villakamimicasamawar

Thursday, December 24, 2015

Roti Waffle

Assalamualaikum wbt...
Holla...

Sebelum ni ada cikNor mentioned nak tunjuk resepi mudah guna waffle maker kann...
ok inilah dia ROTI WAFFLE. Mudah dan sedap.

Jom tengok macam mana nak buat...rujuk pada gambar jer.


Mula-mula sapu roti dengan planta...sebelah jer.
Kemudian, panaskan waffle maker.

Susun roti dalam waffle maker. cikNor punya waffle maker bentuk segi empat jadi sekali buat roti waffle ni 4 keping. Cukup la untuk kami 4 beranak (^_^).

Letakkan telur atas setiap roti. Taburkan dengan cheese yang diparut dan sedikit lada sulah. Bahagian ini optional...ikut suka nak letak apa pun. Masa cikNor buat ni ada stok telur dengan mozarella jer, so let go jer la mana yang ada tu.

Kemudian tutup dengan roti. Sapu planta pada bahagian atas roti.

Tutup waffle maker dan tekankan sikit. Tunggu hingga cheese cair dan roti jadi garing.
 

Kemudian TADAaaaaa...
Nampak menarik sangat kannn...


Sejak dapat idea buat roti waffle ni cepat jer roti habis, kalau tidak mau 3-4 hari roti tu kat atas meja...hihiii

Potong macam sandwich (tak nak potong pun tak pe)...sedia untuk dimakan...boleh letak sos cili...sedap sangat sebab rangup rotinya.
Bahagian dalam...nampak tak telur tu??? Nyummm...nyummm...

Silalah cuba, sangat mudah dibuat dan sedap dimakan.

Karipap Rangup

Assalamualaikum wbt...
Holla, jom buat karipap rangup.


Sediakan inti terlebih dahulu. Kemudian baru buat pastry / kulit karipap.
cikNor guna kentang jer sebab tak ada stok ayam atau daging. Jadi cikNor masukkan serbuk ikan bilis jer.


 
Pastry ni cikNor guna resepi dari blog Life is a constant battle... tun_telani...terima kasih yer.

KARIPAP RANGUP
-doh ni cikNor boleh dapat 25 biji karipap
Pastry (tun_telani)
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak (cikNor guna minyak jagung Daisy)
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:

  • Larutkan garam dengan air.
  • Panaskan minyak dan margerin, kemudian tutup api.
  • Tuang minyak panas ke dalam tepung kemudian gaul dengan senduk kayu.
  • Gaulkan hingga jadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan air sikit-sikit hingga habis dalam tepung terus gaul hingga sebati.
  • Tak perlu uli lama sebab ini adalah adunan pastry bukan roti, kalau uli terlalu lama nanti pastry jadi liat dan tidak rapuh.
* cikNor gaul adunan tepung guna senduk kayu tanpa guna tangan dan doh hanya sekadar boleh dikepal, tak perlu licin.  Sebab kalau over uli nanti akan terhasil gluten dari doh, nanti pastry akan jadi liat.


INTI
5 biji ubi kentang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar kuning - dadukan
3 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk ikan bilis
sedikit minyak untuk menumis
garam

Cara-cara:

  • Ubi kentang dibuang kulit kemudian potong dadu, gorengkan sebentar.  Angkat dan toskan.
  • Bawang besar dan bawang putih dilumatkan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dilumatkan hingga wangi.
  • Kemudian masukkan daun kari, bawang yang didadukan dan serbuk kari. Masak hingga hingga garing.
  • Masukkan kentang yang digoreng tadi, sedikit garam dan serbuk ikan bilis. Masukkan tepung gaulkan hingga sebati kemudian matikan api.
  • Sejukkan.

cikNor tak pandai sangat nak kelim karipap. Sebenarnya encik Shuben cikNor pandai kelim cantik.
ssshhhh...kalau nak tau encik Shuben yang ajar cikNor buat karipap...hehehe



Bulat-bulatkan doh, ambil 1 doh kemudian gelekkan nipis. Letakkan inti, lepas tu kelimlah comel-comel. Buat sampai habis. Goreng dalam minyak sederhana panas, api pun jangan kuat sangat. Sambil tu balik-balikkan karipap supaya sekata masak.


