villakamimicasamawar

Friday, September 14, 2012

Dah selesaiii...

Akhirnya....berakhirlah sudah tempoh kurantin family cikNor. Semuanya disebabkan semua orang sama-sama support putera sulung cikNor, dak Danial yang nak exam UPSR baru-baru ni. Sebelum ni semua program jimba-jimba di-KIV dulu sebab nak beri ruang buat dak Danial untuk study & tution...
 
Bukan jer xtvt jimba-jimba ter-stop, xtvt meng-update belog pun terkene tempiasnya...ini merupakan update cikNor yang pertama selepas sekian lama berhibernasi. Bukannya apa, time dak Danial sibuk nak exam itu ari cikNor memang lupakan sume xtvt cikNor termasuklah baking-baking...cikNor habiskan hari dengan melayan keperluan putera ku yang hensem tu (^_^)

Start Sabtu ni kitaorang dah penuhkan dengan agenda untuk beraya maklum ler masa cuti raya lepas kitaorang tak beraya sangat sebab tak nak dak danial tu leka duk mengumpul duit raya...haha

Pengalaman pertama anak menduduki exam besar buatkan cikNor pun turut sama terasa macam nak demam, tidur tak lena...en Hubby biasa jer, dia kata sebab dia dah biasa ajar budak tahun 6 so debaran tu dah makin kurang. cikNor lak tak penah ajar budak tahun 6 sebab tu rasa betul-betul debaran baru datang masa anak sendiri jer...masa dulu berdebar gak tapi berdebar nak tengok result !!!
 
Apa-apa pun cikNor memang sangat-sangat berterima kasih pada cikgu-cikgu tahun 6 di SKBN yang tak jemu-jemu bagi tunjuk ajar...dari hari isnin hinggalah ke ahad sentiasa dipenuhi dengan tution untuk anak-anak didik. toce...toce...moga Allah swt membalas jasa kalian.
 
Bila exam dah abes sekarang ni tinggal berdoa sajalah moga kejayaan yang cemerlang untuk dak Danial dan kawan-kawannya.

2 comments:

  1. dah nak abis bulan raya ciknor...ada org nak bg duit raya lagi ke?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper la jajas janji dpt beraya dgn penuh kegumbiraan...hehee
      meh arr raya kat umh cikNor nnt kite kasi duit raya kat awakkk...haha

      Delete