villakamimicasamawar

Wednesday, December 4, 2019

Ayam Pak Kassim


Assalamaualaikum semua.

Holla! 

Lama sungguh tak bersiaran. Rasanya ni first entry dalam tahun 2019.  Kalau kata rumah kompem la habuk, bersawang segala mak neka penuh dah ni...

Nak mengarang pun dah rasa macam kekok jer...hehehe...jadi kesimpulannya tak payah lah kita buat karangan macam students spm jawab soalan kertas penulisan kan. Straight to the point kita nak share resepi yang super-duper simple gitu. Resipi ni kalau korang rasa tahap kemalasan korang tu berada di paras maksima amat sesuai la.  Sebab apa tau kita kata sesuai untuk orang malas, sebab korang tak payah nak sediakan bawang, serai atau halia.  walaupun bahan-bahan tu tak perlu dalam resipi ni tapi rasanya tetap kebabooom sedap tau.  Korang boleh guna daging, udang, ketam atau sotong...mabeles sedap weiii...Try la kalau tak percaya.

Nama resipi ni Ayam Pak Kassim, aduhai nape pulak Pak Kassim erkk...adakah kerana kita telah meng-kidnap ayam yang Pak Kassim bela??? Ohhh...tidak...tidak sama sekali, ayam Pak Kassim tidak terlibat dalam menu kita ni.

Sebenarnya ini adalah resipi makcik kita tau, dia pun dapat daripada saudara sebelah suaminya yang bernama Pak Kassim.  Pakcik kita orang Kampung Baru maybe la Pak Kassim ni pun asal dari Kampung Baru jugak kot sebab sedara kann. Pak Kassim ni tukang masak kat rumah kenduri so dia selalu la buat masakan ni kat rumah kenduri. Kat kedai tak der tau menu ni, korang tak payah cari la. Kecuali kalau satu hari nanti aku bukak restoren...hahahaaa

Kata tak nak buat karangan tapi intro macam panjang jer...


AYAM PAK KASSIM

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - (potong kecil kemudian letak garam dan kunyit goreng separuh masak, jangan garing nanti keras)
1 cawan cili kisar
1/4 cawan sos tomato
1/2 cawan kicap pekat (saya guna kicap manis Kipas Udang)
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
4 tangkai daun kari
1 sudu besar gula (saya tak letak sebab kicap yang saya guna tu dah sesedap rasa)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  • Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat, air dan daun kari.
  • Kemudian masak hingga mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  • Masak hingga pekat dan bahan tumisan tadi bersalut elok pada ayam.
  • Dah siap...


Sesuai makan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi biryani, nasi hujan panas atau dengan pulut.
Nak makan dengan nasi impit, ketupat, lemang pun sesuai.

Terima kasih pada Pak Kassim dan my makcik sebab kasi resipi yang simple tapi sedap.
Try tau!

No comments:

Post a Comment