villakamimicasamawar

Showing posts with label kek cawan. Show all posts
Showing posts with label kek cawan. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

Kek Pisang Kukus Versi Cuppies

Assalamualaikum wbt...
Holla...jom buat kek pisang kukus!!!


Semenjak dua menjak ni cikNor sangat suka mengukus...nak tau kenapa???
sebab....


hehehee...set kukus brand tupperware ni ler, kerja mengukus semudah ABC (hahaaa...cam iklan pulak!)
APAaaa...tuppaware??? Macam mana nak kukus tak terbakar ker??? tak cair ker plastik tu...hahaaa...ada trick nyer la puan-puan, akak-akak, adik abang sekalian...

Kita perlukan kuali leper, kemudian isikan air separas garisan pengukus kita...sikit jer air jadi memang cepat air tu mendidih. Bila air dah mendidih baru kita letakkan kukusan kita ke dalam kuali...tunggu 10 minit dahhh...siap. Senang kannn...???

Istimewanya pengukus ni kita boleh angkat terus dihidangkan dengan pengukus tu jadi makanan yang dikukus sentiasa panas ( tak ada lah sampai sehari suntuk, dalam 5 jam gitu...oke hapaa....)

Dah macam party tupperware pulak cikNor ni...heheee

Disebabkan pengukus ni kecik jadi cikNor buat mini cupcake, lagi pun kalau kecik comel cam ni lagi mudah nak makan tak perlu potong...kannn...

sebelum dikukus...
selepas dikukus...gebu jerr...
motif ~ nak tayang kuali AVON MasterCook...hahaa...
Sedang tunggu giliran untuk sejuk...
yang ini cikNor menggeletis nak letak cip butterscocth...sedap jugak cuma rupa kurang menarik...hehee..

 KEK PISANG KUKUS

Bahan A
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
- semua bahan ini disatukan dan diayak

Bahan B
4 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen pisang

Bahan C
1 cawan pisang lenyek (cikNor guna 4 biji pisang berangan)
3/4 cawan minyak jagung

Cara-cara :
  • telur dan gula disatukan dan dipukul kembang, kemudian masukkan esen pisang pukul lagi.
  • masukkan pisang lenyek dan minyak putar sebati.
  • masukkan tepung sikit demi sedikit hingga habis, pukul agar sebati.
  • panaskan air kukusan hingga mendidih, masukkan adunan ke dalam cawan kertas  kemudian kukus guna api sederhana selama 10 minit.



Selamat mencuba.

Monday, September 30, 2013

Red Velvet Cupcake

Wahhh...akhirnya, cikNor berjaya jugak meng-update blog cikNor yang suam-suam kuku ni...hehee...
Fuhh...fuhh...berhabuk sudaa...mari kesat-kesat...mari vacum debu-debuan (eh, betul ke ni debu-debuan...hahaa...)

Bukan tak ada cerita nak digebangkan, bukan tak ada kisah nak diautakan tapi jawapan klise...
"ai busy la yunk!!!"
Sebenarnya hati ini menggeletis nak update blog sebab nak menayang mini cupcake red velvet kita yang sungguh menggoda selera yang boleh menyebabkan diet tolak tepi...hehehe(ciss...riak sungguh tu!)
Resepi ni sama aje macam red velvet yang biasa cikNor buat cuma yang ini di-cupcake-kan sebab dak Eisya nak bawa ke sekolah sempena Jamuan Merdeka Raya. Bila dibuat cumel-cumel cam gini senanglah sikit rama-rama kecil tu nak makan...amik sebiji terus ngap ajer...








RED VELVET CUPCAKE

Bahan-bahan :

5 biji telur gred B
250 gm unsalted butter
3 cawan tepung naik sendiri
3 tbs serbuk koko
2 cawan gula kastor
4 tbs pewarna merah
1/3 tsp garam halus
1 tbs baking powder
1 tbs cuka
1 cawan buttermilk

*Homemade buttermilk
1 cawan susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka, biarkan seketika sebelum diguna (anggaran 15 minit)

Cara-cara :

