villakamimicasamawar

Wednesday, July 17, 2013

Biskut Green Peas

Holla...
Alhamdulillah, berjaya menyempurnakan ibadah puasa di hari ke-8...congratz buat semua!
Anak murid cikNor berlumba-lumba nak menyempurnakan puasa dorang sebab cikNor janji kalau dorang puasa penuh nak kasi duit raya...bukannya apa saja nak bagi motivasi supaya dorang berusaha untuk berpuasa. Yer lah kalau nak mendidik kene mula dari rebung kalau dah jadi buluh susah dah nak membentuknya...patah ler jawabnya. Budak kelas cikNor tak ramai, sekolah SKM ler katakan...setakat ini 7 orang masih bertahan, yang lagi 5 orang dah surender.

Oke, let's sambung kite punya cerita kukis...
cikNor nak sambung pos entry biskut raya lagi (entry ni istimewa buat kawan cikNor masa sama-sama belajar di Melaka dolu...Noraini @ Anor...sempena menunaikan permintaannya yang nak kan resepi biskut ni).
Biskut ni memang sedap...gebu dan mencair di dalam mulut. cikNor sangat, sangat sukakan rasanya sebab ia seakan-akan biskut kacang mazola. Nak membuatnya pun sangat mudah.

BISKUT GREEN PEAS
Bahan :
150 gm serbuk kacang peas (boleh dibeli dari kedai menjual barang bakery)
150 gm tepung rose (nak guna tepung gandum pun boleh juga)
100 gm gula icing
1/4 sdt garam halus
1 sdt baking powder
150 ml minyak bunga matahari / minyak jagung
1 biji kuning telur (untuk glis atas biskut)

Caran-caranya :

  • Panaskan oven 15-20 minit.
  • Satukan tepung, baking powder dan gula icing. Kemudian ayakkannya.
  • Kemudian satukan bahan yang diayak tadi dengan serbuk kacang peas, garam.
  • Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang boleh dibentuk (kalau doh sudah boleh dibentuk tak perlu masukkan minyak hingga habis).
  • Terap dengan acuan yang digemari, gliskan dengan kuning telur di atas biskut.
  • Bakar selama 20 minit dengan suhu 170 celsius.
  • Bila sudah masak sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
*sejukkan biskut dahulu baru alihkan dari dulang bakar, sebab kalau masih panas biskut mudah pecah.
*pastikan juga telur yang diglis atas biskut tidak meleleh sebab nanti biskut akan melekat dan susah nak dialih dari dulang bakar.

Selamat mencuba.

Tuesday, July 16, 2013

Ikan Cencaru Sumbat Bersama Air Asam Tomato

Hollaaa...
Menu berbuka puasa pulak kali ini, kita masak ikan...panjang pulak tajuk menu hari ini macam nama masakan barat pulak...hehee
Simple jer yang penting senang dimasak, sedap dimakan. "Kita menggunakan teknik KUKUS, GRILL, PANGGANG, KUKUS, GRILL, PANGGANG dan KUKUS..." acah jer...hehehee
Actually...ceh wahh, tercakap orang puteh lak...sebenarnya kan, cikNor bakar ikan ni guna microwave Panasonic yang macam iklan chef Zubir tu...hahaa...

Ini resepi bonda ai...jom kita tengok bahan-bahannya.

IKAN CENCARU SUMBAT

Bahan A
2 ekor ikan cencaru - bersihkan, kemudian belah belakang
Sedikit minyak

Bahan B
2 batang serai - hiris tipis
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit - hiris tipis
1/2 inci halia - hiris tipis
garam secukup rasa
4 tangkai cili kering - rebus atau rendam, kemudian tos

Bahan C
1 cawan kelapa parut putih (parut jangan sampai terkena tempurung nanti ada coklat-coklat tempurung pulak)

Cara-cara :

  • Bahan A ditumbuk halus (serius, cikNor memang tumbuk guna lesung tak guna blender pun...maklum ler resepi bonda...hahaa)
  • Masukkan Bahan C tumbuk bersama hingga bercampur elok dan mesra.
  • Kemudian, panaskan minyak...sikit jer minyak tu. Tumis bahan tumbuk, masak lebih kurang 10-15 minit.
  • Angkat, kemudian isi inti sumbat tu ke dalam perut ikan dan belakang ikan. Tekan supaya padat.
  • Bakar selama 30 minit...cikNor guna microwave. Ikutlah nak bakar guna oven atau api gas...mana-mana pun boleh janji ikan tu masak.
IKLAN jap...
Guna microwave panasonic tu ikan bakar memang cantik...tidak terlalu kering...sedang-sedang elok jer. Kalau bakar ayam pun cikNor guna 30 minit juga...masak sempurna. cikNor guna function double grill.
Ini ikan yang sudah disumbat inti tapi belum dibakar lagi sebab nak pose cantik dulu...hahaa
Oke, inilah hasil kejadiannya ikan bakar sumbat tu...bessh, dicecah dengan air asam tomato. Tak nak buat air asam pun tak apa sebab ikan tu sudah berperisa dengan bahan sumbat.
Biasanya kalau ada ikan bakar mestilah kawannya air asam...