Bila dan masak angkat dan toskan. cikNor suka kalau karipap kulitnya macam gerutu-gerutu gitu sebab nampak cam menyelerakan...hehehee..

Favourite encik Shuben ni. Dia makan karipap cicah kari ikan...boleh gitu...hehehe


Silalah cuba, rangup sangat kulitnya. 

Sunday, December 20, 2015

Ikan Bawal Masak Lemak Kencur

Assalamualaikum wbt...
Holla...

Mari masak ikan bawal, owwhh...besenya ikan bawal masak kicap, kari atau goreng kannn...
tapi kali ni cikNor share masak lemak ikan bawal campur kencur.  Apa tu kencur??? Kencur tu cekur...yang daunnya wangi tu. Selalu diguna dalam masakan Jawa. Kencur mempunyai ubi macam kunyit...baunya pun wangi jugak.  ubinya pun boleh diguna dalam pelbagai masakan Jawa atau 
dibuat jamu.

Macam mana rupanya kencur ni???  Boleh tengok pada post cikNor yang terdahulu. Sila klik KENCUR

Silalah cuba, memang sedap tau...serius sedap!!!
encik Shuben makan menambah-nambah kalau cikNor masak cam gini...


IKAN BAWAL MASAK LEMAK KENCUR
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal sederhana besar (dipotong 3)
3 helai daun kencur (cekur)
1 batang serai
1 labu bawang besar merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
6 biji belimbing buluh
15 tangkai cili padi  (ikut kepedasan masing-masing)
240 ml santan kotak
1/2 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:

  • Ikan bawal dibersihkan kemudian lumur garam dan kunyit, goreng hingga masak. Ketepikan.
  • Bawang besar merah, bawang putih, kunyit, cili padi dikisar lumat. 
  • Panaskan minyak, serai diketuk kemudian tumis dalam minyak diikuti dengan bahan kisar. Masak hingga harum.
  • Masukkan santan dan air.
  • Gelekkan belimbing buluh kemudian masukkan ke dalam kuah. 
  • Masukkan garam, masak hingga mendidih.  Kemudian masukkan ikan bawal yang digoreng tadi.
  • Hiriskan daun kencur dam masukkan ke dalam kuah...kacau sebentar, kemudian matikan api.
* tak perlu masukkan asam keping atau asam jawa sebab belimbing buluh dah cukup masam tau.

Selamat mencuba. 

Awak Tanya cikNor Jawab...Kita Kawan Kannnn...

Assalamualaikum wbt...
Holla..

Entry kali ni cuma nak menjawab soalan daripada kawan-kawan yang sudi 
menjengah ke blog villakamimicamawar.

cikNor mohon maaf sangat sebab tak perasan ada pertanyaan di entry kek coklat moist. Bukan cikNor tak sudi menjawab tapi cikNor tak membelek entry-entry yang lama dan tak sangka la pulak rupanya banyak pertanyaan daripada kawan-kawan...maaf ya...kita kawan kann...

cikNor akan jawab satu persatu yer...
mudah-mudahan dapat menjawab semua persoalan.



Anonymous, (tak de pulak namanya...hehee...) 16 June 2013
- setakat ni resepi inilah yang cikNor guna utk tempahan...memang moist dan lembut.  Kalau nak kukus pun cikNor guna resepi yang ni jugak. Tapi kalau kukus cikNor guna tepung gandum, kalau bakar cikNor guna tepung naik sendiri.