  • Panaskan oven 180c (15-20 minit).
  • Tepung, serbuk koko dicampur dan diayak. 
  • Mentega dan gula dipukul kembang, masukkan telur sebiji-sebiji sampai habis.
  • Campurkan pewarna merah ke dalam buttermilk, kacau sebati.
  • Masukkan tepung ke dalam adunan butter secara berselang-seli > tepung + buttermilk + tepung + buttermilk + tepung...pukul perlahan hingga sebati.
  • Kemudian tinggikan speed pukul lagi hingga adunan kembang dan ringan.
  • Masukkan  adunan red velvet ke dalam cawan kertas,
  • Bakar selama 30 minit suhu 180c.
  • Sejukkan dulu sebelum dihias.
Cara membuat cream cheese frosting :

250 gm cream cheese
100 gm butter
1 cawan coklat putih - cair
1 cawan gula

  • Butter dan gula dipukul hingga gebu, kemudian masukkan coklat putih.
  • Pukul lagi adunan tersebut hingga berkrim.
  • Dalam bekas lain pukul cream cheese hingga berkrim.
  • Campurkan adunan butter ke dalam cream cheese pukul lagi hingga gebu dan berkrim.
  • Sedia untuk dihias atas cupcake.




Wednesday, February 13, 2013

Pandan Marble Cuppy Cake

Holla, buat semua...bertemu lagi setelah lama bercuti demi melangsaikan tugasan co-bisness. Alhamdulillah segalanya telah berjaya dibereskan mengikut masa yang dijadualkan, moga-moga yang baik-baik sahaja bakal diterima kelak.
 
Sebenarnya sudah terlalu banyak bahan yang disimpan untuk dikongsi bersama, salah satunya adalah pandan marble cuppy cake ni...resepi ini cikNor dapat daripada kak Azlita masam manis cumanya cikNor dah transform-kannya jadi cupcake @ kek cawan (credit to tuan punya resepi, kak Azlita dan Yatie sebab sharekan resepi yang sedap dan mudah ini). Sebelum ni cikNor dah buat kek pandan marble, ternyata rasanya sangat sedap. Kebetulan ada event di rumah mommy cikNor,
my mommy minta buatkan kek cawan untuk  buah tangan tetamu maka dengan sebab itulah pandan marble cake ni bertukar jadi pandan marble cuppy cake.
 
cikNor cuma gantikan pandan paste dengan coconut pandan emulco dan tambahan sebanyak 50gm tepung gandum (untuk elakkan cupcake tu mendap). Yang lain-lain semuanya sama sahaja.
 
 
Pandan Marble Cuppy Cake
 
Bahan-bahan :
Bahan A
150 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
-ayak
 
Bahan B
4 biji telur - cikNor guna gred B
100 gm gula pasir
1 sudu besar ovallete
25 ml susu segar
50 gm minyak jagung
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh chocolate emulco
1 sudu teh coconut pandan emulco
 
Cara-cara :
  • gula, ovallete digaul rata kemudian masukkan telur dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (macam adunan bahulu).
  • perlahankan speed masukkan bahan A sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata kemudian masukkan minyak dan susu segar gaul sebati.
  • ambil sedikit adunan kemudian campur dengan serbuk koko dan coklat emulco gaul sebati.
  • bahagian adunan yang banyak dicampurkan dengan coconut pandan emulco, gaul sebati (kalau nakkan hijau lebih pekat tambah sedikit pewarna hijau).
  • masukkan adunan pandan dalam cawan kertas (cikNor masukkan separuh cawan kertas) kemudian buat garisan atas cupcake dengan adunan coklat dan lorekkan dengan lidi supaya jadi corak marble.
  • panaskan oven 15 minit, suhu 180 celcius sebelum bakar cupcake.
  • bakar cupcake 25 minit atau hingga masak sempurna.
* untuk mudahkan buat garisan atas cupcake, masukkan adunan coklat dalam piping bag.
 
Pssstt..pssttt..kalau guna coconut pandan emulco rasanya lebih sedap, baunya pun sangattttt wangi...tapi kalau tak ada boleh jer jer guna pandan emulco. Coconut pandan emulco tu cikNor beli dari kedai DNA Bakery di Jerantut :=)
 Selamat mencuba (^_^)

Tuesday, June 5, 2012

Red Velvet Cupcakes versi Chuck Hughes

Miss Ahjumma...best citer tu. Tapi time cuti jer lah boleh layan drama Korea ni kalau tak memang tak jadi keje lahh.