AIR ASAM TOMATO

Bahan-bahan :
1 biji tomato - potong dadu
6 tangkai cili padi - hiris-hiris
1/2 labu bawang besar - potong bulat
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa

Caranya :

  • Campur semua bahan, gaul-gaulkan hingga mesra semua bahan...siapp...
Selamat mencuba.

Monday, July 15, 2013

Tart Bunga

Hollaa...selamat berbuka puasa
Kita sambung cerita tentang kukis lagi. Kali ini cikNor pos resepi tart bunga yang sedap rasanya dan menawan rupanya.

Resepi ini cikNor dapat daripada kak Nor Secubit Garam. cikNor memang penggemar tart gulung tapi nak membuatnya amatlah 'bercinta' sebabnya nak menekan tepung tu sampai sakit-sakit jari dibuatnya...so dalam duk 'mengoogle' tu terjumpalah tart bunga yang menawan di blog kak Nor...alhamdulillah, terima kasih kak Nor sudi kongsi resepi. Bersemangat cikNor nak membuatnya sebab yang ini kompem tak sakit tangan pastu cumel lak tu..."saya suka...saya suka!!!" - intonasi macam Mei Mei dalam citer Upin Ipin taw...hehehe

Sedap sangat tart bunga ni...pastrinya pun tak berapa manis so bila lawan dengan inti nanas tu, hurmm...mabeles beb!
kak Nor, minta izin share resepi yer (^_^)

TART BUNGA
Sumber : kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan:
250 gm butter
2 sdb gula kastor
2 sdb minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sdb tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam - anggaran 1/4 sdt
jem nanas secukupnya - bulat-bulatkan sebesar syiling 10 sen
*3 1/4 cawan tepung gandum - kalau nak buat tart gulung
*3 3/4 cawan tepung gandum - kalau nak buat tart bunga
- kalau nak buat tart bunga masukkan tepung sedikit demi sedikit, agak-agak doh sudah boleh dicanai dan dibentuk berhenti masukkan tepung. Kalau terlebih tepung, doh akan jadi keras nanti bunga akan patah semasa dimasukkan dalam paper cup.

Hiasan :
1 biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sdt air
- bancuh sebati

Cara-caranya :
  • Panaskan oven suhu 180 celsius selama 15-20 minit.
  • Tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung diayak.
  • Pukul butter dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam...pukul hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang boleh dibentuk.
  • Rehatkan sebentar (15 minit).
  • Terap dengan acuan bunga, masukkan dalam paper cup. Tekan sikit supaya berlekuk bahagian tengah bunga.
  • Letakkan jam nanas di tengah-tengah pastri.
  • Bakar selama 20-25 minit, suhu 180 celcius (bergantung pada oven masing-masing)
TIPS untuk dapatkan glis telur yang cantik atas tart 
- bakar separuh masak kemudian sapu dengan kuning telur, bakar lagi hingga masak sempurna. 
Ini tart bunga yang belum dibakar dan diglis telur. Letakkan paper cup dalam acuan / loyang muffin supaya paper cup tidak kembang semasa proses membakar.

P/S - cikNor terlupa nak snap gambar acuan yang cikNor guna...nanti ler esok cikNor upload yer.

HAPPY BAKING

Sunday, July 14, 2013

Biskut Cheese Cadbury

Holla...
Tak boleh ngomel panjang...banyak agenda yang nak dilunaskan untuk hari ini. 
Straight to the point, cikNor nak share kukis raya untuk kawan-kawanku sekalian. Kukis ni boleh kategori kukis yang agak mewah jugak sebab kos nak membuatnya agak lumayan...huhuu...
don't worry, rasanya memang sedap jadi berbaloi jugak kalau berbelanja besar untuk menikmatinya...sumpah tak nyesal punya...hehee
Resepi kukis ni cikNor dapat dari SINI
Terima kasih kepada tokeh biskut tu sebab tak kedekut pun untuk share resepinya, siap ada step by step untuk membuatnya.  Moga rezeki beliau akan berlipat ganda lagi...insyaallah...


BISKUT CHEESE CADBURY
Sumber: Eryna Bizkitz

Bahan :
180 gm mentega
80 gm shortening
70 gm cream cheese
90 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sdb esen vanilla

Bahan B :
400 gm tepung gandum
80 gm tepung jagung

Bahan C :
1 balang coklat Cadbury (100pcs)

Cara-cara :
  • Pukul bahan A hingga creamy.
  • Masukkan bahan B, gaul sebati hingga jadi doh.
  • Rehatkan dalam peti ais 15 minit.
  • Terap / potong mengikut saiz coklat Cadbury.
  • Kemudian susun coklat Cadbury atas biskut.
  • Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 140c, guna api bawah sahaja. 
Selamat Mencuba

Thursday, July 11, 2013

Kerabu Taugeh Campur Perut

HOLLA...selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh dunia.
Hari ini sudah masuk hari ke-2 kita berpuasa (insyaallah...mudah-mudahan...)
Bila tiba bulan puasa maka macam-macam juadah berbuka puasa boleh kita tengok 
di bazar Ramadhan tu.
Sebenarnya cikNor tak berapa minat sangat ke bazar sebab...penat nak jalan-jalan...heheee...
Time puasa ni kalau hari kerja cepat jer masa berjalan...(tu yang makcik suke hari kerja tu...hahaa..)tau-tau dah tengah hari.  Di sekolah kalau masa free diisi dengan bertadarus dengan kanak-kanak riang...dapatlah khatam Quran setiap kali Ramadhan tiba.

Hari pertama berbuka cikNor masak simple jer, ayam percik dan kerabu taugeh campur perut.  Itu pun sudah memadai sebabnya masa berbuka air jer lah yang berada di carta hatiku...hahaa...cikNor amat-amat suka minum teh O panas kurang manis...perghh...nikmat terasa...

Cantik tengok taugeh yang dijual menyebabkan tiba-tiba cikNor dapat idea nak buat kerabu, ada pulak perut so sangat...sangat...ngam ler. Haruslahh...kerabu taugeh campur perut menunya. Sempoi jer kerabu cikNor, jom kita tengok bahan-bahannya.

KERABU TAUGEH CAMPUR PERUT
Bahan-bahan :
300gm taugeh
250gm perut lembu
10 biji cili padi
2 batang serai
1 inci halia
1/2 biji bawang besar
2 sdb kerisik
2 biji limau kasturi
1/2 cawan santan pekat (cikNor guna santan kotak)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit daun kesum - dihiris halus

Cara menyediakannya:

  • Bersihkan tauge, buang "topi keledarnya". Akarnya jangan dibuang, banyak khasiat tu. "Topi keledar" tu kulit kacang yang kaler itam tu...hehee...taugeh tu dicelur sekejap, jangan sampai lodoh tak sedap.
  • Bersihkan perut lembu, hiris kecil-kecil (agak-agak mudah untuk dimakan). Kemudian rebus perut tu hingga empuk, angkat dan tos.
  • Cili padi, bawang besar, halia dan serai dikisar halus.
  • Bahan kisar dicampur dengan santan, masak sebentar lebih kurang 10 mint.
  • Matikan api masukkan kerisik, garam, gula, daun kesum dan jus limau kasturi - gaul hingga sebati.
  • Masukkan perut gaulkan hingga rata, kemudian masukkan taugeh gaul hingga mesra-mesraan semua bahan tersebut. 
Oke, siap...dah boleh dihidangkan !
...dan sebenarnya cikNor lebih suka meratah kerabu daripada dimakan bersama nasi...hehee
Selamat mencuba.

Monday, July 1, 2013

Donut Kayu Manis

Holla...
cikNor dah lama simpan bahan ni cuma tak berapa sempat nak pos jer...tengok kat dalam buku sangat menggoda...donut kayu manis, nampak lembut dan gebusss jer.
Resepi daripada buku Wendy Kor, memang sedap dan lembut. Walaupun semalaman donut still lembut, teruja nak kongsikan bersama.

Bayangkan...bayangkan...kelembutan dan kegebusannya itu...


