Monday, April 25, 2011

Anak-anak PPSMI

Tahu tak apa dia PPSMI?? PPSMI tu maknanya Pengajian Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris (Teaching Science and Mathematics in English). Dasar tu mula dilaksanakan pada tahun 2003. Bermakna dasar tu sudah berlangsung lebih kurang 9 tahun. Nampaknya tak lama lagi dasar tu akan dimansuhkan pada 2012. Pada tahun ni murid tahun 1 sudah menjalani P&P Math dan Sains dalam Bahasa Melayu berpandukan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).


Apa yg aku nak ceritakan di sini adalah mengenai kesan PPSMI. Kisah ni berlaku semasa perhimpunan mingguan di sekolah aku...

Guru Besar aku telah menawarkn hadiah air kotak Ribena Strawberi kpd sesiapa (murid bukan cikgu) yg dpt baca sifir tanpa ada salah...maksudnya yg boleh hafal ler. Guru Besar aku pun offerlah pd sesiapa yg nk naik ke pentas perhimpunan utk bacakn sifir 9...kemudian seorg murid tahun 5 sahut cabaran Guru Besar, naik ke pentas dan mula baca...
1 darab 9 = 9, 2 darab 9 = 18, 3 darab 9....ermmm....die dah mula tergagap-gagap...sahlah xdapat air Ribena Strawberi tu!!! Tapi....die tanya pd Guru Besar:

"Cikgu boleh tak saya baca dalam Bahasa Inggeris??"

Guru Besar aku kata, "Boleh!"

Budak tu pun mula baca sifir 9....

1 times 9 = 9, 2 times 9 = 18, 3 times 9 = 27...bla...bla..bla...12 time 9 = 108

Huhh...lancar...tak der tergagap-gagap pun...jadi dapatlah air Ribena Strawberi tu...

Agaknyer tu lah kot kesan PPSMI =)

2 comments:

  1. Hehehe...tak heran tu cikgu..sebab dia blajar dulu begitu,kalau dia blaja dulu dalam bahasa ibunda dia lebih terer tuu...kajian PPSMI ni dah dibuat terperinci,memang terbukti gagal...prestasi majoriti pelajar menurun dan qualiti juga menurun terutamanya subjek sains...dan mata pelajaran BM juga turut terjejas bilamana ramai pelajar kurang tahu istilah-istilah BM...Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  2. syahnabil@duitcyber>ntah lah susah jugak nk kata sbb PPSMI ni sbnrnya ada pro & kontranya...apa yg sy tgok sblm PPSMI subjek killer kt sek sy Bahasa Inggeris tapi skrg tidak lg...peratus lulus sume subjek pun meningkat drp 42.1% kpd 82.5%.itu kira keputusan yg agak baik bg sek kampung mcm kami.Tak kisahlh PPSMI @ KSSR yg penting cikgu tahu tugas & t/jawabnye sbg pendidik =)

    ReplyDelete