Monday, April 25, 2011

Rendang Ayam Padang versi cik Nor

Halluu...jumpe lagi. Kali ni kite akan kongsi resepi baru, Rendang Ayam Padang (ini versi aku...sangat-sangat simple). Ini bahan-bahannya (1/2 ekor ayam):



  • 1/2 ekor ayam (letak garam & kunyit, goreng separuh masak)

  • 1/2 biji bawang besar

  • 3 ulas bawang putih

  • 15 biji cili padi (yg kaler hijau taw sbb klu kaler merah nanti bile masak xjadik kuning macam dalam gambar kat atas tu)

  • 2 batang serai

  • 2 cm halia

  • 2 cm kunyit

  • bebrapa helai daun limau purut

  • minyak utk menumis

  • garam

  • 1 keping asam keping

  • 1 cwn air

Cara-caranya:

*bawang besar, bawang putih, kunyit, halia, serai & cili padi dikisar halus.

*panaskn minyak pastu tumis bahan yg dikisar tadi sampai garing & pecah minyak.

*bile dah garing & pecah minyak masukkn 1 cawan air berserta dgn ayam yg digoreng td.

*masukkn asam keping & garam secukup rasa.

*masakkn semua tu sampai agak sebati & sedikit kering.

*lastly, masukkn daun limau purut.

*klu nk ada kuah tambah air pastu bile dah mendidih matikn api.


Senang kan?! Hurmm...mestilh sbb aku suke masak yg mudah-mudah tapi sedap...hehehe. Resepi tu xpayah susah-susah nk g kait kelapa kat belakang rumah (tu pun kalau ada pokok kelapa kat rumah kalau tak pokok kelapa kat kedai,hehee...)sbb xguna santan...haaa...dah jimat tu, kelapa kan mahal. Sudi-sudiknlah mencuba resepi aku ni terutamanya follower aku yg nama Kak Meed tu...hehehee


Hepi Cooking (^_^)

2 comments:

  1. ish3x untuk k.meed jer ker hehehe bukan MUMMYdah nnti mummy msak test n tag nora yer muehehehe

    ReplyDelete
  2. hahaa...yea la utk MUMMYdah gak...ermm,kecik ati yer.dah jadik tutorial masak-masak la pulak belog aku ni...hehee,i l0ike.tQ,MUMMY sbb support aku...sob..sob...trharu

    ReplyDelete