villakamimicasamawar

Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Sunday, October 1, 2017

Mushroom and Cheese Wholemeal Buns

Assalamualaikum wbt...
Holla...just want to share my new recipe (^_^)

MUSHROOM AND CHEESE WHOLEMEAL BUNS

BAHAN BUN
270 g susu segar / 4 tbs susu tepung + 270 g air dingin
1/2 tsp garam halus
30 g butter
30 g gula kastor
1 tsp k-Fine cream / bread softener
300 g tepung high protien
100 g tepung wholemeal
10 g yis kering

INTI TOPPING
1 tin cendawan butang - hiris
2 ulas bawang putih
1 sdb minyak zaitun

  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan cendawan butang dan garam, gaul-gaulkan hingga mesra.
  • Matikan api dan sejukkan sebelum diletakkan atas bun.

BAHAN TOPPING
Keju cheddar parut secukupnya
Mayonis secukupnya

KAEDAH MENGGUNAKAN BREADMAKER

  • Masukkan bahan-bahan ikut urutan dalam breadmaker.
  • Tekan butang nombor 8 (Dough) - ulang step ini 2 kali.
  • Rehatkan doh selama 1 jam.
  • Keluarkan doh, tumbuk-tumbuk buang angin.
  • Timbang doh 35 - 40 gm kemudian bulat-bulatkan (boleh refer pada gambar)
  • Bila doh sudah kembang, tekan bahagian tengahnya.
  • Letakkan cendawan, keju cheddar parut dan mayonis dalam lubang yang ditekan tadi.
  • Rehatkan lagi 20 minit.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Suhu 170c selama 18 minit.
  • Angkat bun yang sudah masak dan sapukan butter semasa masih panas.
  • Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
KAEDAH ULIAN TANGAN
  • Masukkan semua bahan kering dalam mangkuk besar kecuali butter dan garam. Gaul-gaulkan.
  • Tuang susu sikit-sikit sambil diuli. Kemudian masukkan butter dan garam, terus uli hingga doh jadi licin dan elastik.
  • Rehatkan doh selama 1 jam (tutup bekas dengan tuala basah).
  • Kemudian keluarkan doh dari mangkuk, tumbuk-tumbuk keluarkan angin.
  • Timbang doh 35 - 40 gm, bulat-bulatkan.
  • Langkah seterusnya boleh refer gambar.

Proses ulian menggunakan breadmaker. 

Rehatkan doh hingga kembang, 1 jam.

Gelek doh yang sudah dibulatkan menggunakan rolling pin.

Rehatkan doh, bila sudah kembang tekan bahagian tengah supaya berlekuk (boleh tekan guna belakang sudu). Kemudian letakkan cendawan,


tabur keju cheddar yang diparut dan

paipkan mayonis...

Taburkan Italian Herbs atau Parsley Leaves (kalau suka laa...)

Rehatkan selama 20 minit sebelum dibakar.

Keluarkan dari oven terus sapu dengan butter. 

Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara supaya bun kekal lembut.

- HAPPY BAKING -

Monday, October 31, 2016

Roti Kerca

Assalamualaikum wbt...
Holla...


ROTI KERCA

Bahan Roti:
1/2 kg tepung gandum
3 biji telur
1/4 sdt garam
4 cawan air
sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning (optional)
minyak untuk sapu pada kuali

Cara-cara:
  • Satukan semua bahan kemudian blend halus supaya tiada ketulan.
  • Panaskan kuali non-stick, sapu sedikit minyak, kemudian sendukkan adunan tepung dalam kuali, lenggangkan supaya nipis sekata.
  • Biarkan seketika hingga masak (tak perlu terbalikkan) kemudian angkat dan gulungkan macam kuih ketayap.


KUAH

Bahan-bahan:
400g daging / ayam cincang
1 kotak kecil santan
3 cawan air
30g rempah kari daging
4 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 cm halia - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
10 ulas bawang merah - kisar
200g tomato puree
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi kemudian masukkan bahan yang dikisar masak hingga garing.
  • Kemudian masukkan rempah kari dan letak sedikit air, masak rempah hingga berbau harum dan pecah minyak.
  • Masukkan daging / ayam cincang dan tomato puree masak hingga terbit minyak kemudian masukkan santan, air, garam dan gula secukup rasa (air boleh dimasukkan mengikut kepekatan yang diingini).
  • Masak hingga mendidih dan pekat kemudian bolehlah dimatikan api.