Uikkss...merahnya strawberry kat bawah tu...
Ini cupcake red velvet yang ditempah oleh kawan cikNor untuk hantarannya baru-baru ni. Bila dia tanya cupcake apa yang best dah tentulah cikNor kata RED VELVET sebab jarang orang tempah kek ni untuk hantaran selalunya coklat moist jer...

Biasanya cikNor guna resepi yang macam Joy of Baking tapi kali ni tukar sikit sebab terjumpa resepi red velvet yang guna yogurt dan minyak canola...kene try ni. Bila dah try rasanya sangat sedap dan keknya lembut, gebu dan moist. Resepi tu cikNor dapat dari Cooking Channel tv.

Walau macam manapun cikNor ubah sikit kuantiti minyak dan cara mengadunnya sebab bila ikut sejibik cam Chuck Hughes...cupcakes tu agak berminyak dan kembang semangkuk hidupnya...hahaha!!!

Icingnya pun cikNor guna resepi sendiri jugak sebab kat tempat cikNor tak pernah jumpe lagi mascarpone cheese tu. Kalau duk kat KL senang ler kot nak mendapatkan benda alah tu...hehe

Hiasan tu cikNor gunakan coklat bentuk strawberry .
Boleh jugak kalau nak letak strawberry segar.

Kek:
Bahan A
2 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh vanilla

Bahan B
1 cawan minyak canola / minyak jagung / butter cair

Bahan C
1 cawan yogurt asli
2 sudu besar pewarna makanan merah
1 sudu teh cuka

Bahan D
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

Cara-cara:
  • Bahan A dipukul hingga gebu.
  • Bahan B dicampur dan kacau sebati dan tidak berketul.
  • Bahan D diayak.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A, kacau sebati.
  • Kemudian masukkan bahan D berselang-seli dengan bahan C...Mulakan dengan bahan D, bahan C, bahan D hingga habis.(pastikan mula dengan bahan D dan akhiri juga dengan bahan D...)
  • Scoopkan ke dalam paper cup 3/4 penuh kemudian bakar 25-30 minit suhu 180c (yang ini kene ikut oven masing-masing ler...)
Icing:
Bahan A
250gm philadelphia cheese
120gm gula kastor
1 biji lemon (ambil jus)
*pukul hingga gebu kemudian campurkan jus lemon

Bahan B
125gm fresh cream
*pukul hingga kaku

Bahan C
125gm whipping cream (UHT)
*pukul hingga kaku

Bahan D
100gm shorterning
*pukul gebu

Cara-cara:
  • Campurkan bahan A, bahan B, bahan C kemudian pukul sedikit supaya semua sebati.
  • Masukkan bahan D pukul lagi untuk sebatikannya dan siap untuk diguna.
Tips- Campurkan bahan cheese dengan shorterning supaya frosting cheese tadi tidak mencair atau lembik jadi ia lebih cantik apabila dipaipkan dengan nozel bentuk star. Shorterning tersebut tidak mengubah rasa atau warna cheese.

Sarah bagi tahu cikNor dia nak amik cupcakes tu siap dah hias cantik, so pandai
cikNor la nak buat macam mana yang dia tahu bende tu siap...
haduyaiii...terpaksalah cari reben, bunga segala
dah kene masuk kelas kerastangan la pulak...haha



Mula tu cikNor nak hiaskan dengan coklat...tapiii
cam comot la pulak...biar plain gitu jer la lagi nampak suci...
Oke, selamat mencuba bagi sesiapa yang berminat...very simple and easy maaa...

Friday, November 25, 2011

Cupcake Coklat mr ADam

Assalamualaikum wbt...salam maal hijrah buat sume. Pejam-celik, pejam-celik dah masuk tahun baru Islam pada hari Ahad ni. Moga dengan kedatangan tahun baru kali ini perkara yang baik-baik saja berlaku dalam hidup kite, insyaallah... 

