villakamimicasamawar

Saturday, March 30, 2013

Donut Sosej

Assalamualaikum...
Holla...

cikNor nak share resepi donut yang paling senang nak membuatnya tetapi sangat berbaloi-baloi rasanya.

DONUT SOSEJ
Nampak gebuss kan...ya, sangat gebuss dan lembut...
Rangup di luar lembut di dalam. Dem0x-dem0k lak tu...kanak-kanak mesti suka sebab kat dalamnya ada sosej.

Kalau nak lagi sedap boleh makan dengan sos cili dan mayonis...sos black pepper pun sodap...
Isi dalam donut...sosej
Resepi ni cikNor dapat daripada buku Wendy Kor & Clement Lim...macam-macam donut ada kat dalam buku ni. Resepi donut dalam buku ni semuanya best-best dan yang penting mudah nak membuatnya.


DONUT SOSEJ
( dapat 16 biji donut yang dem0x-dem0x )

Bahan A
200gm tepung roti
50gm tepung kek
5gm yis

Bahan B
30gm gula kastor
5gm garam - yg ni cikNor cuma guna 1/4 sdt jer...sbb tak nak masin sangat
10gm tepung susu

Bahan C
25gm telur - cikNor guna 1 biji telur
120gm air dingin

Bahan D
40gm mentega

Hiasan
8 batang sosej - kerat 2 jadi 16 sosej, boleh juga beli sosej yang mini tu so tak perlu potong
1 biji telur
200gm serbuk roti

Cara-cara :
  • Campurkan Bahan A, masukkan Bahan B dan Bahan C. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
  • Tambah Bahan D terus pukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
  • Tutup doh dengan tuala lembab atau plastik, rehatkannya selama 30-40 minit,biarkan ia mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Kemudian tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin. Bahagi dan bulat-bulatkan doh kepada 30gm setiap satu. Rehatkan 10 minit, kemudian canai doh memanjang dan salutkan sosej kemaskan balutan.
  • Kemudian celupkan ke dalam telur dan golek-golekkan dalam serbuk roti. Rehatkan atas dulang yang ditabur tepung selama 30 minit.
  • Panaskan minyak secukupnya dan goreng dengan api sederhana sehingga donut tersebut keperangan. Angkat dan toskan.
* JANGAN PANIK kalau doh agak lembik...tabur tepung semasa nak membalut sosej ke dalamnya. Bedakkan jugak tangan dengan tepung supaya tidak melekat.
* Gunakan TEPUNG ROTI juga taw untuk tabur dan bedak tangan.
Selepas balut sosej, celup dalam telur kemudian golekkan dengan serbuk roti.
Telur tu pukul sikit supaya kuning dan putihnya bercampur.
Rehatkan doh selama 30 minit atas dulang yang
sudah ditabur dengan tepung.
Panaskan minyak secukupnya, goreng dengan api sederhana
hingga berwarna keperangan.
Bila sudah masak angkat dan toskan.
( kuali pusaka en Hubby masa zaman bujang, dah banyak jasanya. )
 
Ini yang dah siap masak, cantik kan...b0lat-b0lat jer...tunggu masa untuk menikmatinya sahaja. Kalau suka boleh jugak cicah dengan kari.

Selamat mencuba.

Thursday, March 28, 2013

Kek Aiskrim Oreo

Holla,
Assalamualaikum...jumpa lagi.
Kali ini cikNor nak share resepi kek aiskrim oreo. Sebelum ni cikNor dah pos gambar kek aiskrim tapi tidak ada resepi. Kali ini cikNor akan sertakan resepinya.

Sebenarnya cikNor pernah belajar buat kek aiskrim masa kelas baking dengan chef Kevin Chai dulu, tapi tak pernah tergerak di hati cikNor nak membikinnya...hinggalah terbaca di blog Rahel rasa membuak-buak pulak nak memcubanya. Berkebetulan pulak si Teruna cikNor balik bercuti jadi bolehlah membuatnya, makannya dan bergumbira menikmatinya bersama-sama.

Akhirnya...
TADAAaaaaa...
Memang sedap...kek span dilapisi dengan aiskrim kegemaran, lembut dan sejukkk...kek span memang yang paling sesuai digunakan untuk kek aiskrim ni sebab walaupun diletak di tempat beku keknya still lembut kalau kek lain sah-sah ler keras kematu kot (kek chiffon pun oke gak sebab teksturnya macam kek span). Kek ni memang tempatnya di dalam peti ais kat tempat beku...aiskrim la katakan. Bila nak makan baru keluarkan, potong dan makannnn....




