.









 Sekolah cikNor jadi penempatan mangsa banjir tetapi akhirnya terpaksa pindah jugak 
sebab air terus naik...sabarlah duhai hati...






Moga musibah ini akan cepat berakhir...

Friday, September 14, 2012

Dah selesaiii...

Akhirnya....berakhirlah sudah tempoh kurantin family cikNor. Semuanya disebabkan semua orang sama-sama support putera sulung cikNor, dak Danial yang nak exam UPSR baru-baru ni. Sebelum ni semua program jimba-jimba di-KIV dulu sebab nak beri ruang buat dak Danial untuk study & tution...
 
Bukan jer xtvt jimba-jimba ter-stop, xtvt meng-update belog pun terkene tempiasnya...ini merupakan update cikNor yang pertama selepas sekian lama berhibernasi. Bukannya apa, time dak Danial sibuk nak exam itu ari cikNor memang lupakan sume xtvt cikNor termasuklah baking-baking...cikNor habiskan hari dengan melayan keperluan putera ku yang hensem tu (^_^)

Start Sabtu ni kitaorang dah penuhkan dengan agenda untuk beraya maklum ler masa cuti raya lepas kitaorang tak beraya sangat sebab tak nak dak danial tu leka duk mengumpul duit raya...haha

Pengalaman pertama anak menduduki exam besar buatkan cikNor pun turut sama terasa macam nak demam, tidur tak lena...en Hubby biasa jer, dia kata sebab dia dah biasa ajar budak tahun 6 so debaran tu dah makin kurang. cikNor lak tak penah ajar budak tahun 6 sebab tu rasa betul-betul debaran baru datang masa anak sendiri jer...masa dulu berdebar gak tapi berdebar nak tengok result !!!
 
Apa-apa pun cikNor memang sangat-sangat berterima kasih pada cikgu-cikgu tahun 6 di SKBN yang tak jemu-jemu bagi tunjuk ajar...dari hari isnin hinggalah ke ahad sentiasa dipenuhi dengan tution untuk anak-anak didik. toce...toce...moga Allah swt membalas jasa kalian.
 
Bila exam dah abes sekarang ni tinggal berdoa sajalah moga kejayaan yang cemerlang untuk dak Danial dan kawan-kawannya.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan bermulanya suatu perubahan

Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua (sudah masuk hari ke-3 baru sempat nak post entry ni...)

Biasanya kalau di sekolah dalam bulan Ramadhan biasanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti keagamaan...samalah macam Sekolah Bukit Nikmat, ustaz dan ustazahnya dah aturkan macam-macam program yang melibatkan cikgu-cikgu dan murid-murid serta geng-geng pekerja sekolah (PT, tukang kebun dan tukang sapu).

Hari Jumaat lepas ustaz dan ustazah dah mengedarkan penanda buku yang dicetak dengan bacaan niat puasa, niat berbuka puasa dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.  Semua murid dan guru dapat penanda buku ni...terima kasih Panitia Agama.

Banner yang digantung sempena sambutan
 Ramadhan al-Mubarak. 
Ini adalah hasil kerja ustaz Jefri dan guru-guru
 (sekolah kampung so banner buat sendiri jer,
gotong-royong...apa yang penting kerjasama...) 
Kemudian setiap pagi Isnin (bermula pada hari ini 23/07/2012) sepanjang Ramadhan ada bacaan tazkirah.  Hari ini Cikgu Akhma (Guru Penolong Kanan 1) punya turn, next week cikgu lain pulak.

Damai suasana waktu rehat sebab semua warga SKBN bertadarus bersama kumpulan masing-masing. Selepas semua sudah tamatkan bacaan masing-masing pada 14 Ogos ini akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran.

Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Thursday, May 10, 2012

cikNor mengidam...

huhu...kite teringin sangat dengan satu barang ni. Jadi untuk merealisasikan keinginan tu maka dengan penuh tekun cikNor mengumpul kupon (dah jadik macam org yg kat dlm program extrem couponing yang kat Astro tu) hinggalah tiba harinya...

Benda alah ni adalah Snack Maker brand Empress yang dalam katalog Great Redemption Cosway. Best taw snack maker ni pasal 3 in 1. Boleh buat waffles, sandwich dan untuk grill. Harganya boleh tahan la RM229.00 tapi kalau guna RP kurang sikit jadi RM129.00. Tapi cikNor berhajat nak tukar dengan kupon sebab lagi murah...38 kupon + RM70.00 jer...berbaloi kan...

Dah berangan kalau dapat snack maker ni bolehlah buat waffles..hurmm, siap google lagi cari resepi waffles yang sedap walaupun kat DNA Bakery (kedai yang membekalkan barang membaking cikNor) ada jual tepung waffles...excited + teruja la katakan..hehee
inilah benda ajaib yang cikNor idamkan...tapi
tak dapat...huhu
Tapi tu lah...selalunya apa yang kita idamkan belum tentu akan dapat walaupun ibaratnya sebelah tangan jer lagi nak mencapainya...sob...sob...sedey taww...

Habis sume kedai Cosway kat Jerantut cikNor pergi sumenya kata dah tak der stok...huaaaa...nape tak der??? Salesgirl kedai Cosway tu kata sebab on June akan keluar katalog redemption yang baru so barang yang dah abes stok dah tak dikeluarkan lagi...sabar cikNor...sabarrr...

Kaedahnya...mengidamlah cikNor dengan snack maker ni... :(

Friday, May 4, 2012

Rumahku Syurgaku...Part 1

Sudah masuk bulan ke-5 cikNor pindah rumah baru.  Sebenarnya belum abes mengemas, masih byk barang-barang yg duduk diam-diam dalam kotak.  Tak sangka banyak jugak barang-barang cikNor yer...

Bila nak guna barang barulah bongkar kotak-kotak yang sekalian ada tu...patut lah kawan kat tempat keje cakap dia pun sampai setahun baru betul-betul rumah kemas!!! Betullah tu...balik kerja dah penat, nak rehat, nak masak, nak membasuh...bla...bla...bla...(nak tengok AFC, nak tengok Food Network Asia, TLC lg...hehe) so tangguh lg keje mengemas.

Sudahnya bahagian ruang tamu jer yang betul-betul kemas cuma belum dideco-deco oleh eric leong jer sebab en Hubby kata kalau ada tetamu tak der la kene duk atas kotak...haha

Kemudian ruang dapur sebab itu tempat yg faberite...yer lah kalau dah rupa tongkang pecah macam manalah nak masak, makan bagai...betul tak...

Bila keadaan macam ni baru lah terasa alangkah best nyer kalau ada maid, tolong mengemas pun dah oke...yg lain cikNor sorang buat pun xper...




Bilik tamu yang belum boleh dihuni oleh tetamu sebab belum abes kemas...banyak lg barang-barang diperamkan kat sini...huhu
Kabinet kaler kuning lemon tu adalah tempat pengstoran segala macam aset...barang-barang baking, pinggan-mangkuk, periuk belanga...maklumlah rumah teres 2 tingkat pas tu kat taman perumahan so itu jer lah tempat yg ada untuk menyimpan barang...
Zon ni dah siap cikNor kemas sebab ni kawasan jajahan membaking cikNor...
laluan ke ruang tamu...dan dapur masak-masak
Di bahagian dapur ni pun ada kabinet jugak tapi tu sume tempat cikNor simpan peralatan memasak yang selalu diguna dan koleksi tupperware kesayanganku.
Ini zon cikNor membaking...ada satu ice box  kecik bawa dr rumah lama.
sentimental value tu sbb en Hubby punya masa duk rumah bujang dolu-dolu...
sekarang ice box tu jd tempt menyimpan stok membaking & tempat menyimpan kek
Tak sabar rasanya nak tunggu rumahku syurgaku tersusun kemas...

Monday, December 5, 2011

Jalan-jalan kat Batu Pahat terus sampai ke Muar...

Cuti sekolah kali ni awal cikNor balik Johor...ari Sabtu dah gerak ke JB. dak Eisya & dak Danial suke jer sebab lama dapat main dengan cousins dorang. Balik kampung awal sebab kitaorang nak sambut ipar en Hubby balik dari Mekah, amik berkat...amin...

