villakamimicasamawar

Saturday, April 19, 2014

Kek Pisang Kukus Versi Cuppies

Assalamualaikum wbt...
Holla...jom buat kek pisang kukus!!!


Semenjak dua menjak ni cikNor sangat suka mengukus...nak tau kenapa???
sebab....


hehehee...set kukus brand tupperware ni ler, kerja mengukus semudah ABC (hahaaa...cam iklan pulak!)
APAaaa...tuppaware??? Macam mana nak kukus tak terbakar ker??? tak cair ker plastik tu...hahaaa...ada trick nyer la puan-puan, akak-akak, adik abang sekalian...

Kita perlukan kuali leper, kemudian isikan air separas garisan pengukus kita...sikit jer air jadi memang cepat air tu mendidih. Bila air dah mendidih baru kita letakkan kukusan kita ke dalam kuali...tunggu 10 minit dahhh...siap. Senang kannn...???

Istimewanya pengukus ni kita boleh angkat terus dihidangkan dengan pengukus tu jadi makanan yang dikukus sentiasa panas ( tak ada lah sampai sehari suntuk, dalam 5 jam gitu...oke hapaa....)

Dah macam party tupperware pulak cikNor ni...heheee

Disebabkan pengukus ni kecik jadi cikNor buat mini cupcake, lagi pun kalau kecik comel cam ni lagi mudah nak makan tak perlu potong...kannn...

sebelum dikukus...
selepas dikukus...gebu jerr...
motif ~ nak tayang kuali AVON MasterCook...hahaa...
Sedang tunggu giliran untuk sejuk...
yang ini cikNor menggeletis nak letak cip butterscocth...sedap jugak cuma rupa kurang menarik...hehee..

 KEK PISANG KUKUS

Bahan A
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
- semua bahan ini disatukan dan diayak

Bahan B
4 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen pisang

Bahan C
1 cawan pisang lenyek (cikNor guna 4 biji pisang berangan)
3/4 cawan minyak jagung

Cara-cara :
  • telur dan gula disatukan dan dipukul kembang, kemudian masukkan esen pisang pukul lagi.
  • masukkan pisang lenyek dan minyak putar sebati.
  • masukkan tepung sikit demi sedikit hingga habis, pukul agar sebati.
  • panaskan air kukusan hingga mendidih, masukkan adunan ke dalam cawan kertas  kemudian kukus guna api sederhana selama 10 minit.



Selamat mencuba.

2 comments:

  1. kalau buat kek/ puding/ kuih pon boleh ke dlm steamer ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh amira asalkan saiz loyang tu kecik sbb steamer ni kecik jer. sbb tu cikNor selalu kukus dlm portion yg kecik :-)

      Delete