Masa belajar dengan chef Kevin itu hari dia ajar buat sendiri aiskrimnya...tapi cikNor nak cepat dan mudah jadi beli jer aiskrim kat pasara raya...mana-mana pun boleh nak buat homemade ice cream atau pun ready made ice cream. Kek span pun cikNor guna tepung pre mix sponge cake. Ini pun sama jugak...boleh nak guna yg adun sendiri atau pre mix (mana-mana yang memudahkan kita). Resepi yang cikNor kasi ni guna tepung pre mix.

KEK AISKRIM OREO
(loyang 7 in)
280 gm tepung pre mix sponge cake
5 biji telur
60 gm air
80 gm minyak jagung
sedikit coklat emulco
1.5 liter aiskrim vanila - kalau nak guna aiskrim oreo ready made pun boleh jugak jadi biskut oreo boleh guna sebagai hiasan kat atas kek jer
1 bungkus biskut oreo - dihancurkan, tak perlu buang krim

Caranya :
  • Panaskan oven 15 minit suhu 180c.
  • Masukkan tepung dan telur, putar hingga gebu.
  • Kemudian masukkan air dan coklat emulco, putar hingga sebati dan kembang.
  • Masukkan minyak dan kaup balik gunakan spatula hingga minyak bersatu dengan adunan tepung.
  • Bakar dalam loyang yang sudah dilapik kertas minyak.
  • Bakar selama 35-40 minit dengan suhu 180C.
  • Bila masak keluarkan dari oven terus keluarkan kek dan sejukkan atas redai - jangan biar sejuk dalam loyang nanti kek mengecut.
  • Ambil aiskrim gaulkan dengan biskut oreo hancur. Simpan dalam peti beku.
Cara melapis kek:
  • Kek bulat dipotong 2, bahagian pertama letak pada dasar loyang.
  • Ambil kek yang bentuk segi empat (kalau sangat tebal, potong sikit) ukur sama tinggi loyang potong memanjang kemudian letak tepi dinding loyang. Buat hingga dinding loyang tertutup dengan kek.
  • Ambil aiskrim isikan dibahagian tengah kek yang kosong, padatkan ia kemudian tutup dengan selapis lagi kek bulat tadi.
  • Tutup kek dengan cling film (plastik) kemudian simpan di tempat beku sekurang-kurangnya 6 jam paling cun semalaman.
  • Keluarkan dari loyang hiaslah dengan fresh cream.
  • Simpan semula kek di tempat beku, nak makan baru keluarkan.
*kalau nak tengok cara bergambar boleh klik kat blog Rahel
*adunan ini cikNor bahagi dalam 3 senduk (anggaran jer...sebab cikNor tuang main gak-agak jer) ke dalam loyang bentuk segi empat saiz 9 in dan bakinya cikNor tuang dalam loyang 7 in. Tujuannya, kek yang di dalam loyang petak tu diguna untuk dinding kek aiskrim nanti. Dari adunan bulat pulak untuk bahagian dasar dan atasnya.
Lebih mudah guna loyang bulat yang bahagian bawahnya boleh tanggal atau spring form
sebab mudah nak keluarkan kek yang sudah dibekukan. Kalau tak ada loyang cam gitu
lapik dulu dengan plastik kasi lebihan plastik terkeluar supaya senang
nak tarik keluar kek. 
Selamat mencuba.

Kek Aiskrim Coklat Vanilla

Assalamualaikum...
jom cuci-cuci mata dengan kek aiskrim coklat vanilla...

Kek ini diorder oleh Puan Masitah dari pejabat pertanian untuk birthday anak keduanya, Raqib.
 
Nak membuat kek ini agak mudah cuma perlukan kesabaran yang tinggi...maklum ler berkarya dengan aiskrim...tak boleh lambat-lambat takut aiskrim cair.
Berkali-kali jugaklah kek ini keluar masuk ke dalam tempat beku sebab nk jaga supaya aiskrim di dalamnya tidak cair. Berbaloi-baloi sebab rasanya sangat sedappp...
Tak tahu macam mana rupa di dalamnya sebab kek ini yang orang punya...