Firstly kitaorang ziarah ipar yang duk kat Taman Perling.  Lepas tu terus gerak ke Batu Pahat sebab en Hubby nak tengok games softbol bawah 16 kat Sek Men Teknik Batu Pahat. en Hubby tak jadi umpire kali ni juz pegi bagi sokongan moral kat team Pahang. Lama jugak la kitaorang berkampung kat Batu Pahat, pagi petang ke padang...hurmm, berbaloi-baloi team Pahang Lelaki & Perempuan jadi JOHAN.

Taw tak apa yang bez kat Batu Pahat??? NASI BARIANI...kat TV3 pun pernah ada cite pasal nasi bariani Batu Pahat ni. Nasi Bariani Gam yang paling glamer & special...dulu tak taw jugak nape la nama nasi bariani gam, ingatkan taruk gam kat nasi tu (hehehe...giler hapa...) rupanya cara masak nasi bariani gam ni lain sikit dari nasi bariani yg biasa tu. Bila nasi tu dah kering air & hampir masak dorang lekatkan bancuhan tepung keliling tudung periuk dan matikan api...so wap nasi tu tak keluar & nasi pun akan masak dengan elok tanpa ada kerak...nasi pun sangat-sangat lembut.

Masa berkampung kat Batu Pahat kitaorang p makan kat dua tempat yg jual nasi bariani ni...dua-dua tempat ni memang femes la kat Batu Pahat, Nasi Bariani Mat Shah & Nasi Bariani Mat Bond...hurmm..dah rasa dua-dua tempat tu cikNor bagi 5 bintang kat Mat Bond memang bez. Nasinya sedap & lembut, kari kambingnya, dalca, pajeri nanas, acar buah sangat sedapp...yang Mat Shah pun oke gak tapi Mat Bond punye lagi sedap. 
Ini signboard restoran Nasi Bariani Mat Bond.

Pintu masuk restoran...signboard tu ada alamat penuh restoran ni kat Bukit Pasir, Batu Pahat
Hari last games softbol kitaorang gerak Muar, rumah kakak en Hubby nak ziarah ipar yg balik Mekah jugak. Kitaorang siap tapaw nasi bariani Mat Bond bawa ke Muar...RM73.00...nasi, kari kambing, kari ayam, dalca, pajeri nanas & acar buah...
On the way ke Muar singgah pulak beli kupang segar.  Sebenarnya sepanjang laluan nak ke Muar tu banyak gerai jual kupang segar.  en Hubby borong kupang 2 kilo, siput sedut pun 3 kilo...hahh, bukan setakat puas hati makan tapi puas hati jugak mengerjakan benda alah tu...nasib baik la ada askar kat rumah kakak ipar tu menolong bersihkan siput sedut tu...kalau tak terguling-guling gak ler...hahaha
Pakcik tu musti gumbira sebab en Hubby banyak borong kat gerai die...hehehe

Sampai kat rumah kakak ipar di Serom 4 tu kitaorang pun berkendurilah dengan nasi bariani Mat Bond. Kepada sesiapa kalau sampai ke Batu Pahat carilah restoran Nasi Bariani Mat Bond ni dan rasailah kesedapannya...

hurmm...cikNor rasa macam badan dah dumox sikit la start cuti ni...huhuu...bile balik kampung makan tak hengatt...maklum lah kat JB ni banyak sangat makanan yang sudap-sudap...arghhh...tolong, dah jadi raksasa...diet, diet...

Monday, November 21, 2011

Fondant Oh Fondant...

...musim kenduri kawen dah tiba...bez-bez,
boleh cuti masak-masak...hehehe...

owhh...mari kite cuci-cuci mata dengan kek fondant di bawah (o_O)

Sebenarnya ini kek fondant yang kak Linda buat bukan cikNor...saje jer nak post kat villakamimicasamawar ni. Nak buat sendiri tak pandai so tengok yang orang punye jadilah...
Walau macam mana pun cikNor nak jugak belajar buat kek fondant ni, cuti sekolah ni cikNor nak amik kelas fondant nanti boleh buat kek fondant yang cantik macam kak Linda pastu boleh lah buat untuk hantaran adik cikNor...hurmm...kan dah jimat tu...ewahh,kunun kakak mithali...hahaha

P/S~credit to kak Linda coz pinjam gamba kek fondant die untuk tayangan perdana kat belog cikNor.

