villakamimicasamawar

Friday, February 20, 2015

Roti Sarang Lebah

Assalamualaikum...
Holla friends...
Jom kita makan roti pulak, roti sarang lebah...
roti yang sangat lembut dan sedap bila dimakan dengan sos butterscotch. 
Tak nak story panjang-panjang, jom kita tengok resepi kat bawah.


ROTI SARANG LEBAH

Bahan A :
2 cawan tepung gandum (cikNor guna tepung high protien)
1/2 sdt yis kering
1/4 sdt garam
1/2 sdt baking powder
1 sdb gula kastor
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam

Bahan B :
1 biji kuning telur - untuk sapu atas roti
sedikit badam keping, kuaci, melon seeds, bijan - untuk tabur atas roti

Cara-cara :

  • Satukan semua bahan kecuali air suam - uli.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit terus uli hingga doh jadi lembut dan elastik.
  • Rehatkan doh 30-40 minit.
  • Kemudian tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin.
  • Bulat-bulatkan doh 30 gm setiap 1, susun dalam loyang.
  • Sapukan kuning telur, taburkan kekacang.
  • Rehatkan hingga kembang.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, suhu 180c selama 20 minit.
* Kalau guna breadmaker masukkan air suam, minyak jagung, tepung, gula, yis kering, plain yogurt, baking powder, garam - setkan breadmaker pada bread dough, biarkan ia berkerja untuk anda...hehee...
* Bila proses menguli siap keluarkan doh, siap untuk dibulat-bulatkan.

SOS BUTTERSCOTCH 
Bahan-bahan :
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipped cream
1/2 sdt esen vanilla
25 gm mentega 
secubit garam

Cara-cara :
  • Cairkan mentega.
  • Masukkan gula perang, kacau hingga keluar buih-buih halus.
  • Masukkan whipped cream dan garam - kacau sebati.
  • Masukkan esen vanilla kacau sebentar kemudian matikan api.
* Jangan panik sos memang cair semasa panas, sos akan menjadi pekat apabila sejuk.
* Bila nak makan baru curahkan sos butterscotch atas roti.

No comments:

Post a Comment