Thursday, November 15, 2012

Lala Masak Lemak Cili Padi Berempah

Lalalalalala...
Bila en Hubby bagi taw dia beli lala...cikNor terbayangkan alahai keciknya lala,
tak rasa excited nak makan pun...
en Hubby minta masakkan masak lemak cili padi...maka cikNor pun teruslah sediakan
segala rempah-ratus nak dikawankan dengan lala tersebut. 
Lepas tu barulah cikNor meninjau lala yang en Hubby dah siap cuci tu.
Makkkk aiiii...bosar rupanya lala yang en Hubby beli. en Hubby kata sebab lala tu besarlah teruja dia membelinya. Kalau besar macam tu baru puas hati nak makan memasaknya...hehee...
Resepi Lala Masak LemakCili Padi Berempah :
1 kg lala
2 batang serai - diketuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 in kunyit
2 sudu besar ketumbar
20 biji cili padi (boleh nak kurang atau lebih - ikut daya ketahanan pedas masing-masing ler)
11/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit (carik-carikkan)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :
  • Kisar bawang merah,bawang putih, kunyit, halia, ketumbar dan cili padi.
  • Panaskan minyak, tumiskan serai dan bahan yang dikisar - masak hingga garing / pecah minyak.
  • Masukkan santan, lala dan asam keping. Masakkan ia hingga menggelegak, masukkan garam secukup rasa dan daun kunyit. Kacau supaya semuanya mesra.
  • Bila kulit lala terbuka sendiri itu maknanya dah masak, bolehlah matikan api.
 Banyak dan besar...penuh satu kuali...puas hati dapat makan lala tu.


No comments:

Post a Comment