Monday, November 7, 2011

Bufday cikNor @ Camping

Minggu yang sibuk...cikNor berkursus kat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuantan (BTPN) dari 3 hb Okt sampai 6 hb Okt. Habis kursus terus masuk kem pulak...perkhemahan bersepadu unit uniform. Penat...hurmm, memang lah penat tambahan pula cikNor demam dari tempat berkursus lagi...ingat nak amik MC tapi tak sampai hati lak sebab cikNor dah diamanahkan oleh GPK koko jadi photographer utk program tu.

Sampai kat sekolah sume tegur bile tengok muka cikNor yang pucat & cengkung...lama lak demam sampai xlalu nak makan. Pergi klinik amik ubat baru kurang sikit demam. Sebenarnya cikNor susah sikit nak jumpe doktor kalau demam tapi disebabkan dah xmampu menanggung derita barulah pergi klinik...demam hampir 5 hari mau nyer tak sengsara...pas tu doktor tanya pulak nape lambat datang, spontan cikNor jawab sebab tengah berkursus, baru balik kursus tu baru datang...taw takut kene marah dengan doktor...hahaha

Kat sekolah keje cikNor amik gambar jer...salah satu tugas GPM...dalam pada tu tolong gak la mana-mana yang patut. Meh la kite layan antara photos yang cikNor amik masa camping tu...
Yang ni gamba budak lelaki, terpaksa shot gambar ikut jantina pasal ramai sngt peserta...maklum la semua budak Tahap 2.
Ini pulak geng perempuan...tayang sijil pulak tu. Ini sapalah yang amik gambar, muka cikNor nampak sekerat jer...huhuhuu
Si baju merah tu GPK koko cikNor, cikgu Zainal Sagir bersama dengan S/U nyer yang brbaju oren...Faidz
Ini lah geng-geng wanita yang menjadi tukang masak untuk kanak-kanak riang...hurmmm...sume nampak happy kan??? citer apa cikNor xtaw sbb cikNor sibuk snap gamba jer...
Boss yang menyelaras aktiviti camping, cikgu Anuar tapi kami suke panggil die chief sbb die otai & serba-serbi taw...baguihh chief ni bagilah keje apa pun kat die sume akan jalan dgn lancar.
Ni pulak cikgu Azhar...tengah buat unggun api nak bakar ayam dalam buluh.
wahhh...budak dua orang ni kalau bab berlakon memang serah kat dorang...Hafiz & Faidz...basuh buluh untuk bakar ayam...
Tengok gaya chief berjalan...inilah barisan kita yang ikhlas berjuang...

Close up belakang chief...baju tu mahal taw, limited edition...sebenarnya chief ni org penting kat pusat kokurikulum JPN Pahang.
Dalam sibuk-sibuk bercamping tu sebenarnya kene tarikh bufday cikNor, dah lupe mulanya...
dan yang lebih bez nyer cikNor berkongsi tarikh dengan Faidz...8 Oktober. Tengok tu Faidz letak tangan die kat 8 Oktober 2011.
Nak interframe la pulak dak Faidz ni...
Inilah kak Ja...QM kitaorang. Pandai bab masak-masak utk makan org ramai...kitaorang pandai makan jer...hahaha...selalunya kak Ja adalah org yang dipertanggungjawabkan bahagian jamuan tak kira lah apa-apa event kat sekolah die lah orang nyer...
Rosdi...sedang perturunkan ilmu memasang khemah...
Chief tengah check ayam dalam buluh..."hurmm...masak ke tak masak ni.??"
en Guru Besar, cikgu Ismail & GPK koko, cikgu Zainal...ni dorang posing masa majlis penyampaian hadiah dan sijil, penutup camping.
Jejaka Malaya...hehehee

Itu sebahagian daripada coretan Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SKJ1 tahun ini...insyaallah, tahun depan jumpa lagi.