Hiasan / Tabur:
Daun sup - hiris halus
Bawang goreng

Cara Menghidang Roti Kerca:
  • Roti yang digulung tadi dipotong serong.
  • Letak roti yang telah dipotong kemudian siramkan dengan kuah.
  • Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Tips bawang goreng rangup:
*gunakan bawang merah ros (kalau di pasar raya ada banyak jenis bawang merah jadi pilih yang tulis bawang merah ros, biasanya mahal sikit daripada bawang merah lain).
- bawang merah dihiris tipis kemudian gaul dengan sedikit tepung jagung.
- panaskan minyak goreng hingga kuning, angkat toskan.
- sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.



 Ini roti kerca kuah banjir...heheee...


SELAMAT MENCUBA (^_^)

Thursday, December 24, 2015

Roti Waffle

Assalamualaikum wbt...
Holla...

Sebelum ni ada cikNor mentioned nak tunjuk resepi mudah guna waffle maker kann...
ok inilah dia ROTI WAFFLE. Mudah dan sedap.

Jom tengok macam mana nak buat...rujuk pada gambar jer.


Mula-mula sapu roti dengan planta...sebelah jer.
Kemudian, panaskan waffle maker.

Susun roti dalam waffle maker. cikNor punya waffle maker bentuk segi empat jadi sekali buat roti waffle ni 4 keping. Cukup la untuk kami 4 beranak (^_^).

Letakkan telur atas setiap roti. Taburkan dengan cheese yang diparut dan sedikit lada sulah. Bahagian ini optional...ikut suka nak letak apa pun. Masa cikNor buat ni ada stok telur dengan mozarella jer, so let go jer la mana yang ada tu.

Kemudian tutup dengan roti. Sapu planta pada bahagian atas roti.

Tutup waffle maker dan tekankan sikit. Tunggu hingga cheese cair dan roti jadi garing.
 

Kemudian TADAaaaaa...
Nampak menarik sangat kannn...


Sejak dapat idea buat roti waffle ni cepat jer roti habis, kalau tidak mau 3-4 hari roti tu kat atas meja...hihiii

Potong macam sandwich (tak nak potong pun tak pe)...sedia untuk dimakan...boleh letak sos cili...sedap sangat sebab rangup rotinya.
Bahagian dalam...nampak tak telur tu??? Nyummm...nyummm...

Silalah cuba, sangat mudah dibuat dan sedap dimakan.

Friday, February 20, 2015

Roti Sarang Lebah

Assalamualaikum...
Holla friends...
Jom kita makan roti pulak, roti sarang lebah...
roti yang sangat lembut dan sedap bila dimakan dengan sos butterscotch. 
Tak nak story panjang-panjang, jom kita tengok resepi kat bawah.


ROTI SARANG LEBAH

Bahan A :
2 cawan tepung gandum (cikNor guna tepung high protien)
1/2 sdt yis kering
1/4 sdt garam
1/2 sdt baking powder
1 sdb gula kastor
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam

Bahan B :
1 biji kuning telur - untuk sapu atas roti
sedikit badam keping, kuaci, melon seeds, bijan - untuk tabur atas roti

Cara-cara :

  • Satukan semua bahan kecuali air suam - uli.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit terus uli hingga doh jadi lembut dan elastik.
  • Rehatkan doh 30-40 minit.
  • Kemudian tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin.
  • Bulat-bulatkan doh 30 gm setiap 1, susun dalam loyang.
  • Sapukan kuning telur, taburkan kekacang.
  • Rehatkan hingga kembang.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, suhu 180c selama 20 minit.
* Kalau guna breadmaker masukkan air suam, minyak jagung, tepung, gula, yis kering, plain yogurt, baking powder, garam - setkan breadmaker pada bread dough, biarkan ia berkerja untuk anda...hehee...
* Bila proses menguli siap keluarkan doh, siap untuk dibulat-bulatkan.

