villakamimicasamawar

Wednesday, December 12, 2012

Kuih Ketayap Berlauk

Salam holiday dari cikNor buat semua...(masih dalam mood CUTI...hihii...)
cikNor kembali dengan entry yang diperam masa bercuti di kampung en Hubby.
Kali ni pun resepi kampung jugak ler cuma diinovasikan mengikut selera anak tekak cikNor (disebabkan cikNor yang jadi masterchef makanya semua orang kene makan apa yang cikNor masak, suka @ tak suka telan jer...wakakaa...)
Oke, nampak tak gambar yang kat atas tu...Ya, betul !!! Namanya kuih ketayap a.k.a kuih dadar atau nak lagi glamer kite sebutnya CREPE KAMPUNG...hehehee...
pandai-pandai kau jer kasik nama yer cikNor (^_^)
Biasanya inti kuih ketayap ni manis...inti kelapa tu kan tapi disebabkan lebihan inti pastry puff yang cikNor buat tu masih berbaki...takut lak rosak, rugi jer kalau terpaksa ditong sampahkan maka ia pun di-transform-kan kepada kuih ketayap berlauk (ini namanya ekonomi rumahtangga...hahaa)
Psstt...Psstt...cikNor ajar adik ipar dan kakak ipar buat pastry puff guna cara shortcut tu pasal ada lebihan inti :-)
Itu ari cikNor buat dua versi inti...ayam dan sardin. Jom kita baca-baca resepi (tak kisahlah kalau ada yang dah terror buat ketayap ni cikNor tetap gak nak interframe-kan resepinya...)

Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan susu segar (kuantitinya bergantung kepada kualiti tepung...kalau perlu tambah, tambahlah dan kalau perlu kurang maka kurangkanlah yer...)
1 sudu teh kunyit serbuk atau pewarna kuning - cikNor guna kunyit serbuk sebab tak jumpe pewarna maklum ler dapur mak mertua punyer...hihii
1 sudu teh garam

Caranya :
  • campur kesemua bahan kacau supaya larut, kemudian blend-kan supaya halus dan sebati - kalau buat macam ni adunan tak berketul...halusss jer...
  • kemudian panaskan kuali non-stick sapu sedikit minyak (untuk yang mula jer lepas tu tak perlu). 
  • masukkan 1 senduk adunan dalam kuali non-stick tadi dan dadarkan ia...angkat apabila tepung mengering dan kelihatan tepinya terkopek (maknanya dah masak ler tu).
  • angkat dan letakkan inti di bahagian tepi kemudian gulung kemas-kemas.

Inti Sardin:
1 tin kecil isi ikan sardin - buangkan sosnya
1 cawan mix vegetables
garam secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar tepung gandum
sedikit minyak untuk menumis

Caranya :
  • panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  • masukkan isi ikan sardin yang telah dihancurkan.
  • masukkan mix vege dan garam...gaulkan ia.
  • kemudian masukkan jus limau nipis gaul hingga mesra.
  • masukkan tepung gaulkan ia supaya sebati kemudian matikan api.
Inti Ayam:
1 mangkuk isi ayam yang dicincang kasar - paling baik bahagian dada
1 cawan mix vegetables
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah kari (kari untuk ayam atau daging tau)
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - ketuk
2 tangkai daun bawang - hiris 1cm panjang
1 sudu besar tepung gandum
sedikit minyak untuk menumis

Caranya :
  • panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari.
  • masukkan isi ayam.
  • masukkan mix vege dan garam...gaulkan ia supaya mesra.
  • masukkan masukkan daun bawang diikuti dengan tepung tepung gaulkan ia kemudian matikan api.
tips - tujuan masukkan tepung adalah supaya intinya kering.

Itulah dia resepi crepe kampung yang cikNor buat sempena cuti-cuti di kampung. Insyaallah, balik ke Angsana nanti cikNor update-kan dengan cerita-cerita dan resepi lain pulak.

XOXO      (0_0)  (^_^)

1 comment: