Thursday, March 28, 2013

Kek Aiskrim Oreo

Holla,
Assalamualaikum...jumpa lagi.
Kali ini cikNor nak share resepi kek aiskrim oreo. Sebelum ni cikNor dah pos gambar kek aiskrim tapi tidak ada resepi. Kali ini cikNor akan sertakan resepinya.

Sebenarnya cikNor pernah belajar buat kek aiskrim masa kelas baking dengan chef Kevin Chai dulu, tapi tak pernah tergerak di hati cikNor nak membikinnya...hinggalah terbaca di blog Rahel rasa membuak-buak pulak nak memcubanya. Berkebetulan pulak si Teruna cikNor balik bercuti jadi bolehlah membuatnya, makannya dan bergumbira menikmatinya bersama-sama.

Akhirnya...
TADAAaaaaa...
Memang sedap...kek span dilapisi dengan aiskrim kegemaran, lembut dan sejukkk...kek span memang yang paling sesuai digunakan untuk kek aiskrim ni sebab walaupun diletak di tempat beku keknya still lembut kalau kek lain sah-sah ler keras kematu kot (kek chiffon pun oke gak sebab teksturnya macam kek span). Kek ni memang tempatnya di dalam peti ais kat tempat beku...aiskrim la katakan. Bila nak makan baru keluarkan, potong dan makannnn....




Masa belajar dengan chef Kevin itu hari dia ajar buat sendiri aiskrimnya...tapi cikNor nak cepat dan mudah jadi beli jer aiskrim kat pasara raya...mana-mana pun boleh nak buat homemade ice cream atau pun ready made ice cream. Kek span pun cikNor guna tepung pre mix sponge cake. Ini pun sama jugak...boleh nak guna yg adun sendiri atau pre mix (mana-mana yang memudahkan kita). Resepi yang cikNor kasi ni guna tepung pre mix.

KEK AISKRIM OREO
(loyang 7 in)
280 gm tepung pre mix sponge cake
5 biji telur
60 gm air
80 gm minyak jagung
sedikit coklat emulco
1.5 liter aiskrim vanila - kalau nak guna aiskrim oreo ready made pun boleh jugak jadi biskut oreo boleh guna sebagai hiasan kat atas kek jer
1 bungkus biskut oreo - dihancurkan, tak perlu buang krim

Caranya :
  • Panaskan oven 15 minit suhu 180c.
  • Masukkan tepung dan telur, putar hingga gebu.
  • Kemudian masukkan air dan coklat emulco, putar hingga sebati dan kembang.
  • Masukkan minyak dan kaup balik gunakan spatula hingga minyak bersatu dengan adunan tepung.
  • Bakar dalam loyang yang sudah dilapik kertas minyak.
  • Bakar selama 35-40 minit dengan suhu 180C.
  • Bila masak keluarkan dari oven terus keluarkan kek dan sejukkan atas redai - jangan biar sejuk dalam loyang nanti kek mengecut.
  • Ambil aiskrim gaulkan dengan biskut oreo hancur. Simpan dalam peti beku.
Cara melapis kek:
  • Kek bulat dipotong 2, bahagian pertama letak pada dasar loyang.
  • Ambil kek yang bentuk segi empat (kalau sangat tebal, potong sikit) ukur sama tinggi loyang potong memanjang kemudian letak tepi dinding loyang. Buat hingga dinding loyang tertutup dengan kek.
  • Ambil aiskrim isikan dibahagian tengah kek yang kosong, padatkan ia kemudian tutup dengan selapis lagi kek bulat tadi.
  • Tutup kek dengan cling film (plastik) kemudian simpan di tempat beku sekurang-kurangnya 6 jam paling cun semalaman.
  • Keluarkan dari loyang hiaslah dengan fresh cream.
  • Simpan semula kek di tempat beku, nak makan baru keluarkan.
*kalau nak tengok cara bergambar boleh klik kat blog Rahel
*adunan ini cikNor bahagi dalam 3 senduk (anggaran jer...sebab cikNor tuang main gak-agak jer) ke dalam loyang bentuk segi empat saiz 9 in dan bakinya cikNor tuang dalam loyang 7 in. Tujuannya, kek yang di dalam loyang petak tu diguna untuk dinding kek aiskrim nanti. Dari adunan bulat pulak untuk bahagian dasar dan atasnya.
Lebih mudah guna loyang bulat yang bahagian bawahnya boleh tanggal atau spring form
sebab mudah nak keluarkan kek yang sudah dibekukan. Kalau tak ada loyang cam gitu
lapik dulu dengan plastik kasi lebihan plastik terkeluar supaya senang
nak tarik keluar kek. 
Selamat mencuba.

3 comments:

  1. Salam Cik Nor....wah...ada kek eskim...uiiii nyaman she...

    ReplyDelete
  2. Fresh cream tu same ke dgn whipping cream?

    ReplyDelete