Haaa...tengok ikan pari tu yg akn jadi mangsa kite...hahahaa..Bahan-bahan:
1 ekor ikan pari, saiz sedang
1/2 labu bawang besar (aku masak memang suke guna bawang besar sbb cepat, kalau bawang kecil dalam 5 biji)
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
beberapa helai daun kesum
sedikit belacan
minyakuntuk menumis
sedikit asam jawa
garam secukup rasa
Cara-caranya, yer puan-puan...
- lada kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, kunyit, belacan dikisar halus (tips- letak minyak sikit dalam bahan-bahan tu semasa kisar spy bahan-bahan yg dikisar jd halusss...hahaha...macam iklan nescaffe lak!)
- panaskn sedikit minyak tumiskn bahan yg dikisar td sampai garing dan bau wangi.
- kemudian masukkn air asam jawa (agak-agak 3 sudu besar), sedikit air dan garam.
- bile mendidih masukkn ikan pari (tujuan bg mendidih kejap spy ikan pari td tak hanyir sbb kuah dah betul-betul panas...tips lg tu)
- pastu masukkn bunga kantan, daun kesum dan kacang bendi (kalau nk letak terung atau tomato pun boleh).
- bile dah rasa asam garamnya cukup dan kuah pun dah mendidih elok bolehlah matikan api dapur. Jgn lama sangat atas api nanti lodoh lak kacang bendi tu...tak sedap.
| Nampak sedap...kalau makan lg sedap kot..hehehee |
hepi cooking (^_^)
Tahu tak apa dia PPSMI?? PPSMI tu maknanya Pengajian Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris (Teaching Science and Mathematics in English). Dasar tu mula dilaksanakan pada tahun 2003. Bermakna dasar tu sudah berlangsung lebih kurang 9 tahun. Nampaknya tak lama lagi dasar tu akan dimansuhkan pada 2012. Pada tahun ni murid tahun 1 sudah menjalani P&P Math dan Sains dalam Bahasa Melayu berpandukan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).