DONUT KAYU MANIS
Resepi : Wendy Kor (Buku Donut)

Bahan A
400 gram tepung roti
100 gram tepung kek
10 gram yis kering

Bahan B
80 gram gula kastor
10 gram garam halus - cikNor guna 1/4 sudu teh
20 gram susu tepung

Bahan C
50 gram telur (1 biji telur gred A)
250 gram air sejuk

Bahan D
100 gram mentega

Bahan E
10 gram serbuk kayu manis
80 gram gula kastor
- campurkan kedua-duanya.
Cara-cara :

  • Campurkan Bahan A, masukkan Bahan B dan Bahan C, pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit.Tambahkan Bahan D teruskan memukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
  • Rehatkan doh, tutup dengan plastik supaya doh tidak kering. Biarkan doh mengembang 30-40 minit hingga menjadi dua kali ganda daripada adunan asal.
  • Canaikan doh pada ketebalan 1- 1.5 cm. Rehatkan 10 minit terap guna penerap donut, letak dalam dulang rehatkan selama 30 minit supaya doh mengembang secukupnya.
  • Panaskan minyak secukupnya, goreng hingga keperangan.
  • Angkat, toskan. Biarkan sejuk sebelum digolekkan ke dalam campuran serbuk kayu manis dan gula.
Cara cikNor :
  • Bila doh sudah mengembang, bulat-bulatkan doh seberat 40 gram. 
  • Leperkan doh, buat lubang di tengah-tengah doh (guna penutup botol air mineral jer).
  • Rehatkan 20-30 minit, panaskan minyak goreng hingga masak keperangan.
  • Toskan dan sejukkan kemudian golekkan dlam campuran serbuk kulit kayu manis.
- cikNor buat cara ini supaya donut tu jadi sama besar, kalau guna cara macam Wendy Kor cikNor buat tak jadi sama besar...huhuu...tak pro la.

oke, selamat mencuba pasti tidak menghampakan...

Selamat Hari Guru

Holla...
SELAMAT HARI GURU, lambat sikit update tentang hari guru tahun ni. Saja cikNor tunggu cuti sekolah sebab time tu boleh berlama-lamaan ngadap laptop. Rasa macam rugi pulak kalau time keje ndagap laptop lama-lama...hahaa...yerlah banyak sangat agenda nak buat jadi simpan dulu semua cerita-ceriti tu. Biasanya masa hari keje rutin cikNor bermula dari 5.30 pagi hinggalah ke 1.00 pagi...jadi kene ikut jadual tu elok-elok kalau terskip jawabnya ada keje yang tak settle-lah.

Last year sambutan hari guru kat sekolah cikNor temanya "Back to School" tahun ni pulak kitaorang sepakat seia sekata tema ala-ala orang balik Mekah...Arabian gitu, berjubah bagai. So semua orang berjubah lah...termasuklah team lelaki...hehee...

Jom layan moments kitaorang...

Moments 2012
 hurmmm...skema nyer
 haaa...ni yang notti-notti gitu...hehee

 waaaah...sukanya dapat berposing...
ini time kitaorang main games...

Moments 2013
ahlan wa sahlan...tengok semua orang berjubah ala-ala balik dari Mekah gitu, cikNor lak tersesat jubah moden...huhuu...yang itu jer ada.
 Sekolah cikNor tak ramai cikgunya...inilah barisan guru-guru perempuan...7 orang jer

 cikNor dan cik Ah...
 hahahaa...gyomi la sangattt....
cikNor with ustazah-ustazah KAFA...jemput dorang sama raikan hari guru sebab kalau kitaorang jer berapa keratlah sangat ahlinya...
 Ini tembikai yang mesti dimakan untuk games ini....haduyaiii
 sempat pose lagi...makan dengan penuh keayuan, kalah pun tak per janji ayu...hahaha
 tengah buat teh tarik...
 Geng cikgu lelaki buat persembahan joget...lodeh mak lodeh...hihiii

Kek Hari Guru 2012
kek pandan marble


Kek Hari Guru 2013
kek pelangi a.k.a. kek sarjan (ustaz yang kasi nama...hahaa...)

 Rupa kat dalamnya cam gini tu pasal ustaz panggil kek sarjan.

Kek Puding Karamel

Holla...
lama tak meng-update blog cikNor semuanya gara-gara laptop ai...huhuu...tak pasti laptop atau ie atau google chrome atau modzila sebab still boleh jengah blog tapi tak boleh nak upload entry. Dah ler cikNor berjanji kat member di fb nak upload resepi kek puding karamel...yer la takut pulak dia kata cikNor kedekut tak nak share resepi...NO...NO...NO...cikNor bukan macam tu...kalau idak apalah maknanya tagline "cikNor share apa yang dia tahu dan apa yang dia suka..." hehee...
ALHAMDULILLAH...setelah berkali-kali mencuba akhirnya dapat jugak tembus kat compose entry ni...