Anonymous, 21 June 2013
- yer cikNor guna api atas bawah. Api atas 140c api bawah 180c. Rasanya kalau merekah tu oven panas sangat kot, jadi cuba kurangkan suhu 160c - 170c. Biasanya kalau oven kecil memang tak boleh guna suhu tinggi sebab nanti terlalu panas. cikNor punya oven memang agak besar...maklum la oven industri punya jadi memang dicadangkan suhu 180c.
- Fresh cream tu whipping cream la. Yang cikNor guna tu non diary, rasanya manis dan ada juga dalam perisa coklat. Contoh jenama popular yang ada di pasaran RICH, VALUE PRIDE. Boleh beli di kedai membekalkan barangan bakery dan disimpan dan peti beku. cikNor suka guna Value Pride sebab kalau terlajak pukul pun creamnya tetap halus dan cantik.

 ecakhairul, 14 July 2013
- cikNor buat guna soda bikarbonat dan baking powder...insya Allah elok jer tak ada bau busuk atau rasa macam hangit soda.  Ikut jer sukatan yang betul. cikNor pun bukan suka jugak dengan bau soda tapi dalam resepi ni oke jer...kalau ecakhairul nak gantikan dengan baking powder mungkin oke jer kot tapi kalau untuk kukus patut guna soda bikarbonat.

zurarayyan, 14 July 2013
- Ganache yang cikNor guna untuk layer di tengah kek sama jer dengan yang disiram sebagai topping. Cuma yang untuk layer tu cikNor sejukkan pada suhu bilik. Sebaikknya buat awal sehari, sejukkan dan simpan ganache dalam bekas kedap udara, jangan letak dalam peti sejuk nanti terlalu keras dan sukar untuk sapu pada kek. Kemudian untuk curahkan sebagai topping tu cikNor biarkan ganache tu suam-suam kuku jadi mudahlah ganache tu meleleh atas kek...dan topping pun jadi cantik dan licin permukaanya.

Variety Collection, 6 August 2014
- cikNor guna non diary whipping cream untuk buat ganache. Rasanya manis, warna putih bersih dan bau wangi macam vanilla. Sesuai untuk topping cake dan buat ganache. Boleh diwarnakan. cikNor suka brand Value Pride ni sebab creamnya sangat halus dan kalau ter over beat still comey. Satu lagi brand yang popular RICH, yang ni tak boleh over beat nanti jadi bintik-bintik kalau topping kat kek tak nampak licin. Value Pride lebih murah daripada RICH. Brand RICH juga ada yang berwarna coklat...harga pun mahal sikit la (^_^)


Yang bawah ni UHT whipping cream. cikNor guna yang ni untuk buat tiramisu, black forest cake, cheese cake, sos butterscoth dan cheeese leleh. Tidak manis cuma rasa lemak. Cepat cair dan kurang sesuai untuk topping kek. Tidak boleh over beat nanti cream akan terpisah jadi air dan lemak pastu berketul-ketul...kalau jadi macam ni jawabnya buang jer la sebab da tak rosak. 

zahra_wardah, 25 November 2013
- cikNor harap dah menjawab persoalan awak (^_^)


Anonymous, 5 March 2015
- Nak buat kepingan tu kena guna acuan. Acuan tu ada jual tapi cikNor beli kepingan tu yang readymade ada jual di kedai barang bakery sebab lagi cepat dan mudah (^_^)

Anonymous, 15 April 2014
- Krim coklat tu campuran dengan ganache. Maksudnya begini...mula-mula pukul non-diary whipping cream kemudian masukkan sedikit ganache ke dalamnya dan pukul hingga sebati. Nanti krim tu akan jadi krim coklat. Ganache tu buat sebelum pukul whipping cream sebab kita gunakan ganache yang telah sejuk kalau masih panas nanti whipping cream tu cair. Cara buat ganache 250gm cawan non-diary whipping cream, 250gm dark chocolate, 25g butter (kuantiti boleh kita ubah ikut kesesuaian, cikNor guna 1:1 untuk whipping cream dan dark chocolate)

Semoga menjawab semua persolan anda semua.  Sekali lagi mohon maaf sebab cikNor terlepas pandang.

Homemade Waffle

Assalamualaikum wbt...
Holla..
Just want to share my homemade waffle.
  Let's check the recipe (^_^)




Ok, inilah dia waffle maker cikNor, bentuk segi empat. Memang cikNor cari yang bentuk segi empat ni.  Nanti cikNor share resepi lain gunakan waffle maker ni...anda semua pasti teruja kan...hehee (teruja ke...hahaha...)