SOS BUTTERSCOTCH 
Bahan-bahan :
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipped cream
1/2 sdt esen vanilla
25 gm mentega 
secubit garam

Cara-cara :
  • Cairkan mentega.
  • Masukkan gula perang, kacau hingga keluar buih-buih halus.
  • Masukkan whipped cream dan garam - kacau sebati.
  • Masukkan esen vanilla kacau sebentar kemudian matikan api.
* Jangan panik sos memang cair semasa panas, sos akan menjadi pekat apabila sejuk.
* Bila nak makan baru curahkan sos butterscotch atas roti.

Monday, May 21, 2012

My Craby Patty

cikNor memang suka sungguh bila tiba time weekend ni. Macam-macamlah plan yang timbul. hurmm... rasa macam nak rehat-rehat kat spa laa...sejak pindah tempat baru ni tak sempat lagi nak pergi ke situ. Pas tu nak ronda-ronda kat bandar sebab baru nak belajar jalan-jalan kat tempat baru, kalau dah terror jalan-jalan kat sini nanti tak der la kene menyusahkn en Hubby kene jadi driver. Lagi satu, nak pergi buat lawatan kat butik Peace, Reene's...bla...bla..bla...(sume tempat menyopping jer...hehe..)

Dulu masa duduk kat Jengka selalu terfikir bez nyer kalau duk kat bandar senang nak keluar tapi sekarang bila rumah duk kat tengah bandar pun tak sempat jugak rupanya...pasaraya yang dekat belakang rumah pun tak berapa nak sempat jenguk kalau tak plan baekk punye.

Dalam sibuk-sibuk macam tu tapi bila tiba bab membaking rajin la pulak (salah satu aktiviti untuk menambahkan berat badan...) apa tak rajinnya, bab ini memang dapat sokongan padu daripada family tercinta...haha

Daripada rentetan itu maka terhasillah craby patty yang mewah dengan segala macam isi perutnya.


Bun pun cikNor buat sendiri. Kat atas bun tu cikNor tabur dengan badam hiris sebab bijan tidak ada dalam stok..tak per lah janji roti bun kan??!

Bahan soft bun (anggaran 16 biji bun):

Bahan A
500gm tepung high protien
75gm gula
15gm susu tepung
15gm yis kering
5 gm improver
10 gm softener
1 biji telur

Bahan B
250 ml air dingin

Bahan C
50 gm butter / marjerin
10 gm garam

Cara-cara:
  • Masukkan semua bahan A dalam mesin pengadun. Gaul sebati lebih kurang 20 minit.
  • Masukkan bahan B, uli sampai jadi doh lembut.
  • Masukkan pula bahan C uli lagi hingga semuanya sebati dan doh jadi lembut serta licin.
  • Rehatkan doh 45 - 60 minit (biasanya cikNor rehatkan 60minit) - tutup adunan doh dengan tuala basah atau cling flim supaya doh tidak kering.
  • Keluarkan doh timbang 50 gm setiap doh bulat-bulatkan rehatkan lagi dalam 30 - 40 minit.
  • Bakar ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu membakar 180C selama 15 - 20 minit (ikut keadaan oven masing-masing).
  • Angkat bun dan sapu dengan butter semasa masih panas...sejukkan dah sedia untuk dimakan.
* ini bahan asas untuk buat roti...boleh dipelbagaikan untuk buat macam-macam jenis roti.
Daging burger pun cikNor bikin sendiri...dua versi daging dan ayam. Bahan untuk buat daging craby patty :
400gm isi ayam / daging
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar breadcrumb putih
1 sudu teh lada hitam
*sume bahan tu campurkan dan gaul sebati kemudian bulat-bulatkan dan tekan sikit supaya leper.
*gorengkan daging tersebut hingga masak.
Garam dan lada hitam sebagai perasa...sebenarnya terpulanglah citarasa kita nak letak apa pun yang penting sedap dimakan.
Daging yang siap dileperkan itu kemudiannya digoreng dalam kuali. Guna butter boleh, guna minyak zaitun pun boleh.
Goreng sampai betul-betul masak taw sebab daging yang kurang masak mudah tercemar dengan kuman e-coli, nanti tak pasal-pasal kene cirit-birit lak...hilang kisah homemade craby patty kita. Masa menggoreng ni cikNor renjiskan jugak seasoning sauce  Maggi supaya rasa lebih sedap dan wangi. Bau dan rasa penting barulah time makan tu boleh datang feel...haha


Daging yang dah siap dimasak hanyak menunggu untuk bertemu dengan homemade bun pulak.
Macam biasalah bun tadi bakar sekejap dalam kuali.