 
Sebenarnya sekarang ni cikNor masih berkampung di Johor lagi...5 hari stayed di rumah mertua di Ulu Tiram pas tu teruskan perjalanan ke Batu Pahat. Di Batu Pahat "menumpang" pula di hotel sebab nak tengok games sofbol Kebangsaan Bawah 16. Cuaca di sini tak menentu juga kadang-kadang panas terik, kadang-kadang hujan...rasa macam beku pulak ditambah dengan aircond bilik hotel...sejukkk...
mulalah kerja nak mengunyah jer, sah-sah ler lepas ni badan pun transform jadi raksasa...hahahaa 

 
Banyak pulak membebel...sebenarnya cikNor nak pos cupcakes coklat dalam Kedai cikNor. Jom arr cuci-cuci mata. Cupcakes ni oder dari mr Adam jugak. Kalau nak resepi nanti cikNor update belog ni hari lain yer.
Cupcake ni mr Adam oder sempena bufday die...tapi cikNor konfius gak sebab oder 10 pcs jer,
agaknya untuk insan terpilih jer kot...hehehee
apa pun tQ so much sebab oder cupcakes cikNor.
Oke, cikNor sambung berbelog...nak kasi resepi cupcake coklat kepada sesiapa yang berhajat. Jom kite salin resepi.

Bahan-bahan cupcake coklat :
225 gm butter
220 gm gula kastor
225 gm tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1 sd teh baking powder
1 sd teh vanilla
4 biji telur

 
Cara-cara :
  • panaskan oven (175c - 15 ke 20 minit).
  • butter & gula dipukul hingga kembang.
  • masukkan vanila & diikuti dgn telur sebiji-sebiji sampai habis.
  • tepung yang telah diayak bersama baking powder & campur dgn serbuk koko kemudian masukkan ke dlm adunan basah tadi, kaup balikkan hingga sebati.
  • masukkan adunan tersebut dlm paper cup (dlm 3/4 penuh...bergantung pada saiz paper cup yg diguna taw).
  • bakar dlm oven dengan suhu 170c selama 20 minit (ini pun kene tengok jenis oven gak yer).
  • bile sudah masak angakt & sejukkan kemudian barulah dihias sama ada dgn buttercream, fondant @ fresh cream...kalau rasa malas oder jer la dr cikNor...hahahaa

 
Hepi cooking, darlingzzz... (^_^)

Tuesday, October 25, 2011

Blended Orange Cupcakes

Haduyaii...dah 2 hari air tak der, tension mak dibuatnyerrr...grrrr...
mulanya ingatkan kat Jengka 10 jer tak der air rupanya kat Bandar Pusat, Jengka 11 pun sama...kalau macam ni jawabnya lama lg la kering...

Petang tadi g pasar tani tapi tak beli brg basah pun sebab air tak der malas nak angkat air cuci-cuci ikan, sayur segala-mala tu...Jumpa dengan kak Syidah owner spa kat bandar tu die kata air tak der sebab enjin pam air kat loji rosak...huhuu...tensionnnn...sah-sah air ni lambat lagi nak ada.

cikNor tension sangat ni pasal memikirkan nak mem-baking menyiapkan tempahan orang dengan bekalan air yang terhad nak memasak, membasuh, mandi....

Dalam duk tension-tension tu berjaya gak projek cupcakes cikNor...hahaha...sebenarnya cikNor teringin sangat nak mencuba buat kek oren blended ni bile terjumpe kat blog HaNa's FamiLy tu...menurut empunya blog tu die dapat resepi dari kak Nur SG & kak fida myresepi...credit to them. Nampak kek tu gebu jer pastu cam mudah nak buat sebab main blender jer sume bahan...suke sangat la cikNor kalau yang mudah-mudah ni.

Buah oren yang cikNor korbankan demi untuk mem-produce-kan blended orange cupcakes
Kebetulan en Hubby beli oren...bile cek bahan-bahan lain sume ada kat rumah maka cikNor pun meneruskanlah niat suci murni tu walau pun air tak ada.
Hasilnya itulah die...tapi cikNor buat cupcakes sebab dak Danial & dak Eisya ni lebih teruja dengan cupcakes nak-nak pulak bile dah di decorate cumell.

Cupcakes yang baru masak sedang posing gebuss...
Memang betul kek tu gebu & lembut...first time buat menjadi dengan cantiknya. tengok tu betapa ayu & mengiurkan...

Ini cupcakes yang dah siap cikNor decorate guna buttercream...tak sabar-sabar dak Danial & dak Eisya nak makan cupcakes cumell tu pada hal masa baru keluar dari oven tu dorang dan balun 4 biji cupcakes...hahaha...tapi no wonder la sebab yang ni ada make up tu yang jadi tak sabar nak makan...