Wednesday, March 27, 2013

Black and White Russian Chocolate Cake with Mango

Holla...
salam buat semua yang sudi berkunjung ke wilayah cikNor (terima kasih kepada yang sudi menjenguk - cikNor Sayang Kamu !!!)

cikNor nak sharekan kek yang baru saja diambil oleh customer pagi rabu kelmarin...sebenarnya kek coklat hitam putih russian tu jer...tapi ada special request daripada customer ni nak mintak taruk mangga segar kat atas kek tu...hurmmm...sedap ke erkk???!! Berkali-kali jugak ler cikNor mintak confirm, betul ke ni...betullah, katanya.
Anyway...customer is always right...so make it without any questions...hahaa...
maka itu pasallah kek tu dapat nama baru (mangga tu pun nk jugak credit namanya...hahahaa)

Inilah rupa kek hitam putih tu - ada tambah satu lagi kaler...oren...hehee...black-white and orange russian chocolate cake...boleh gitu (o_0)
Tengok rupa agak mengujakan...rasa tak taw la yer. Biasanya coklat kawan dengan pisang pernahlah kan...
tapi tak apalah janji kita dapat memenuhi impian orang yang mengorder.
 SURPRISE...komen akak yang order tu di Facebook...
Rupa-rupanya memenuhi citarasanya dan suami tercintanya...alhamdulillah
lega cikNor, mission success!!!
Bagi mendapatkan resepi kek ini bolehlah lihat pos terdahulu cikNor...Black and White Russian Chocolate Cake

Oke, sampai kita berjumpa lagi...

Monday, March 25, 2013

Jemput-jemput Kucai

Salam pagi Selasa...
bertemu lagi di hari baru dengan entry baru. Sebenarnya ini menu makan petang tadi tapi pagi Selasa baru upload...(sebabnya cikNor kena siapkan kek yang dioder costumer, entry ni disiapkan pada pukul 2.00 pagi...hurmm...dah masuk hari Selasa !!!)

Menu simple sempena menggunakan bahan daripada edible garden cikNor, daun kucai. Resepi ini diajar oleh makcik kantin sekolah lama cikNor. Time tu cikNor kena bawa budak-budak pengakap pergi camping, selain dari menjadi guru pengiring cikNor kena bertugas sebagai QM (Quater Master)...so sebelum berangkat ke tempat camping kenalah menuntut ilmu masak-memasak dengan makcik kantin dulu.

Menu makan petang masa camping...

jemput-jemput kucai.
Inilah pokok kucai yang cikNor tanam kat dalam pasu panjang di beranda belakang rumah cikNor. Cantik subur pokoknya sampai berbunga-bunga gitu.
Bancuhan tepung jemput-jemput...rehatkan sebentar supaya yis mengembang.
Kaupkan satu sudu makan kemudian goreng dalam minyak panas.
 Jemput-jemput akan mengembang bulat-bulat macam gambar tu...

JEMPUT-JEMPUT KUCAI
Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
6 gm yis kering (mauripan atau apa-apa brand - cikNor guna mauripan)
1 labu bawang besar - dikisar
1 kiub ikan bilis
1 ikat daun kucai (anggaran 10-15 tangkai) - dipotong 1 in
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
  • Masukkan tepung, yis kering, bawang kisar, kiub ikan bilis, serbuk kunyit, garam, daun kucai...gaul rata-rata.
  • Kemudian masukkan air (anggaran dalam 2-3 cawan). Kalau kurang air boleh tambah, bancuhan macam jemput-jemput tidak terlalu cair atau terlalu pekat...yang sedang-sedang gitu.
  • Rehatkan adunan 30 minit.
  • Kemudian panaskan minyak, gorenglah hingga masak.
  • Sedap makan panas-panas, cicah dengan sos cili atau kuah kacang.

Thursday, March 21, 2013

Kerang Goreng Cili

Holla...
 
Selalunya kalau beli kerang biasanya kita rebus kemudian cicah dengan sambal kicap jer, apa kata kali ni kita tukar selera buat kerang goreng cili pulak. Sebenarnya ini menu favourite family kitaorang. Resepinya simple jer tapi sedap.
Bahan-bahan :
1 kg kerang
2 batang serai ( 1 batang dititik, 1 batang dikisar )
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 biji cili padi ( nak kurang atau lebih terpulang pada tahap kepedasan masing-masing )
minyak untuk menunis
garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
1/2 cawan air

Cara-caranya, sila refer gambar...
  •  Cuci kerang hingga bersih.
  • Toskan supaya kering air.
  • Serai, bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, kunyit dikisar halus.
  •  Panaskan minyak, kemudian tumis serai dan bahan kisar hingga naik bau.
  •  Pastikan bahan tumisan garing dan pecah minyak
  •  Kemudian masukkan kerang yang telah dibersihkan tadi.
  • Gaul supaya rempah tadi mesra dengan kerang. Masukkan air.
  • Masukkan garam, asam gelugur...gaul supaya semua bahan mesra.
  •  Masak hingga air kering.
  • Kemudian masukkan, daun kunyit yang telah dicarik-carik...gaul.
  • Kerang akan terbuka tandanya dah masak...jadi dah boleh makan dengan nasi putih. Kalau nak ratah pun sedap jugak...hehee...
Try lah menu yang mudah dan sedap ni.