Hari tu jadi tiga versi craby patty...ada yang letak daging saje, ada yang daging + cheese + sos cili, ada yang lagi mewah daging + salad + tomato + cheese + telur + sos cili + mayonis...ikut atas permintaan customer.
Punyalah tinggi craby patty tu berlapis-lapis...salad, tomato, daging, telur , cheese...kemudian baru letak sos cili dan mayonis...besar mulut kene bukak!!!
Akhirnya, gigit sikit-sikit jer...hehe
Sekian, itulah itu antara aktiviti sempene weekend cikNor kali ni...homemade craby patty (pengaruh spongebob...hehe)

Tuesday, April 17, 2012

Pizza Wholemeal

holla...jumpa lagi
jom kita buat pizza pulak...guna tepung wholemeal.

BAHAN A
400 gm tepung roti
100gm tepung bran (wheat bran / wholemeal)
20 gm susu tepung
10 gm bread improver

BAHAN B
15 gm yis kering
50 gm gula
300 ml air suam
*satukan semua bahan ini dan biarkan seketika hingga yis kembang

BAHAN C
25 gm butter
10 gm garam halus

SOS PIZZA
3 biji buah tomato - potong dadu
3 biji bawang besar kuning - potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu
3 helai daun bay
2 gm herba oregano
200 gm tomato puri
5 gm serbuk lada hitam
garam, gula secukup rasa
minyak untuk menumis

INTI AYAM PIZZA
250 gm ayam kisar
garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar kuning - hiris bulat
2 ulas bawang putih
5 gm serbuk lada hitam
sedikit minyak untuk menumis

HIASAN / TOPPING PIZZA
lada benggala merah / kuning / hijau
cendawan butang
nanas
keju mozarella
keju cheddar
*topping boleh jer ikut sesedap rasa anak tekak
 JOM BUAT PIZZA
  •  masukkan semua bahan A dalam mesin pengadun.
  • gunakan speed 1 gaul bahan A hingga sebati.
  • kemudian masukkan bahan B.
  • adun doh hingga sebati, kemudian masukkan bahan C.
  • tinggikan kelajuan mesin, adun doh hingga kembang (lebih kurang 15 minit).
  • tutup adunan dengan tuala basah dan biarkan doh rehat 40-60 minit.
  • setelah doh kembang keluarkannya kemudian letak atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung, tumbuk-tumbuk doh dengan tangan untuk keluarkan angin.
  • timbang 200 gm doh, leperkan dan letakkan ke dalam loyang pizza...rehatkan lagi 30-45 minit hingga doh naik seganda.
  • kemudian cucuk permukaan doh dengan garfu untuk keluarkan angin.
  • sapu permukaan doh dengan sos pizza, letakkan inti ayam, lada benggala, cendawan butang, nanas kemudian tabur dengan keju mozarella dan keju cheddar.
  • bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 20 minit hingga keju cair dan berwarna keemasan.

 CARA NAK BUAT SOS PIZZA
  • panaskan minyak.
  • tumis bawang putih, bawang besar, daun bay kemudian masukkan tomato dadu dan tomato puri, herba oregano, serbuk lada hitam serta garam dan gula secukup rasa.
  • masak seketika hingga sos agak pekat kemudian matikan api.

CARA BUAT INTI AYAM
  • tumis isi ayam kemudian masukkan bahan-bahan lain.
  • angkat dan boleh digunakan untuk inti pizza.
*bawang besar tadi tak perlu sampai layu.



Kuantiti bahan yang cikNor kasi ni boleh menghasilkan 3 biji pizza...kalau tak abes makan simpan dalam ice box, tomorrow morning boleh panaskan semula sebab pizza ni still lembut and yummylicious bila dipanaskan...