villakamimicasamawar

Showing posts with label cheese cake. Show all posts
Showing posts with label cheese cake. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Snow Cheese

Assalamualaikum...
Holla...
My first entry on 2014...it's about 
SNOW CHEESE CAKE (^_^) 
It is simple but yummylicious...the costing ??? mau makan sedap berani bayar lebih maa...hahaaa
Betul sayangku semua kalau nak makan kek yang sedap kenalah keluar belanja lebih sikit dari segi bahan mentah...jadi janganlah kita bising atau bandingkan harga kenapa yang orang tu murah, yang dia ni mahal??? Macam cikNor memang guna bahan yang mahal sikit jadi cikNor tak dapatlah nak jual harga yang murah...abes kalau dah butter pun yang rege RM8.90 sen untuk 227g macam mana cikNor nak murahkan lagi...kesian tau.

Apa-apa pun terpulang pada pilihan pembeli, kalau nak yang sedap keluarlah belanja lebih sikit. Kualiti bahan yang diguna sangat mempengaruhi rasa kek atau biskut yang dihasilkan. cikNor sendiri pernah tukar butter dan keju yang lebih murah harganya tapi hasilnya agak kureng, rasanya tidak sama...jadi renung-renungkan & selamat beramal...oppss, terlebey sudaa!!! hahahaa

Mari kita try buat kek snow cheese yang glamer cam Rozita Che Wan ni...sebenarnya dah banyak kali jugak cikNor buat snow cheese cake ni tapi tak sempat nak update kat sini sampai bertalu-talu pulak permintaan hati drp kawan-kawan tersayang jadi dalam keadaan rebah bangun dan penat macam baru lepas lari marathon cikNor menguatkan tekad, membulatkan hati untuk menulis di sini...
but you know i'm really miss my blog...so much...(kalau boleh hari-hari cikNor nak update citer kat sini)

cikNor agak confuse dengan nama kek ni,ada orang kata snow cheese dan ada juga kata cheese meleleh...apa-apalah yang pasti memang air liur meleleh tengok cheese yang menambun...cream cheese lawan cheddar cheese bukan kata cheese jer yang menambun, badan pun jadi setambun kalau asyik mengerjakan cheese...hahaaa..

KEK SPAN OREN
sumber : Roti Kek Pastri - Noraini Sidek

Bahan-bahan :
8 biji telur gred B
250 gm gula kastor
250 gm tepung naik sendiri - cikNor guna Bluekey
100 gm air
25 gm ovelette
1 sdt baking powder
1 sdt orange emulco
125 gm butter cair - cikNor guna minyak jagung Daisy
  • Sapu keliling loyang 8" dengan butter, lapik loyang dengan kertas minyak (baking paper).
  • Panaskan oven selama 15-20 min dengan suhu 180'c.
  • Tepung dan baking powder,diayak.
  • Satukan telur, gula, ovelette, tepung yang diayak - pukul dengan speed perlahan supaya sebati.
  •  Kemudian tinggikan speed pukul hingga kembang selama 5 min.
  • Perlahankan speed, masukkan air dan orange emulco...pukul lagi hingga gebu dan ringan.
  • Masukkan minyak, kaup balik hingga sebati.
  • Masukkan dalam loyang, bakar selama 45 minit.
  • Angkat dan telungkupkan atas redai selama 5 min.
  • Kemudian keluarkan dari loyang sejukkan.
P/S - kalau nak guna tepung sponge mix ini sukatannya

KEK SPAN OREN
Bahan-bahan :
5 biji telur gred A
280 gm tepung sponge mix vanilla 
60 gm air
80 gm minyak jagung
1 sdt orange emulco

Cara-caranya :
  • Satukan tepung dan telur, pukul hingga kembang.
  • Masukkan air dan orange emulco, pukul lagi hingga gebu dan ringan.
  • Masukkan minyak jagung, kaup balikkan hingga sebati.
  • Masukkan dalam loyang 8" bakar selama 45 minit.
  • Angkat dan telungkupkan selama 5 min, kemudian keluarkan kek sejukkan atas redai.
CREAM
sumber : Rahel


Bahan-bahan :
250 gm cream cheese - cikNor guna brand Philadelphia
120 gm susu pekat manis - cikNor guna brand Saji (sebab kurang manis)
50 ml UHT whipping cream - cikNor guna brand Anchor