Tuesday, March 19, 2013

Mini Royal Mango Cheese Cake

Assalamualaikum...
Hollaa...jumpa lagi di sini.
tak sabar rasanya nak pos entry baru coz banyak cerita mau di-share-kan.
Gossip ker???...TIDAKKK, gossip hanya akan berlangsung
di WhatsApp jer bersama ahli kelab gossip...hehee

Hari ini 19 Mac 2013 bersamaan dengan hari Selasa, cikNor hampir-hampir tidak hadir ke Bengkel Kad Pantas anjuran PPD Jerantut...hehee...mokcik lupa!!! Nasib baik kawan cikNor ingatkan kalau tak dengan penuh kegumbiraan cikNor balik rumah...pas tu lepak depan tv.

Masa rehat cikNor tengok kawan cikNor makan nasi...
"Ermm...kak An makan nasi yer, Nor pun nak makan nasi jugaklah...nak tiru kak An...hehee..."
-selalunya cikNor tak makan nasi time rehat sebab nak makan nasi kat rumah.
"Yer lah...kan petang ni pukul 3.00 kita nak gi Perian ada bengkel tu,"

Alamakkk...cikNor lupa. Dah ler hari ni cikNor pakai baju sukan jer...nak balik rumah tukar baju, tak der maknanya...setengah jam tu!!! Terpaksalah pakai baju sukan tu sampai ke petang...nasiblah majlis tu tak formal sangat sebab hanya bengkel. Macam manalah cikNor boleh lupa...kene makan gingko biloba ni nak kuatkan ingatan semula...huhuu...(tanda-tanda penuaan kot...hahahaa)

Tinggalkan dulu citer tu wehh...nak share resepi mini cheese cake yang super yummy tahap gaban ni...hahaa...kalau cheese memanglah sodap, tak kirolah apo-apo joneh kek pun...kan...kan...
Sebelum  ni cikNor dah pos resepi royal mango cheese cake ni tapi yang itu hari cikNor buat dalam loyang 7 in. Kali ni saja nak ubah buat dalam bekas kecik-kecik nampak comel dan senang nak makan tak payah nak potong-potong...
ermmm...cikNor paling suka cheese cake ni sebab sedap rasa mangganya dan tidak muak. Resepi ni dapat daripada chef Kevin Chai masa cikNor hadir kelas bakingnya pada 13 Januari lepas.
hahaa...ini gambar nak interframe
(tibe-tibe lak terselit gambar ni !)

haaa...ini dia geng baking pada hari tu...dalam ramai-ramai tu terselit 2 kumbang
tak sangka ada juga sambutan daripada golongan Adam. (baju kaler putih tu chef Kevin
so tak masuk kuota yer...tu cikgu...hehee)
Sekarang mari kita semak resepi.

ROYAL MANGO CHEESE CAKE
Sumber - Chef Kevin Chai
Base :
160 gm biskut digestive - hancurkan kemudian ditimbang
80 gm butter cair
Filling :
400 gm cream cheese
100 gm gula kastor
3 biji telur
50 gm puri mangga
100 gm sour cream - boleh ganti yougurt
1/4 esen mango
1 sudu teh tepung jagung
50 gm mangga dipotong dadu
Cara-cara :
  • Panaskan oven selama 15-20 minit pada suhu 170C
  • Biskut hancur (crust) dicampur dengan butter cair - gaul sebati

