Thursday, December 6, 2012

Botok

Holla...
cikNor meng-update blog di kampung (^_^)
Kali ni cikNor nak kongsikan menu Raja-raja Jawa pulak...hihii.... Menu ni salah satu favourite
en Hubby jadi dia minta cikNor belajar buat menu ini daripada bondanya...
Credit to my mother in law for this yummylicious menu.
 
Inilah dia my en Hubby's favourite...BOTOK...ermm, bukan botok yang suntik-suntik pas tu tegang muka sampai nak sengih pun dah jadik cam Joker dalam citer Batman tau :)
Botok ini adalah campuran rempah, ulam-ulaman dan ikan tenggiri (kalau nak campur udang pun sodap jugak)
 
Inilah botok yang sudah siap dikukus selama 1 jam
(bagi memastikan ikan tersebut masak dengan sempurna).
Oke, itu potongan ikan tenggiri yang tertimbus dengan campuran rempah dan ulam-
ulaman setelah dibongkar oleh cikNor :)

Untuk membuat botok ni sebenarnya mudah sahaja cuma penyediaan bahan agak cerewet sikit...sebab my mother in law memang menjaga kualiti botok yang dihasilkannya sebab tu kene ikut prosedur yang ditetapkannya supaya lulus QC...hehee...
Dalam mangkuk tu campuran bahan kisar dan rempah kari ikan...

Menu ni sangat sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih dan kalau nak sedap lagi ada ikan kapak masin...wallah...wallah...sedap amat gitu !!!
Segala jenis ulama-ulaman...
daun mengkudu tu kene buang tau urat yang panjang atas daunnya untuk kurangkan rasa pahit.
Bahan kisar yang diadun bersama garam, gula, rempah kari, isi ikan tenggiri dan air asam jawa.
Dari kanan daun mangkuk, daun ulam raja dan daun kaduk.
Pucuk betik - ini pun pahit jugak jadi nak kurangkan kadar kepahitannya ramas dengan garam,
buang airnya rebus hingga lembut...lembut jer tau bukan lodoh.
Kelapa parut yang disangai hingga kekuningan kemudian blend atau tumbuk kasar.
Daun limau purut dan daun kencur
Ini mother I masukkan bahan rempah dalam besen besar sebab bila dah dicampur semua
bahan tu jadi banyak susah nak gaul.
Ini apabila dah diaduk dengan semua ulam-ulaman tu...banyak sampai penuh besen.
 
Jom semak bahan...

Bahan A
2 ekor ikan tenggiri (saiz sederhana / kecil - dipotong 4 setiap seekor jadi dapat 8 potong, kepala buang tau)
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering (kepedasan ikut level keimunan lidah masing-masing ler)

Bahan B
2 peket rempah kari ikan (peket yang rege 60sen tu)
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 sudu besar air asam jawa
2 cawan kelapa  - disangai kekuningan
1 ekor ikan tenggiri (saiz sederhana diambil isinya sahaja)

Bahan C
2 ikat daun kaduk
2 ikat daun bebuas
2 ikat daun mengkudu
2 ikat daun ulam raja
2 ikat daun mangkuk - sejenis pokok puding yang boleh dimakan
1 ikat daun pucuk betik - ramas dengan garam buang air dan rebus sebentar, angkat kemudian tos
6 helai daun kunyit
6 helai daun limau purut
6 helai daun kencur
* jumlah dan jenis daun tu ikut pada kesukaan masing-masing...

Bahan D
daun pisang secukupnya - dilayurkan supaya lembut dan tak mudah koyak
alumunium foil secukupnya

Cara-caranya :
  • Bahan A kecuali ikan dikisar halus dengan sedikit minyak masak.
  • Campur bahan A bersama bahan B, gaul sebati...kalau nak sedap rasalah asam garamnya.
  • Bahan C dihiris kasar kemudian dicampur dengan bahan yang digaul sebati tadi...gaul-gaulkan hingga semua daun disaluti dengan bahan rempah.
Cara nak mengolahkannya :
  • Panaskan periuk kukus hingga mendidih - pastikan banyak air. Sekiranya semasa proses mengukus air berkurangan hendaklah ditambah secukupnya.
  • letakkan sedikit bahan yang digaul tadi atas daun pisang kemudian letakkan sepotong ikan tenggiri, ambil lagi bahan tersebut letak atas ikan hingga menutupi ikan.
  • kemudian lipat daun pisang macam bungkus nasi lemak kemudian bungkuskan dengan alumunium foil.
  • kukus selama 1 jam supaya ikan masak dengan sempurna.
  • dah masak angkat dan MAKANnnn....
Siaplah sudah menu kampung kita hari ini...BOTOK namanya. Selamat mencuba...awet muda ni kene try buat...maklum ler penuh dengan ulama-ulaman...hihii

2 comments:

  1. minta resepi ...kita pun nak makan botok.....ni,mana tahu nanti boleh jadi cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik ler kak ros...baca selawat 3X, al-Fatihah 1X pas tu makan...insyaallah cantik awet muda gitu...haha

      Delete