Friday, December 28, 2012

Happy Holiday at Air Papan

Holla...asyik sungguh cikNor bercuti sampai berhabuk villakamimicasamawar ni. Mula-mula balik kampung en Hubby kat JB lepas tu gerak ke Mersing sebab mendaftar adik bongsu cikNor sertai latihan GEMS di Hotel Sri Malaysia Mersing. Actually, parents cikNor gerak dari Jengka pagi Ahad jadi kitaorang kat JB gerak ke Mersing tengah hari pada hari Sabtu, sampai terus booking hotel untuk rakyat jelata sume.

Semua hotel kat Mersing sudah penuh jadi jenuh jugalah en Hubby google kat internet dan called sana-sini. Lastly, recepcionist kat Sri Malaysia cadangkan ke Timotel Hotel (tak der dalam internet...patut la tak jumpa namanya). Alhamdulillah, ada lagi kosong...terus booked 3 bilik...lega. Oke jugak hotelnya, biliknya luas dan selesa, sarapannya pun sedap cumanya kurang promosi kot tu yang kitaorang tak terjumpa...

Rupa-rupanya semua hotel kat Mersing penuh sebab kat Pantai Air Papan ada Festival Layang-layang.

Teruja cikNor tengok macam-macam bentuk layang-layang tu...ada ikan, ada sotong
Cantik kannn...

 Ramai orang kat Pantai Air Papan petang tu...



Dalam kecoh-kecoh mencari penginapan sempat jugaklah telefon kak Sue classmate masa kt MPPM (sekarang IPGM)...waaaa...Jejak Kasih...hihii...
Tepon Lah jugak...so berjumpalah kitaorang kat Pantai Air Papan...masih tak berubah dorang...Lah still kepoh and kak Sue still maintain keibuan...miss them so much. Dorang bukan jer classmate malahan cikNor punya housemate masa belajar dulu.
 Norazilah Jabar a.k.a Lah...riuh bercerita dan banyak ceritanya itulah Lah...hihiii
kak Sue...ibarat macam ibu kat rumah sewa kitaorang dulu. 
My family...
 hehee...tengok my Hero with the big fish on the sky...ai, abang sayang (^_^)
nak jugak gambar couple tapi layang-layang tak nampak...
 kitaorang bergambar dengan layang-layang sotong...
 Ini gambar kat depan hotel cikNor menginap...dah malam sebab tu gambar tak berapa clear
eh, sukenyer kitaorang...



Adik cikNor yang kerja dengan company YTL pun ada jugak, siap amik cuti sebab dia jd driver bawa parents dan adik bongsu yang nak daftar kat program GEMS tu... 
kak Sue jemput kitaorang semua makan tengah hari kat rumah dia...jadi esoknya lepas dah daftar adik kat Hotel Sri Malaysia tu berangkatlah ke rumah dia. Lama jugak lepak, borak-borak pukul 3 petang baru gerak balik Pahang.

2 comments: