villakamimicasamawar

Thursday, February 28, 2013

Kek Pelangi a.k.a. Rainbow Cake

Kek yang cantik dipandang dan sedap dimakan...kek pelangi.
Masa mula-mula tengok kat blog pasal kek ni, cikNor tak rasa berminat nak buat pun
hinggalah dapat request daripada en Hubby untuk kawannya yang nak datang bercuti ke rumah kitaorang masa Chinese New Year ari tu maka barulah hikayat pembuatannya berlaku...pssttt...pssttt...
kalau nak tahu sebelum ini cikNor ingat rupanya jer cantik tapi rasanya kot biasa-biasa sajer, tapi
bila dah rasa...hurmm...sedap rupanya...hehee
Cantik, kan??? Lapisan warnanya yang sangat jelita gitu...
cikNor amik resepi ni daripada blog  Martha Steward. Tergoda tengok kalernya yang berwarna-warni tu...kemas pulak tu rupanya...simple but nice (^_^) 
 
Masa mula-mula potong dan nampak rupa dalamnya, semua orang terdiam...pas tu pandang jer.
en Hubby tanya, "Kenapa tengok jer ? Makan laaa..."
"Cantik sangat, sayang nak makan !" dorang jawab...hahahaa...dah cantik sayang pulak nak makan...
Dalam duk sayang, sayang abes licin jugak kek cantik tu...
Alhamdulillah...semua suka dengan rasanyanya yang sedap. 

Berkebetulan pulak kene dengan tarikh birthday anak kawan en Hubby pada hari kek pelangi tu dipotong..."potong kuehnya...potong kuehnya...potong kuehnya sekarang jugaa..." (lagu birthday versi Indo gitu...hehehee)
Setiap lapisan disejukkan dahulu. Jangan ditindan sebab nanti melekat.
Ini proses melapis dengan cream cheese...buat dengan penuh kasih-sayang taw
supaya nampak cantik dan kemas.
Oke bila dah siap melapis...kek ini nampak tinggi maklum ler 6 lapis...
itu pun dak Eisya komplen, "Ibu,bukan ker rainbow ada 7 warna ???"
Agaknya kalau 7 lapis lagi tinggi ler...(nanti kene buat 7 lapis pulak kot supaya tak kene tegur...hahaa...)
Mari kita cek resepi...kot-kot ada sesiapa yang teringin mencubanya.

KEK PELANGI (loyang 8 in)

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1 cawan butter
2 1/3 cawan gula kastor - part ni cikNor kurangkan kepada 1 3/4 jer
5 biji putih telur
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna makanan - ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Cara-caranya :
  • Panaskan oven 170c selama 15 minit. Alas 3 loyang saiz 8 in dengan parchment paper.
  • tepung, baking powder diayak + garam.
  • butter dan gula dipukul hingga putih gebu.
  • masukkan putih telur terus pukul hingga gebu dan ringan.
  • masukkan esen vanilla, pukul sebati.
  • perlahankan speed mixer, masukkan tepung berselang dengan susu - tepung, susu, tepung, susu, tepung...gaul sebati. (time ni kalau nak kaup balik dengan spatula pun oke jer...)
  • bahagi adunan dalam 6 mangkuk (sama banyak taw...cikNor timbang setiap bahagian tu dalam 350+gm) kemudian letakkan pewarna makanan, gaul rata.
  • tuangkan adunan dalam loyang bakar selama 20 - 30 minit suhu 170c atau hingga masak.
  • sejukkan kek sebelum dilapiskan dengan cream cheese.
Cream Cheese Frosting :
250 gm cream cheese
120 gm gula
120 gm butter
- campur semua bahan pukul hingga gebu dan ringan.
- sedia untuk dilapiskan dalam kek

Cara Melapis :
  • ambil 1 lapisan kek sapukan dengan cream cheese, kemudian letak lapisan kek yang lain pula dan ulang proses melapis guna cream cheese sampai habis keenam-enam kek tadi.
  • susunan warna ikut suka - cikNor mula dengan ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
TIPS :
* kalau nak topping pada kek sila gandakan kuantiti bahan sebab kuantiti yang dinyatakan cukup untuk melapis kek sahaja.
* cikNor cadangkan guna 3 loyang yang sama saiz supaya cepat sikit proses membakar itu pun bergantung pada saiz oven, macam cikNor sekali bakar 3 loyang sbb oven besar jadi sekejap jer la. (nasib ler ada 3 jer loyang yang sama saiz tu...kalau ada 4 dah tentu 4 sekali bakar...hehehe...taw nak cepat jer)
Cubalah buat...berbaloi...
rasanya lembut, gebu, sangat moist...dan sangat sedap (^_^)

13 comments:

  1. dapnya...nk mcm ni jgk la masa kwin nanti...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun...yummylicious. suai amt utk weeding day,nmpk meriah gitu..

      Delete
  2. nampak cantik sgt,,,, menarik & pasti sedapkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sngt sedap,sesuailah dgn rupanya yg cantik rasanya pun cantik :)

      Delete
    2. sangat menarik...dan sedap....
      nak tanya...kalau susu segar diganti dengan buttermilk boleh tak?
      dan sukatan 1 cawan butter bersamaan 250gram butter ke?

      Delete
  3. telur putih to kena buat meringue kea?

    ReplyDelete
  4. waaa...baru ku jumpa blog kak nor ni...hebat...hebat...mmg menggoda kek2 kak nor...x berjaya jgk la dietku...

    ReplyDelete
  5. kak nor,klau sy x de jumlah loyang yg bnyk mcm kak nor tu,boleh x klau sy bakar satu...satu...takut ada 'kesan sampingan' pulak kat adunan yg lama sgt tunggu turn tu...

    ReplyDelete
  6. Dah try kak nor. Ank2 suka kwn2 pun suka....plg precious bl potong je kek semua org mcm wowwwwwww...cantiknya...haha. the reaction tu mmg priceless...but sedap dipandang (wpun coating sy xla secantik akk punye) ..sedap jgk dimakan. Tq kak nor. :)

    ReplyDelete
  7. sy minta kebenaran copy gambar kek.sda cuba...sedap..mau promote dgn kwn d fb sbb sy pny gmbr x brapa cantik.

    ReplyDelete
  8. Guna putih telur saja ke...mcm x lengkap jer resepi...maaf yer

    ReplyDelete
  9. Pakai pewarna jenama apa ya

    ReplyDelete