cikNor Sayang Kamu...

Thursday, May 9, 2013

Bingka Ubi Kayu

Holla...
entry pertama cikNor dalam bulan Mei 2013...huhuu...lepas puas berhibernasi (macam beruang kutub yang duk berehat sepanjang musim sejuk tu...hahaa...)
Cuti panjang bukan sebab tak ada apa yang nak digossipkan tetapi cuti panjang disebabkan tak de keroje cari keroje...itu ler dea, dengan penuh tawaduknyer cikNor membaking sampai demam-demam dibuatnya...huhuu...
 
Sepanjang bulan April membaking kek ajer hidupnya...hahaa...en Hubby lak out station bulan tu so apa lagi cikNor menghabiskan hari-hari yang bosan tanpanya dengan membaking...sampai naik jemu tengok kek...hahaa...cheesy cheesecake, red velvet, chocolate moist, black and white russian...bla...bla...bla...penuh satu bulan dengan kek ajer !!!
 
Mei 2013
jom kita mengundi, jom kita mengundi...
cikNor balik kampung...Jengka 10 sebab menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.  Biasalah kan, bila dah balik kampung macam-macamlah harta rampasan yang dibawa balik ke Jerantut...hahaa...antaranya adalah UBI KAYU...
banyaknyaaaa...my mum kasi...
 
So the first day, cikNor rebus ubi kayu lepas tu makan dengan sambal tumis ikan bilis...perghh...terangkat beb ! Lama dah tak makan makanan sempoi macam tu.
 
Alamak, ada banyak lagi !!! Aduyai...nak buat apa pulak yer ??? Nak buat lepat daun pisang pulak tak ada...nak kene pergi pasar, huh...malasnyer...
Nak cuba buat bingka la...tapi tak pernah buat pun seumur hidup cikNor, solutionnya...en Google lah, apa lagi...AKHIRnya...
jadilah jugak bingka ubi yang gojes ni...sedap sangat, maklum ler hasil karya sendiri (kalau yang sendiri buat sedap jer, biarlah orang tak nak puji pun...hahahaa) kalau tak sebelum ni nak makan jer order daripada my mum.
Tu diaaa...bingka ubi kayu cikNor. Terima kasih banyak-banyak pada tuan punya resepi sebab bagi resepi bingka ubi yang mudah dibuat tapi sedap dimakan. Sebelum ni pernah jumpa berbagai-bagai versi resepi bingka ubi...agak cerewet nak membuatnya sebab tu cikNor tak pernah nak cuba buat. Hinggalah cikNor jumpa resepi kak An ternyata amat mudah dan amat sesuai untuk orang macam cikNor, tak suka yang renyah...hihii...alhamdulillah, menjadi elok kejadiannya.
Kalau nak tau inilah pemarut yang cikNor guna parut ubi kayu tu...sampai nak relai bahu memarut...rasa cam besar jer otot tangan cikNor...hahaaa...tapi benda yang susah biasanya berbaloi-baloi.
Bila sudah masak, harum baunya...en Hubby tak sabar, nak jugak makan walau pun masih panas jadi bila dipotong masa panas cam gitu ler jadinya...
en Hubby kata tak apa rupa tak cantik janji rasa cantik...terharu cikNor sebab en Hubby makan dengan gumbiranya. Katanya first time makan bingka ubi buatan cikNor setelah 17 tahun kahwin...hahaa..
oke, ini bingka yang telah sejuk baru dipotong sebagaimana kata sifu...potong bila dah sejuk ya neng...
Bawa pergi tempat keje semua kata sebab tengok masterchef selebriti ker...owhhh...yer ke, cikNor tak tengok pun sebab tu tak tau yang depa sume buat bingka ubi...cikNor buat sempena ubi banyak sangat takut lak rosak simpan lama-lama (^_^)
Juri-juri kat tempat keje yang makan bingka tu kata, sedapnya bingka ni...kembang-kempis hidung cikNor...hahaa...
kak An, cikNor minta izin menayangkan resepi bingka ubi akak kat villakamimicasamawar yer...
 
BINGKA UBI KAYU (loyang 7")
 
Bahan:
4 cawan ubi kayu parut
1 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
 
Cara:
  • Panaskan oven, cikNor punya oven 180 celcius api bawah & 140 celcius api atas selama 20 minit.
  • Campurkan santan, gula, garam dan pewarna - kacau supaya gula hancur kemudian masukkan ubi parut gaul sebati hingga gula hancur.
  • Tuang dalam loyang, bakar selama 1 jam - 1 jam 30 minit atau hingga masak (cikNor bakar 1jam jer sudah masak elok).
  • Cucuk dengan lidi kalau nak tau dah masak atau belum, kalau tak melekat maknanya dah masak ler tu.
  • Tunggu sejuk baru potong.
  • kak An kata tak perlu sapu minyak pada loyang sebab santan pekat tu membantu bingka tadi keluar cantik dari loyang tanpa melekat (janji bingka tu dah sejuk baru potong...kalau still panas kompem la ia melekat yunk yer...)
     
Selamat mencuba...


Monday, April 15, 2013

Sotong Masak Sos Tiram

Holla, there...
sudah hampir 2 minggu sekolah dibuka maka bermula kembalilah dunia cikNor
dengan kanak-kanak riang yang comel-comel tu.
Seronok melayan karenah budak-budak Tahun 1 dan 2 tu...macam-macam hal...layan jer lah janji dorang happy dan rajin belajar.
 
Anak murid cikNor tak ramai 12 orang jer satu kelas maklumlah SKM (Sekolah Kurang Murid) - sekolah kampung...jadi cikNor faham benar perangai sorang-sorang tu...
 
Intro pasal budak sekolah la pulak, hehehee...
Oke dear, kali ni cikNor nak berkongsi resepi lauk yang mudah dimasak dan sedap dimakan...
sotong masak sos tiram.
Menu kesukaan family cikNor selain dari sotong goreng tepung dan sambal sotong.
Jom semak bahan-bahannya.


SOTONG MASAK SOS TIRAM
Bahan-bahan :
300 gm sotong
6 tangkai cili padi - tak perlu potong atau tumbuk, biarkan sebiji-sebiji
2 tangkai cili besar - potong serong
1 labu bawang besar - potong bebaji
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 sudu besar sos tiram
1 batang serai - ketuk
1inci halia - ketuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa - kalau perlu, sebab cikNor tak guna garam pun memadai masin sos tiram sahaja
minyak untuk menumis

Cara-cara :
  • bersihkan sotong, buangkan kulitnya dan kelar-kelarkan (macam kat gambar atas tu).
  • celurkan sotong seketika kemudian tos.
  • panaskan minyak tumis bawang putih, serai dan halia hingga wangi.
  • masukkn sotong tadi berserta kunyit serbuk, kacau rata.
  • masukkan asam gelugur, cili besar dan cili padi. Kacau sebentar.
  • kemudian masukkan sos tiram dan bawang besar. Kacau sebentar.
  • matikan api dan sedia untuk dimakan. 
* Tak perlu masak lama sebab sotong sudah dicelur.
* Sotong dicelur terlebih dahulu supaya semasa masak tak ada lagi air sotong keluar.
* CARA cikNor CELUR :
- panaskan sedikit air dalam kuali hingga mendidih, masukkan sotong gaul-gaulkan seketika kemudian angkat dan toskan.
- cikNor akan gunakan cara ini setiap kali masak sotong kecuali sotong goreng tepung.

Selamat mencuba (^_^)

Saturday, March 30, 2013

Donut Sosej

Assalamualaikum...
Holla...

cikNor nak share resepi donut yang paling senang nak membuatnya tetapi sangat berbaloi-baloi rasanya.

DONUT SOSEJ
Nampak gebuss kan...ya, sangat gebuss dan lembut...
Rangup di luar lembut di dalam. Dem0x-dem0k lak tu...kanak-kanak mesti suka sebab kat dalamnya ada sosej.