Adunan ini boleh dapat 13 keping waffle...berbaloi kan...
HOMEMADE WAFFLE

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum *
2 sudu teh yis kering *
1 sudu besar gula *
1/2 sudu teh garam halus *
3 sudu besar mentega (cairkan) *
1 cawan susu segar (suhu bilik) *
1 biji telur *
1 sudu besar esen vanilla *
1/2 cawan air suam

Cara-cara:

  • Campurkan semua bahan bertanda * kemudian gaul sebati menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau-kacau supaya tidak bergentel.
  • Apabila adunan sudah licin dan tidak bergentel, rehatkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  • Panaskan waffle maker, sapu minyak pada waffle maker.  Kemudian tuang adunan bermula dari tengah biar adunan merebak ke tepi.
  • Biarkan seketika lebih kurang 1 minit kemudian baru tutup waffle maker dan terus masak hingga berwarna kecoklatan.
  • Sebenarnya masa memasak bergantung kepda waffle maker masing-masing...jadi kene observe sendiri la macam mana kejadian waffle memasing yer.


Now you see...

 cikNor suka waffle letak peanut butter campur dengan coklat...nyumm...nyummm...


Sedap makan masa panas-panas, rangup sangat...dengan butter dan coklat yang mencair tu...

Selamat mencuba.

Friday, June 12, 2015

Kuih Tako Lagi...

Assalamualaikum...
Holla darlings semua...

APA??? Kuih tako lagi...hahaa...
Ini versi daun pandan pulak...itu hari versi tipuware bekas plastik cumil-cumil gitu.

Bila tengok kuih tako makcik cikNor kata dia mesti teringat bulan puasa...hehee..sebab kat bazar Ramadhan banyak jual kuih tako kot...cikNor tak pernah beli kat bazar Ramadhan kalau 
ke bazar saja-saja nak cuci mata sebelum berbuka...boleh gitu erkk...hahaha...

Nampak lagi menggoda dalam daun pandan kann...
Isi dalam sama jer cuma wanginya lagi up sebab daun pandan.
Cantik kan kotak daripada daun pandan ni...jom kita belajar buat.
Daun pandan cuci bersih, lap supaya kering. 
Ambil daun pandan yang besar supaya kotak lebih tinggi.
Gunting daun pandan 20cm.
Serius, cikNor memang ukur guna pembaris sebab nak dapatkan 
kotak yang cantik dan kemas...maklum la kita kan amatur kalau u olls dah master
tak payah kot guna pembaris.
Gunting 4 cm daun tapi jangan putus.
Sampai kat tulang tengah tu jer.
Oke, macam ni yer kejadiannya lepas dipotong 4 tu.
Sekarang lipat bahagian gunting tu jadi macam kotak.
No worries mesti jadi punya sebab lipat ala-ala macam origami tu.
hurmmm...gebu tanganku...
ada inai, ni gara-gara tema pengantin hari guru baru ni lah tu...hihuu

Lastly, akan dapat bentuk kotak macam tu...
Anda dinasihatkan buat kotak sambil tengok tv masa petang-petang hari.
Maknanya sambil santai-santai tengok Giada masak ke...atau tengok ulangan Ceria Pop Star ke....atau
tengok cerita Korea...hahaa
Pastu malam nanti bolehlah masak adunan tako tu...



Itu ada 2 ketul macam alien tu sebab cikNor try buat daripada kertas...saja cuba-cuba, in case kalau tak ada daun pandan boleh guna kertas bungkus nasi macam tu kan...

KUIH TAKO

Bahagian bawah:
75 gm tepung Hoen Kwe hijau (cikNor guna brand Nona)
4 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 cawan sengkuang cina (dadu)

Cara-caranya:
- campurkan semua bahan-bahan kecuali sengkuang cina.
- masak atas api sederhana besar hingga adunan meletup-letup dan likat.
- masukkan sengkuang cina gaulkan kemudian matikan api.
- masukkan adunan yang masih panas dalam bekas tako separuh sahaja...lebih kurang 2 sudu.
- sementara menunggu adunan bawah beku bolehlah terus adun bahagian atas tako pula.