Cara-caranya :

  • Satukan semua bahan, pukul hingga kembang dan licin.
  • Jika ingin lagi cair tambahkan lagi susu dan UHT whipping cream.
HIASAN
250 gm cheddar cheese (blok)

Cara-cara menyediakan snow cheese :
  1. Kek yang telah disejukkan dibahagi kepada 2 bahagian (cikNor bakar menggunakan 2 loyang).
  2. Sapukan lapisan pertama dengan cream kemudian letakkan lapisan kedua, sapu keseluruhan kek dengan cream.
  3. Parutkan cheddar cheese, tabur sekeliling kek hingga menutupi cream. 
Oke, sekarang sayang-sayang semua boleh cuba buat sendiri snow cheese yang sangat sedap ni. Walaupun ada orang buat pelbagai perisa snow cheese ni tapi bagi cikNor snow cheese yang berperisa oren lagi serasi bila 'menikah' dengan 2 jenis cheese tu...cream cheese dan cheddar cheese. Lagi satu versi yang cikNor boleh kasi thumb up ialah SNOW CHEESE RED VELVET...nanti kita cerita yang tu pulak erkk...

Selamat mencuba 

Jumpa lagi sayangku...  :*


Tuesday, March 19, 2013

Mini Royal Mango Cheese Cake

Assalamualaikum...
Hollaa...jumpa lagi di sini.
tak sabar rasanya nak pos entry baru coz banyak cerita mau di-share-kan.
Gossip ker???...TIDAKKK, gossip hanya akan berlangsung
di WhatsApp jer bersama ahli kelab gossip...hehee

Hari ini 19 Mac 2013 bersamaan dengan hari Selasa, cikNor hampir-hampir tidak hadir ke Bengkel Kad Pantas anjuran PPD Jerantut...hehee...mokcik lupa!!! Nasib baik kawan cikNor ingatkan kalau tak dengan penuh kegumbiraan cikNor balik rumah...pas tu lepak depan tv.

Masa rehat cikNor tengok kawan cikNor makan nasi...
"Ermm...kak An makan nasi yer, Nor pun nak makan nasi jugaklah...nak tiru kak An...hehee..."
-selalunya cikNor tak makan nasi time rehat sebab nak makan nasi kat rumah.
"Yer lah...kan petang ni pukul 3.00 kita nak gi Perian ada bengkel tu,"

Alamakkk...cikNor lupa. Dah ler hari ni cikNor pakai baju sukan jer...nak balik rumah tukar baju, tak der maknanya...setengah jam tu!!! Terpaksalah pakai baju sukan tu sampai ke petang...nasiblah majlis tu tak formal sangat sebab hanya bengkel. Macam manalah cikNor boleh lupa...kene makan gingko biloba ni nak kuatkan ingatan semula...huhuu...(tanda-tanda penuaan kot...hahahaa)

Tinggalkan dulu citer tu wehh...nak share resepi mini cheese cake yang super yummy tahap gaban ni...hahaa...kalau cheese memanglah sodap, tak kirolah apo-apo joneh kek pun...kan...kan...
Sebelum  ni cikNor dah pos resepi royal mango cheese cake ni tapi yang itu hari cikNor buat dalam loyang 7 in. Kali ni saja nak ubah buat dalam bekas kecik-kecik nampak comel dan senang nak makan tak payah nak potong-potong...
ermmm...cikNor paling suka cheese cake ni sebab sedap rasa mangganya dan tidak muak. Resepi ni dapat daripada chef Kevin Chai masa cikNor hadir kelas bakingnya pada 13 Januari lepas.
hahaa...ini gambar nak interframe
(tibe-tibe lak terselit gambar ni !)

haaa...ini dia geng baking pada hari tu...dalam ramai-ramai tu terselit 2 kumbang
tak sangka ada juga sambutan daripada golongan Adam. (baju kaler putih tu chef Kevin
so tak masuk kuota yer...tu cikgu...hehee)
Sekarang mari kita semak resepi.