  •  Sediakan paper cup, masukkan 1 sudu besar adunan crust. Tekan-tekan supaya padat.
  • Buat hingga habis adunan crust.
  • Kemudian sediakan filling. Satukan cream cheese dan gula kemudian pukul hingga kembang elok. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga adunan sebati.
  • Di dalam bekas lain satukan puri mangga, sour cream, esen mangga dan tepung jagung - gaul sebati.
  • Masukkan adunan tersebut dalam adunan cream cheese - gaul sebati.
  • Masukkan adunan filling dalam bekas crust tadi. Tuang adunan penuh macam dalam gambar.
  • Kemudian bakar dengan kaedah Bain Marie (letak loyang isi air panas kemudian letakkan loyang cheese cake - rujuk gambar di atas.) 
  • Bakar selama 30 - 35 minit dengan suhu 170c.
  • Bila permukaan kek disentuh ia seakan beku itu bererti sudah masak, tak perlu cucuk dengan lidi sebab cheese kalau yang masih panas memang akan lekat pada lidi.
-cikNor tak pernah try lagi bakar tanpa kaedah Bain Marie so tak tau la macam mana kejadiaannya kalau bakar macam kaedah kek biasa. Cikgu ajar cam gitu so sebagai anak murid yang taat cikNor ikut jer lah sebab katanya nanti kek merekah.
 TADAaaaa...dah siap pun. Tak merekah kan...haaa, betullah ajaran guru tu kot...hahaaa
  • Sejukkan kek sebelum dihias dengan mangga segar dan fresh cream.
  • Paipkan fresh cream sekeliling kek kemudian letakkan mangga segar (mangga segar potong dadu dan digaul dengan 2 - 3 sudu besar puri mangga).
  • Letakkan mangga segar...terpulang banyak mana kuantitinya...
  • Oke, itu dia mini royal mango cheese cake yang sudah di-make up...simpan dalam peti sejuk, bila nak makan baru keluarkan.
Sape nak sila angkat tangan...

Jom makan...

Selamat mencuba dan jumpa lagi.

Saturday, March 16, 2013

Kek Chocolate Moist

Holla...assalamualaikum,
pejam, celik, pejam, celik...sedar-sedar sudah masuk bulan Mac dalam tahun ini.
Terasa macam cepat betul masa berlalu...(sibuk sangatlah tu sampai tak sedar masa beredar...hehee...)
Betullah tu...biasanya di awal-awal tahun persekolahan ni memang agak sibuk dengan macam-macam program...sukan & permainan, olahraga, tilawah, aktiviti kokuria...bla...bla..bla...
 
Alamak !!! cikNor kene plan event untuk PPDa...dateline hantar laporan 31 Mac ni. Sempat ke nak buat ni sebab surat siaran baru dapat tadi...next week lak exam pas tu dah cuti.
 
Tak naklah citer hal sekolah...nanti stress, citer pasal makan best kot...
hmmm...minggu ni banyak pulak tempahan kek coklat moist...mesti kek ni sedap tu ramai yang order (hahaa...angkat bakul lak!!!)
Semua orang tahu kek coklat moist memanglah sedap, nak pulak kalau peminat tegar coklat, diet tolak tepi...coklat mengatasi segalanya...sedap sehh!!!
Sebenarnya ada macam-macam versi kek coklat moist ni tapi cikNor still guna resepi yang ini sebab terbukti sedap serta sangat-sangat moist...lembab...walaupun dibakar...hehehee
Kalau nak tahu cikNor punya versi coklat moist lain sikit...sebab cikNor bukan curah topping ganache jer...saja cikNor buat lain sikit supaya ada kelainan dengan yang orang biasa buat...lagi pun cikNor nakkan ia nampak eksklusif (makanan pun nak nampak eksklusif jugak ker cikNor??? mesti, mesti...eksklusif dan sedap...hehehee)

Kek ini simple dan sangat mudah...sukatan pun guna cawan jer sebab cikNor tak convert ke metrik pun.

KEK COKLAT MOIST ( 8 in )

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
- semua bahan tersebut disatukan kemudian ayak

Bahan B
2 cawan gula (kisar halus)
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung

Bahan D
1 cawan air panas

Cara-caranya :
  • pukul Bahan B hingga kembang (sampai putih macam adunan bahulu) masukkan esen vanilla.
  • kemudian masukkan Bahan C, pukul sekejap supaya sebati (jangan over pukul nanti permukaan kek jadi merekah).
  • masukkan Bahan A sedikit demi sedikit, guna spatula kaup balikkan supaya sebati (pastikan tak berketul taw) - kalau nak mudah guna whisk sure bahan kering tu jadi elok tak de ketul-ketul (cikNor guna whisk).
  • akhir sekali masukkan air panas kacau hingga sebati.
  • tuang adunan dalam loyang yang sudah digris butter & dilapik parchment paper.
  • bakar selama 45 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing-masing) suhu 180c. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek benar-benar masak sempurna, kalau lidi tersebut bersih selepas dicucuk maknanya kek kompem dah masak yer...
  • kemudian sejukkan sebelum dihias.
Bahan Krim Coklat :
1 cawan fresh cream
1/4 cawan ganache
- pukul fresh cream hingga softpeak, kemudian masukkan ganache kacau rata (boleh jugak pukul sedikit supaya sebati.