Bahagian atas:
75 gm tepung Hoen Kwe putih (cikNor guna brand Nona)
1 1/2 cawan santan kotak (boleh jer kalau nak guna santan segar tapi cikNor lebih suka santan kotak)
4 1/2 cawan air
1 sdt garam

Cara-caranya:
- larutkan santan, air dan garam.
- kemudian tuang larutan santan dalam tepung dan masak atas api sederhana besar hingga adunan meletup-letup dan likat.
- matikan api, kemudian sudukan ke atas lapisan bawah tadi...sejukkan.
- bolehlah disimpan dalam peti ais...baru sedap nak nyumm...nyumm...

* kalau guna kotak daun pandan adunan ini boleh dapat 64 biji...hurmm...banyak kan boleh belanja jiran kiri kanan sebelah rumah, belakang rumah dan depan rumah. Sesuai amat ler kalau buat time bulan puasa ni.

Kalau nak buat sikit boleh guna resepi ini :

Bahagian bawah:
25 gm tepung Hoen Kwe hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan sengkuang cina (dadu)
- caranya boleh refer kat atas

Bahagian atas:
25 gm tepung Hoen Kwe putih
1/2 cawan santan kotak
1 1/2 cawan air
1/4 sdt garam
- caranya refer kat atas.

Kuih Tako

Assalamualaikum...
Holla...
Mari kita belajar buat kuih tako...

Kuih tako...kuih ni paling best kalau letak water chestnut a.k.a. sengkuang cina. Tapi kalau tak ada boleh guna benda lain sebagai alternative...boleh guna jagung tapi nikmatnya tak sama macam water chestnut kot...hehee..

Lagi satu...kalau tak ada daun pandan atau tak pandai nak anyam kotak tako daripada daun pandan kita boleh guna tuppaware (tipuware kot...heheee...) yang kecil-kecil tu...refer gambar kat bawah nanti yer.

Nanti next entry cikNor tunjuk yang guna daun pandan untuk bekas tako yer...
Water chestnut atau sengkuang cina...boleh beli dari pasar raya, biasanya sudah siap
packed dalam karung macam net. 
Sudah dikupas kulitnya potong dadu macam ni...wangi baunya.
Rangup dan manis rasanya...1 mangkuk cukup untuk buat tako kita.

Kalau buat sendiri memang kompem la sengkuang cina penuh bekas...

Tak ada daun pandan atau tak pandai nak buat kotak tako boleh guna bekas cumil macam ni...
no hal lahhh...janji sengkuang cina ada...baru ori tako maa...
Pastu tutup kemas simpan dalam esbox korang...
bila dah sejuk boleh la makan...
rasa sejuk pastu ada rangup-rangup sengkuang cina tu...yummehhh

KUIH TAKO

Bahagian bawah:
75 gm tepung Hoen Kwe hijau (cikNor guna brand Nona)
4 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 cawan sengkuang cina (dadu)

Cara-caranya:
- campurkan semua bahan-bahan kecuali sengkuang cina.
- masak atas api sederhana besar hingga adunan meletup-letup dan likat.
- masukkan sengkuang cina gaulkan kemudian matikan api.
- masukkan adunan yang masih panas dalam bekas tako separuh sahaja...lebih kurang 2 sudu.
- sementara menunggu adunan bawah beku bolehlah terus adun bahagian atas tako pula.

Bahagian atas:
75 gm tepung Hoen Kwe putih (cikNor guna brand Nona)
1 1/2 cawan santan kotak (boleh jer kalau nak guna santan segar tapi cikNor lebih suka santan kotak)
4 1/2 cawan air
1 sdt garam

Cara-caranya:
- larutkan santan, air dan garam.
- kemudian tuang larutan santan dalam tepung dan masak atas api sederhana besar hingga adunan meletup-letup dan likat.
- matikan api, kemudian sudukan ke atas lapisan bawah tadi...sejukkan.
- bolehlah disimpan dalam peti ais...baru sedap nak nyumm...nyumm...

* adunan ini boleh dapat dalam 30 bekas kalau tak silap laaa...lupa nak kira...hihu..