villakamimicasamawar

Monday, November 7, 2011

Bufday cikNor @ Camping

Minggu yang sibuk...cikNor berkursus kat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuantan (BTPN) dari 3 hb Okt sampai 6 hb Okt. Habis kursus terus masuk kem pulak...perkhemahan bersepadu unit uniform. Penat...hurmm, memang lah penat tambahan pula cikNor demam dari tempat berkursus lagi...ingat nak amik MC tapi tak sampai hati lak sebab cikNor dah diamanahkan oleh GPK koko jadi photographer utk program tu.

Sampai kat sekolah sume tegur bile tengok muka cikNor yang pucat & cengkung...lama lak demam sampai xlalu nak makan. Pergi klinik amik ubat baru kurang sikit demam. Sebenarnya cikNor susah sikit nak jumpe doktor kalau demam tapi disebabkan dah xmampu menanggung derita barulah pergi klinik...demam hampir 5 hari mau nyer tak sengsara...pas tu doktor tanya pulak nape lambat datang, spontan cikNor jawab sebab tengah berkursus, baru balik kursus tu baru datang...taw takut kene marah dengan doktor...hahaha

Kat sekolah keje cikNor amik gambar jer...salah satu tugas GPM...dalam pada tu tolong gak la mana-mana yang patut. Meh la kite layan antara photos yang cikNor amik masa camping tu...
Yang ni gamba budak lelaki, terpaksa shot gambar ikut jantina pasal ramai sngt peserta...maklum la semua budak Tahap 2.
Ini pulak geng perempuan...tayang sijil pulak tu. Ini sapalah yang amik gambar, muka cikNor nampak sekerat jer...huhuhuu
Si baju merah tu GPK koko cikNor, cikgu Zainal Sagir bersama dengan S/U nyer yang brbaju oren...Faidz
Ini lah geng-geng wanita yang menjadi tukang masak untuk kanak-kanak riang...hurmmm...sume nampak happy kan??? citer apa cikNor xtaw sbb cikNor sibuk snap gamba jer...
Boss yang menyelaras aktiviti camping, cikgu Anuar tapi kami suke panggil die chief sbb die otai & serba-serbi taw...baguihh chief ni bagilah keje apa pun kat die sume akan jalan dgn lancar.
Ni pulak cikgu Azhar...tengah buat unggun api nak bakar ayam dalam buluh.
wahhh...budak dua orang ni kalau bab berlakon memang serah kat dorang...Hafiz & Faidz...basuh buluh untuk bakar ayam...
Tengok gaya chief berjalan...inilah barisan kita yang ikhlas berjuang...

Close up belakang chief...baju tu mahal taw, limited edition...sebenarnya chief ni org penting kat pusat kokurikulum JPN Pahang.
Dalam sibuk-sibuk bercamping tu sebenarnya kene tarikh bufday cikNor, dah lupe mulanya...
dan yang lebih bez nyer cikNor berkongsi tarikh dengan Faidz...8 Oktober. Tengok tu Faidz letak tangan die kat 8 Oktober 2011.
Nak interframe la pulak dak Faidz ni...
Inilah kak Ja...QM kitaorang. Pandai bab masak-masak utk makan org ramai...kitaorang pandai makan jer...hahaha...selalunya kak Ja adalah org yang dipertanggungjawabkan bahagian jamuan tak kira lah apa-apa event kat sekolah die lah orang nyer...
Rosdi...sedang perturunkan ilmu memasang khemah...
Chief tengah check ayam dalam buluh..."hurmm...masak ke tak masak ni.??"
en Guru Besar, cikgu Ismail & GPK koko, cikgu Zainal...ni dorang posing masa majlis penyampaian hadiah dan sijil, penutup camping.
Jejaka Malaya...hehehee

Itu sebahagian daripada coretan Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SKJ1 tahun ini...insyaallah, tahun depan jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment