villakamimicasamawar

Monday, May 7, 2018

Kuih Lapis Gula Merah

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Holla...

Hai, hangpa...hari ni maraton update blog ✌...hehehee...

Jom makan kuih lapis, Selalu kita makan kuih lapis kaler merah putih tapi kali ni kita buat kuih lapis gula merah.  Sedap tau, rasa macam dodol dak danial kata...yer kot sebab rasa lemak manis gula merah kan.  Yang pasti memang cik Nor suka sangat rasa kuih lapis ni lembut, lemak manis dan wangi baunya... terima kasih kepada tuan punya resepi, AZLINA @ TERMINAL HIJRAH.

Bahan-bahannya pun sangat mudah, jadi rugilah kalau tak cuba buat kan...


KUIH LAPIS GULA MERAH
Loyang 8x8 inci / 9x9 inci

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat (cik Nor guna santan KARA)
2 cawan air

Bahan B
2 cawan air
1 1/4 cawan gula kastor
1/2 sdt garam halus
2 helai daun pandan
----masak semua bahan hingga gula larut, kemudian sejukkan.

Bahan C
1 cawan gula merah
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
----masak semua bahan hingga gula larut, kemudian tapis dan sejukkan.

Bahan D
1/2 cawan santan pekat (santan KARA)

Cara-cara:

  • Satukan Bahan A, masukkan Bahan B.  Kacau hingga sebati. (kemudian cik Nor tapis supaya adunan tidak berketul-ketul).
  • Bahagikan adunan tersebut kepada 2 bahagian, pastikan sama banyak.
  • 1 bahagian dicampurkan dengan Bahan C, kacau sebati.  1 bahagian lagi campur dengan Bahan D, kacau sebati.
  • Sapu loyang dengan sedikit minyak, kemudian lapik dengan plastik.
  • Masukkan adunan gula merah, kukus 7 minit.
  • Lapiskan pula dengan adunan santan (putih), kukus 7 minit.
  • Ulang proses melapis hingga adunan habis (warna putih bahagian atas sekali).  Kukus selama 20 minit untuk lapisan yang terakhir.
**TIPS**
untuk dapatkan permukaan yang licin dan cantik serta tidak berair selepas siap mengukus, buka penutup periuk pengukus kukus lagi 7-10 minit tanpa menutup periuk kukus.



Kene tunggu betul-betul sejuk supaya kuih lapis cantik apabila dipotong.  
Biasanya kalau nak minum petang cik Nor akan buat awal pagi.  
Kalau nak makan untuk sarapan opkos ler kene buat di malam hari.

Mutu gambar kurang memuaskan...kurang cahaya kot tu pasal nampak blur

Sudah sejuk...marilah kita potong.  


Elok jer beratur...jom makan!

Resepi ni sangat-sangat menepati citarasa cik Nor.  Boleh la buat koleksi menu bulan puasa untuk hantar kat umah jiran sebelah.  Rare sebab kat Bazar Ramadhan Jerantut tak ada jual kuih lapis gula merah ni...hehehee...

Selamat mengukus...HAPPY COOKING! 😉

1 comment:

  1. Kalau nak kurangkan kuantiti (mungkin setengah drpd saiz ini), macam mana nak kurangkan sukatan bahan-2 nya? Terima kasih.

    ReplyDelete