Ini bunga kembang setaman...hehehee
Nampak macam aiskrim la pulak...hehehe
Sesiapa yang berminat nak mencubanya bolehlah copy resepi ni. cikNor letak sikit orange emulco sebab nak kasi kaler oren tu lg terang. Maklum ler nak tawan hati 2 orang pengkritik tetap tu...dak Danial & dak Eisya...hehehee

1 biji oren
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor (kalau nak manis boleh tambah lagi 1 cawan - cikNor guna 1 cawan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh orange emulco

Cara-cara :
  • bersihkan oren, buang urat putih pd bahagian tengah buah
  • potong oren kecil-kecil masukkan ke dalam blender bersama dengan minyak, gula, telur, orange emulco & kulit oren (kulit oren ambil bahagian yang kaler oren sahaja JANGAN sampai ada yang kaler putih nanti pahit) - belnder sume bahan tersebut hingga halus.
  • tepung + baking powder diayak
  • tuang bahan kisaran dalam mangkuk besar dan masukkan tepung kacau sebati.
  • kemudian sendukkan 3/4 adunan ke dalam mangkuk kertas.
  • bakar selama 25-30 minit dengan suhu atas 140C bawah 180c. 
Buttercream:

225 gm krimwell
30 gm shortening
100 gm gula
50 ml air
2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara :
  • gula dimasak sehingga larut dengan air - sejukkan
  • pukul krimwell & shortening hingga gebu
  • kemudian masukkan sirap gula pukul lagi
  • masukkan susu pekat pukul hingga gebu & lembut
  • letakkan warna yg diingini & sedia untuk digunakan
Selamat Mencuba...
Happy Cooking (^_^)   

Sunday, October 23, 2011

Cupcakes Chocolate & Buttercream

Hollaa...
hari ni cikNor nak kongsi kek cawan coklat @ chocolate cupcakes...cupcakes ni fully chocolate, sebenarnya cupcakes ni kawan cikNor oder untuk jamuan kelas, disebabkan nak kasi kanak-kanak riang makan so die request fully chocolate ler...

cikNor decorate simple cam gini jer pasal die nak yg sempoi...guna buttercream pastu tabur ngan coklat urai bukan mayang mengurai yer...hehehee  

Sebenarnya resepi ni cikNor pun tak ingat amik kat mana tapi dah try, oke menjadi...keknya rasa mcm ada sikit moist / lembab...kalau tuan punye resepi terbaca entry ni cikNor mintak izin lah share resepi ni. 
cupcakes chocolate cikNor buat cikgu Dayah

 

Oke, cepat g amik kertas salin resepi yang senang lagi sedap dimakan ni...(kalau malas salin boleh copy, paste & save jer...hehehe)

Bahan-bahan:
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
3 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter
1 cawan susu segar
1 sudu teh vanilla
2 biji telur

Cara-cara:
  • Tepung, baking powder, garam disatukan...gaul sebati
  • Butter, gula dipukul sampai kembang...butter tu nampak mcm putih maknanya kembang lah tu
  • Kemudian masukkan telur sebiji, sebiji pukul kembang...masukkan vanilla
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis, berselang-seli dengan susu - sebatikan adunan
  • Masukkan 3/4 adunan ke dalam paper cup...lagi senang guna scoop aiskerim nanti cupcakes tu seia sekata jer naiknyer.. 
Buttercream:
225 gm krimwell
30 gm shortening
100 gm gula (masak dgn 50 ml air sampai cair - sejukkan)
2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara:
  • Pukul shortening & krimwell sampai putih & gebu
  • Masukkan air gula & susu pukul lagi sampai gebu
  • Kemudian bolehlah letakkan dengan warna-warna yang diingini & sedia utk decorate pada kek
Actually, resepi buttercream ni cikNor dapat drp kawan cikNor,  Imah cuma cikNor tambah dgn 2 sudu susu pekat manis (yang ini cedok drp resepi wife x-GB cikNor, kak Chah)...derhaka sikit Imah yer, jangan marah erkk...

Oke, boleh la sesiapa yang rasa nak try buat sbb cikNor dah kasi resepi kek & buttercream sekali tu. Buttercream ni kelebihannya senang nak decorate & tahan lama...kalau tak letak dalam peti sejuk pun dia still maintain ayu jerrrr...

Happy Cooking (^_^)