ROYAL MANGO CHEESE CAKE
Sumber - Chef Kevin Chai
Base :
160 gm biskut digestive - hancurkan kemudian ditimbang
80 gm butter cair
Filling :
400 gm cream cheese
100 gm gula kastor
3 biji telur
50 gm puri mangga
100 gm sour cream - boleh ganti yougurt
1/4 esen mango
1 sudu teh tepung jagung
50 gm mangga dipotong dadu
Cara-cara :
  • Panaskan oven selama 15-20 minit pada suhu 170C
  • Biskut hancur (crust) dicampur dengan butter cair - gaul sebati

  •  Sediakan paper cup, masukkan 1 sudu besar adunan crust. Tekan-tekan supaya padat.
  • Buat hingga habis adunan crust.
  • Kemudian sediakan filling. Satukan cream cheese dan gula kemudian pukul hingga kembang elok. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga adunan sebati.
  • Di dalam bekas lain satukan puri mangga, sour cream, esen mangga dan tepung jagung - gaul sebati.
  • Masukkan adunan tersebut dalam adunan cream cheese - gaul sebati.
  • Masukkan adunan filling dalam bekas crust tadi. Tuang adunan penuh macam dalam gambar.
  • Kemudian bakar dengan kaedah Bain Marie (letak loyang isi air panas kemudian letakkan loyang cheese cake - rujuk gambar di atas.) 
  • Bakar selama 30 - 35 minit dengan suhu 170c.
  • Bila permukaan kek disentuh ia seakan beku itu bererti sudah masak, tak perlu cucuk dengan lidi sebab cheese kalau yang masih panas memang akan lekat pada lidi.
-cikNor tak pernah try lagi bakar tanpa kaedah Bain Marie so tak tau la macam mana kejadiaannya kalau bakar macam kaedah kek biasa. Cikgu ajar cam gitu so sebagai anak murid yang taat cikNor ikut jer lah sebab katanya nanti kek merekah.
 TADAaaaa...dah siap pun. Tak merekah kan...haaa, betullah ajaran guru tu kot...hahaaa
  • Sejukkan kek sebelum dihias dengan mangga segar dan fresh cream.
  • Paipkan fresh cream sekeliling kek kemudian letakkan mangga segar (mangga segar potong dadu dan digaul dengan 2 - 3 sudu besar puri mangga).
  • Letakkan mangga segar...terpulang banyak mana kuantitinya...
  • Oke, itu dia mini royal mango cheese cake yang sudah di-make up...simpan dalam peti sejuk, bila nak makan baru keluarkan.
Sape nak sila angkat tangan...

Jom makan...

Selamat mencuba dan jumpa lagi.

Saturday, March 2, 2013

Royal Mango Cheese Cake

Holla...
terpaksa meng-update blog menjelang 2 pagi...dalam keadaan tersengguk-sengguk cuba jugak siapkan entry ni. Untuk itu cikNor akan kurangkan berhikayat panjang sebab mengantuk maa...
Ni semua gara-gara HARI MENGEMAS RUMAH SEDUNIA cikNor...sedar-sedar dah lewat.
Royal Mango Cheese Cake yang ditempah oleh Puan Zila dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka sempena birthday anaknya. Disebabkan ini adalah kek orang punya maka cikNor tidak dapatlah  nak tunjukkan isi dalamnya...yang pasti rasanya sedap


ROYAL MANGO CHEESE CAKE (7 in)
 
Base :
160 gm biskut digestive - hancurkan kemudian ditimbang
80 gm butter cair
 
Filling :
400 gm cream cheese
100 gm gula kastor
3 biji telur
50 gm puri mangga
100 gm sour cream - boleh ganti yougurt
1/4 esen mango
1 sudu teh tepung jagung
50 gm mangga dipotong dadu
 
Cara-cara :
Panaskan oven selama 15-20 minit pada suhu 170C
Biskut hancur dicampur dengan butter cair - gaul sebati
Kemudian tekankan adunan biskut ke dalam loyang.
Untuk filling-nya, satukan cream cheese dan gula kemudian pukul hingga kembang elok.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga adunan sebati.
Di dalam bekas lain satukan puri mangga, sour cream, esen mangga, tepung jagung dan mangga dadu - gaul sebati.
Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam adunan cream cheese - gaul sebati.
Masukkan adunan filling ke dalam loyang crust tadi kemudian bakar. 
Bakar adunan selama 30 -35 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven kemudian sejukkan terlebih . Simpan dalam peti ais.
 
Bakar guna kaedah Bain Marie - isi air panas dalam dulang besar kemudian letakkan loyang adunan cheese cake ( faham tak penerangan ni,harap2 faham ler)
 
Selamat mencuba.