Oke...tadaaaa...akhirnya jadi jugak kek sedap yang selama ini cikNor tengok kat blog orang. Excited sangat sebab first time buat terus menjadi...molek jer dan yang paling penting sedap. Mulanya ingatkan susah sangat nak buatnya sebab macam banyak step...huhuu...tapi bila dah buat, oke jerrrr...
Resepi ini pun cikNor dapat daripada blog kak An periuktanah.blogspot
Terima kasih kepada beliau sebab sudi kongsi resepi berserta tips dan langkah-langkah untuk membuatnya. Setakat ni resepi-resepi yang cikNor ambil daripada blog kak An memang menjadi elok.

Kek ini memang sedap sebab gebu dan lembut, kemudian bergabung rasa dengan puding karamel kat bahagian atas tu bertambah-tambah sedapppp...

KEK PUDING KARAMEL PELANGI

Step 1 (Karamel)
4 sudu besar gula kastor / gula pasir 
- masukkan dalam loyang 8" (kalau guna telur gred B), 9" (kalau guna telur gred A. Masak atas dapur menjadi gula hangus. Ratakan gula hangus tersebut dengan cara sendeng atau gelek-gelekkan loyang. Kemudian ketepikan dahulu.

Step 2 (Puding)
3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
50g gula kastor (cikNor guna 35g sahaja sebab en Hubby tak suka manis)
1/2 sudu besar esen vanilla (cikNor guna 1/2 sudu teh jer)
- campur semua bahan kacau hingga gula larut dan campuran menjadi sebati, jangan kacau sampai berbuih nanti puding tak cantekk wooo...so kacau dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang yer. Ketepikan dulu, jom buat keknya pulak.

Step 3 (Kek)
Bahan A
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak jagung
70 g gula kastor (cikNor guna 50 g jer)

Bahan B
140 g tepung gandum + 1 sudu teh baking powder - ayak
- Satukan semua Bahan A kemudian pukul hingga kembang. Masukkan Bahan B, kacau rata hingga tiada ketulan tepung - cikNor kacau guna whisk

Step 4 (Meringue)
6 biji putih telur
1 sudu teh cream of tartar
70 g gula kastor (cikNor guna 50 g jer)
- Pukul putih telur hingga kembang, masukkan cream of tartar dan gula, pukul lagi hingga kembang dan kental.

Cara-caranya :
  • Panaskan oven 15-20 minit dengan suhu 170 celcius, guna api bawah sahaja.
  • Tapis adunan puding dalam loyang karamel (gula hangus) tadi.
  • Masukkan 1/3 meringue dalam adunan tepung kaup balikkan guna spatula (dengan penuh kasih sayang jugak...jangan ganas-ganas...)
  • Masukkan lagi baki meringue, kaup balik dengan sopan jugak hingga adunan bercampur elok.
  • Bahagi adunan kepada tiga bahagian, masukkan pewarna yang disukai - cikNor guna kaler hijau, kuning dan pink.
  • Masukkan adunan kek dalam loyang puding karamel tadi - 3 sudu besar warna hijau, letak 3 sudu besar kaler pink atas kaler hijau, letak 3 sudu besar atas kaler kuning, ulang hingga habis adunan kek (jangan bimbang tepung tersebut akan terapung dan tidak tetap kedudukannya, bila sudah berkali-kali melapis barulah kek tersebut akan terletak cantik).
  •  Tinggalkan sikit ruang dalam 1 cm sebab kek akan naik tinggi.
  • Lorek permukaan kek dengan corak marble.
  • Masukkan loyang kek dalam loyang besar yang berisi air (bakar guna kaedah steambath cam kek keju) - cikNor ikut cam kak An guna air paip biasa jer tak guna air panas pun, oke jerr...
  • Bakar selama 1 jam guna api bawah sahaja, selepas 50 minit buka api atas dan bakar lagi 10 minit supaya permukaan atas kek kering.
  • Biarkan kek sejuk dalam loyang - kek akan renggang sendiri, kemudian lalukan spatula atau pisau di sekeliling kek,telungkupkan atas pinggan dan keluarkan dengan perlahan-lahan. Nanti kek tu akan cantik terletak atas pinggan. Kalau ada air gula yang meleleh kesat jer dengan tisu supaya kek kering elok. Simpan dalam peti sejuk, bila nak makan baru keluarkan...hurmm...yummy...

Rupa kek yang sebiji belum potong terlupa nak snap sebab cikNor tak sabar nak tengok marble tu...cikNor failed bab me-merble selalunya sebab tu tak sabar-sabar nak tengok rupa dalamnya...hahaaa
Itulah bentuk marble cikNor, kira oke gak kan...

Selamat mencuba...jumpa lagi