Kalau nak lagi sedap boleh makan dengan sos cili dan mayonis...sos black pepper pun sodap...
Isi dalam donut...sosej
Resepi ni cikNor dapat daripada buku Wendy Kor & Clement Lim...macam-macam donut ada kat dalam buku ni. Resepi donut dalam buku ni semuanya best-best dan yang penting mudah nak membuatnya.


DONUT SOSEJ
( dapat 16 biji donut yang dem0x-dem0x )

Bahan A
200gm tepung roti
50gm tepung kek
5gm yis

Bahan B
30gm gula kastor
5gm garam - yg ni cikNor cuma guna 1/4 sdt jer...sbb tak nak masin sangat
10gm tepung susu

Bahan C
25gm telur - cikNor guna 1 biji telur
120gm air dingin

Bahan D
40gm mentega

Hiasan
8 batang sosej - kerat 2 jadi 16 sosej, boleh juga beli sosej yang mini tu so tak perlu potong
1 biji telur
200gm serbuk roti

Cara-cara :
  • Campurkan Bahan A, masukkan Bahan B dan Bahan C. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
  • Tambah Bahan D terus pukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
  • Tutup doh dengan tuala lembab atau plastik, rehatkannya selama 30-40 minit,biarkan ia mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Kemudian tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin. Bahagi dan bulat-bulatkan doh kepada 30gm setiap satu. Rehatkan 10 minit, kemudian canai doh memanjang dan salutkan sosej kemaskan balutan.
  • Kemudian celupkan ke dalam telur dan golek-golekkan dalam serbuk roti. Rehatkan atas dulang yang ditabur tepung selama 30 minit.
  • Panaskan minyak secukupnya dan goreng dengan api sederhana sehingga donut tersebut keperangan. Angkat dan toskan.
* JANGAN PANIK kalau doh agak lembik...tabur tepung semasa nak membalut sosej ke dalamnya. Bedakkan jugak tangan dengan tepung supaya tidak melekat.
* Gunakan TEPUNG ROTI juga taw untuk tabur dan bedak tangan.
Selepas balut sosej, celup dalam telur kemudian golekkan dengan serbuk roti.
Telur tu pukul sikit supaya kuning dan putihnya bercampur.
Rehatkan doh selama 30 minit atas dulang yang
sudah ditabur dengan tepung.
Panaskan minyak secukupnya, goreng dengan api sederhana
hingga berwarna keperangan.
Bila sudah masak angkat dan toskan.
( kuali pusaka en Hubby masa zaman bujang, dah banyak jasanya. )
 
Ini yang dah siap masak, cantik kan...b0lat-b0lat jer...tunggu masa untuk menikmatinya sahaja. Kalau suka boleh jugak cicah dengan kari.

Selamat mencuba.

Thursday, March 28, 2013

Kek Aiskrim Oreo

Holla,
Assalamualaikum...jumpa lagi.
Kali ini cikNor nak share resepi kek aiskrim oreo. Sebelum ni cikNor dah pos gambar kek aiskrim tapi tidak ada resepi. Kali ini cikNor akan sertakan resepinya.

Sebenarnya cikNor pernah belajar buat kek aiskrim masa kelas baking dengan chef Kevin Chai dulu, tapi tak pernah tergerak di hati cikNor nak membikinnya...hinggalah terbaca di blog Rahel rasa membuak-buak pulak nak memcubanya. Berkebetulan pulak si Teruna cikNor balik bercuti jadi bolehlah membuatnya, makannya dan bergumbira menikmatinya bersama-sama.

Akhirnya...
TADAAaaaaa...
Memang sedap...kek span dilapisi dengan aiskrim kegemaran, lembut dan sejukkk...kek span memang yang paling sesuai digunakan untuk kek aiskrim ni sebab walaupun diletak di tempat beku keknya still lembut kalau kek lain sah-sah ler keras kematu kot (kek chiffon pun oke gak sebab teksturnya macam kek span). Kek ni memang tempatnya di dalam peti ais kat tempat beku...aiskrim la katakan. Bila nak makan baru keluarkan, potong dan makannnn....




Masa belajar dengan chef Kevin itu hari dia ajar buat sendiri aiskrimnya...tapi cikNor nak cepat dan mudah jadi beli jer aiskrim kat pasara raya...mana-mana pun boleh nak buat homemade ice cream atau pun ready made ice cream. Kek span pun cikNor guna tepung pre mix sponge cake. Ini pun sama jugak...boleh nak guna yg adun sendiri atau pre mix (mana-mana yang memudahkan kita). Resepi yang cikNor kasi ni guna tepung pre mix.

KEK AISKRIM OREO
(loyang 7 in)
280 gm tepung pre mix sponge cake
5 biji telur
60 gm air
80 gm minyak jagung
sedikit coklat emulco
1.5 liter aiskrim vanila - kalau nak guna aiskrim oreo ready made pun boleh jugak jadi biskut oreo boleh guna sebagai hiasan kat atas kek jer
1 bungkus biskut oreo - dihancurkan, tak perlu buang krim

Caranya :
  • Panaskan oven 15 minit suhu 180c.
  • Masukkan tepung dan telur, putar hingga gebu.
  • Kemudian masukkan air dan coklat emulco, putar hingga sebati dan kembang.
  • Masukkan minyak dan kaup balik gunakan spatula hingga minyak bersatu dengan adunan tepung.
  • Bakar dalam loyang yang sudah dilapik kertas minyak.
  • Bakar selama 35-40 minit dengan suhu 180C.
  • Bila masak keluarkan dari oven terus keluarkan kek dan sejukkan atas redai - jangan biar sejuk dalam loyang nanti kek mengecut.
  • Ambil aiskrim gaulkan dengan biskut oreo hancur. Simpan dalam peti beku.
Cara melapis kek:
  • Kek bulat dipotong 2, bahagian pertama letak pada dasar loyang.
  • Ambil kek yang bentuk segi empat (kalau sangat tebal, potong sikit) ukur sama tinggi loyang potong memanjang kemudian letak tepi dinding loyang. Buat hingga dinding loyang tertutup dengan kek.
  • Ambil aiskrim isikan dibahagian tengah kek yang kosong, padatkan ia kemudian tutup dengan selapis lagi kek bulat tadi.
  • Tutup kek dengan cling film (plastik) kemudian simpan di tempat beku sekurang-kurangnya 6 jam paling cun semalaman.
  • Keluarkan dari loyang hiaslah dengan fresh cream.
  • Simpan semula kek di tempat beku, nak makan baru keluarkan.
*kalau nak tengok cara bergambar boleh klik kat blog Rahel
*adunan ini cikNor bahagi dalam 3 senduk (anggaran jer...sebab cikNor tuang main gak-agak jer) ke dalam loyang bentuk segi empat saiz 9 in dan bakinya cikNor tuang dalam loyang 7 in. Tujuannya, kek yang di dalam loyang petak tu diguna untuk dinding kek aiskrim nanti. Dari adunan bulat pulak untuk bahagian dasar dan atasnya.
Lebih mudah guna loyang bulat yang bahagian bawahnya boleh tanggal atau spring form
sebab mudah nak keluarkan kek yang sudah dibekukan. Kalau tak ada loyang cam gitu
lapik dulu dengan plastik kasi lebihan plastik terkeluar supaya senang
nak tarik keluar kek. 
Selamat mencuba.

Kek Aiskrim Coklat Vanilla

Assalamualaikum...
jom cuci-cuci mata dengan kek aiskrim coklat vanilla...

Kek ini diorder oleh Puan Masitah dari pejabat pertanian untuk birthday anak keduanya, Raqib.
 
Nak membuat kek ini agak mudah cuma perlukan kesabaran yang tinggi...maklum ler berkarya dengan aiskrim...tak boleh lambat-lambat takut aiskrim cair.
Berkali-kali jugaklah kek ini keluar masuk ke dalam tempat beku sebab nk jaga supaya aiskrim di dalamnya tidak cair. Berbaloi-baloi sebab rasanya sangat sedappp...
Tak tahu macam mana rupa di dalamnya sebab kek ini yang orang punya...

Wednesday, March 27, 2013

Black and White Russian Chocolate Cake with Mango

Holla...
salam buat semua yang sudi berkunjung ke wilayah cikNor (terima kasih kepada yang sudi menjenguk - cikNor Sayang Kamu !!!)

cikNor nak sharekan kek yang baru saja diambil oleh customer pagi rabu kelmarin...sebenarnya kek coklat hitam putih russian tu jer...tapi ada special request daripada customer ni nak mintak taruk mangga segar kat atas kek tu...hurmmm...sedap ke erkk???!! Berkali-kali jugak ler cikNor mintak confirm, betul ke ni...betullah, katanya.
Anyway...customer is always right...so make it without any questions...hahaa...
maka itu pasallah kek tu dapat nama baru (mangga tu pun nk jugak credit namanya...hahahaa)

Inilah rupa kek hitam putih tu - ada tambah satu lagi kaler...oren...hehee...black-white and orange russian chocolate cake...boleh gitu (o_0)
Tengok rupa agak mengujakan...rasa tak taw la yer. Biasanya coklat kawan dengan pisang pernahlah kan...
tapi tak apalah janji kita dapat memenuhi impian orang yang mengorder.
 SURPRISE...komen akak yang order tu di Facebook...
Rupa-rupanya memenuhi citarasanya dan suami tercintanya...alhamdulillah
lega cikNor, mission success!!!
Bagi mendapatkan resepi kek ini bolehlah lihat pos terdahulu cikNor...Black and White Russian Chocolate Cake

Oke, sampai kita berjumpa lagi...

Monday, March 25, 2013

Jemput-jemput Kucai

Salam pagi Selasa...
bertemu lagi di hari baru dengan entry baru. Sebenarnya ini menu makan petang tadi tapi pagi Selasa baru upload...(sebabnya cikNor kena siapkan kek yang dioder costumer, entry ni disiapkan pada pukul 2.00 pagi...hurmm...dah masuk hari Selasa !!!)

Menu simple sempena menggunakan bahan daripada edible garden cikNor, daun kucai. Resepi ini diajar oleh makcik kantin sekolah lama cikNor. Time tu cikNor kena bawa budak-budak pengakap pergi camping, selain dari menjadi guru pengiring cikNor kena bertugas sebagai QM (Quater Master)...so sebelum berangkat ke tempat camping kenalah menuntut ilmu masak-memasak dengan makcik kantin dulu.

Menu makan petang masa camping...

jemput-jemput kucai.
Inilah pokok kucai yang cikNor tanam kat dalam pasu panjang di beranda belakang rumah cikNor. Cantik subur pokoknya sampai berbunga-bunga gitu.
Bancuhan tepung jemput-jemput...rehatkan sebentar supaya yis mengembang.
Kaupkan satu sudu makan kemudian goreng dalam minyak panas.
 Jemput-jemput akan mengembang bulat-bulat macam gambar tu...

JEMPUT-JEMPUT KUCAI
Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
6 gm yis kering (mauripan atau apa-apa brand - cikNor guna mauripan)
1 labu bawang besar - dikisar
1 kiub ikan bilis
1 ikat daun kucai (anggaran 10-15 tangkai) - dipotong 1 in
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
  • Masukkan tepung, yis kering, bawang kisar, kiub ikan bilis, serbuk kunyit, garam, daun kucai...gaul rata-rata.
  • Kemudian masukkan air (anggaran dalam 2-3 cawan). Kalau kurang air boleh tambah, bancuhan macam jemput-jemput tidak terlalu cair atau terlalu pekat...yang sedang-sedang gitu.
  • Rehatkan adunan 30 minit.
  • Kemudian panaskan minyak, gorenglah hingga masak.
  • Sedap makan panas-panas, cicah dengan sos cili atau kuah kacang.