 Ganache :
400 gm fresh cream
400 gm dark chocolate (potong kecil atau guna yang coins)
40 gm butter
- masak fresh cream hingga keluar buih halus tepi periuk, kemudian masukkan butter.
- bila butter sudah cair masukkan dark chocolate kacau hingga coklat cair sempurna.
* kalau guna periuk vision selepas butter cair matikan api masukkan coklat sebab haba daripada periuk vision sudah memadai untuk cairkan coklat tersebut.
* sejukkan anggaran 2 cawan ganache(bila dah sejuk ia jadi kental macam krim)

Cara mendeko kek, sila rujuk keterangan bergambar berikut (macam bagi arahan jawab soalan Geografi STPM la pulak...hehhhehh...
 
Kek dipotong menjadi tiga bahagian. Letakkan selapis kek atas redai, kemudian sapukan dengan ganache yang telah sejuk atas kek. Ambil lapisan yang kedua ulang langkah yang pertama tadi.
cikNor suka letak banyak-banyak ganache tu...
 

 
Begini rupa kek yang sudah siap dilayer dengan ganache sejuk tadi.

 
Kemudian sapu keseluruhan kek dengan krim coklat.
Simpan dalam peti sejuk hingga set (lebih kurang 30 minit - cikNor kadang tu terbabas sampai sejam maklum ler membaking sambil buat kerja lain...hahaa..tak per lama lagi bagus sebab krim tu betul-betul keras so bila tuang ganache ia akan jadi sangat licinnnn...so cantiklah kejadiannya...kompemm!!!!)

 
Letakkan kek atas redai tu atas takung cam gambar atas tu...apa-apa jer lah janji boleh menampung ganache yang kita akan tuangkan nanti. (Ganache yang lebih tu boleh simpan dalam peti sejuk dan guna semula...ekonomi rumah tangga...hehee)
Seeloknya letak dalam keadaan senget supaya ganache tu dapat meleleh dengan smooth. Sambil tu pusing-pusing kedudukan kek tu supaya sekata ganache tu menutupi kek sedap kita yer puan-puan semua (^_^)

 
Kemudian sejukkan sebentar dalam peti sejuk supaya mudah kita nak mengalihkan kek tersebut
ke atas papan kek. (cikNor suka guna teknik macam ni sebab papan kek tak comot...lagi pun
malaslah nak mengelap lebihan coklat tu.
 
Cara mudah nak mengalihkan kek tu ialah dengan menggunakan alat ini..
(tak taw nama apa, spatula jugak kot...hehee, rujuk gambar jer lah yer.)
 

 
Kemudian kat kaki kek tu bolehlah buat cam corak kulit kerang atau apa saja corak supaya kek nampak lebih kemas...lepas tu hiaslah ikut kreativiti...sebenarnya lagi simple hiasan lagi eksklusif kek tu...(hehee....eksklusif lagi...hari ini puan-puan semua belajar perkataan EKSKLUSIF...muaahahahh)
Yang ini sebiji lagi kek yang cikNor buat deco simple...cam sarang labah-labah, guna fresh cream. Saja nak try buat deco yang simple...hmmm...cantik jugak kan...(tak de orang nak puji so sendirilah puji...ahakkss...)
cikNor potong macam ni kemudian masukkan dalam kotak dan hantar kat kedai Ee Bakery...
Sudah panjang lebar penerangan untuk membuat kek coklat lembab ni...rasanya sesapa pun boleh cuba buat kek EKSKLUSIF cikNor ni...hihiii...selamat mencuba.

p/s -cikNor share apa yang tahu...tak ada nak sorok-sorok atau kedekut sebab kita semua sentiasa dalam proses belajar sepanjang hayat...teringat ada kawan cakap ada orang terlalu berkira nak ajar apa yang mereka tahu, tak tahulah kenapa...rezeki masing-masing Allah swt dah tentukan...walaupun cikNor dah banyak ajar orang tapi alhamdulillah...order sentiasa masyhukkk...insyaallah...Allah lebih mengetahui.