villakamimicasamawar

Monday, July 1, 2013

Kek Puding Karamel

Holla...
lama tak meng-update blog cikNor semuanya gara-gara laptop ai...huhuu...tak pasti laptop atau ie atau google chrome atau modzila sebab still boleh jengah blog tapi tak boleh nak upload entry. Dah ler cikNor berjanji kat member di fb nak upload resepi kek puding karamel...yer la takut pulak dia kata cikNor kedekut tak nak share resepi...NO...NO...NO...cikNor bukan macam tu...kalau idak apalah maknanya tagline "cikNor share apa yang dia tahu dan apa yang dia suka..." hehee...
ALHAMDULILLAH...setelah berkali-kali mencuba akhirnya dapat jugak tembus kat compose entry ni...

Oke...tadaaaa...akhirnya jadi jugak kek sedap yang selama ini cikNor tengok kat blog orang. Excited sangat sebab first time buat terus menjadi...molek jer dan yang paling penting sedap. Mulanya ingatkan susah sangat nak buatnya sebab macam banyak step...huhuu...tapi bila dah buat, oke jerrrr...
Resepi ini pun cikNor dapat daripada blog kak An periuktanah.blogspot
Terima kasih kepada beliau sebab sudi kongsi resepi berserta tips dan langkah-langkah untuk membuatnya. Setakat ni resepi-resepi yang cikNor ambil daripada blog kak An memang menjadi elok.

Kek ini memang sedap sebab gebu dan lembut, kemudian bergabung rasa dengan puding karamel kat bahagian atas tu bertambah-tambah sedapppp...

KEK PUDING KARAMEL PELANGI

Step 1 (Karamel)
4 sudu besar gula kastor / gula pasir 
- masukkan dalam loyang 8" (kalau guna telur gred B), 9" (kalau guna telur gred A. Masak atas dapur menjadi gula hangus. Ratakan gula hangus tersebut dengan cara sendeng atau gelek-gelekkan loyang. Kemudian ketepikan dahulu.

Step 2 (Puding)
3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
50g gula kastor (cikNor guna 35g sahaja sebab en Hubby tak suka manis)
1/2 sudu besar esen vanilla (cikNor guna 1/2 sudu teh jer)
- campur semua bahan kacau hingga gula larut dan campuran menjadi sebati, jangan kacau sampai berbuih nanti puding tak cantekk wooo...so kacau dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang yer. Ketepikan dulu, jom buat keknya pulak.

Step 3 (Kek)
Bahan A
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak jagung
70 g gula kastor (cikNor guna 50 g jer)

Bahan B
140 g tepung gandum + 1 sudu teh baking powder - ayak
- Satukan semua Bahan A kemudian pukul hingga kembang. Masukkan Bahan B, kacau rata hingga tiada ketulan tepung - cikNor kacau guna whisk

Step 4 (Meringue)
6 biji putih telur
1 sudu teh cream of tartar
70 g gula kastor (cikNor guna 50 g jer)
- Pukul putih telur hingga kembang, masukkan cream of tartar dan gula, pukul lagi hingga kembang dan kental.

Cara-caranya :
  • Panaskan oven 15-20 minit dengan suhu 170 celcius, guna api bawah sahaja.
  • Tapis adunan puding dalam loyang karamel (gula hangus) tadi.
  • Masukkan 1/3 meringue dalam adunan tepung kaup balikkan guna spatula (dengan penuh kasih sayang jugak...jangan ganas-ganas...)
  • Masukkan lagi baki meringue, kaup balik dengan sopan jugak hingga adunan bercampur elok.
  • Bahagi adunan kepada tiga bahagian, masukkan pewarna yang disukai - cikNor guna kaler hijau, kuning dan pink.
  • Masukkan adunan kek dalam loyang puding karamel tadi - 3 sudu besar warna hijau, letak 3 sudu besar kaler pink atas kaler hijau, letak 3 sudu besar atas kaler kuning, ulang hingga habis adunan kek (jangan bimbang tepung tersebut akan terapung dan tidak tetap kedudukannya, bila sudah berkali-kali melapis barulah kek tersebut akan terletak cantik).
  •  Tinggalkan sikit ruang dalam 1 cm sebab kek akan naik tinggi.
  • Lorek permukaan kek dengan corak marble.
  • Masukkan loyang kek dalam loyang besar yang berisi air (bakar guna kaedah steambath cam kek keju) - cikNor ikut cam kak An guna air paip biasa jer tak guna air panas pun, oke jerr...
  • Bakar selama 1 jam guna api bawah sahaja, selepas 50 minit buka api atas dan bakar lagi 10 minit supaya permukaan atas kek kering.
  • Biarkan kek sejuk dalam loyang - kek akan renggang sendiri, kemudian lalukan spatula atau pisau di sekeliling kek,telungkupkan atas pinggan dan keluarkan dengan perlahan-lahan. Nanti kek tu akan cantik terletak atas pinggan. Kalau ada air gula yang meleleh kesat jer dengan tisu supaya kek kering elok. Simpan dalam peti sejuk, bila nak makan baru keluarkan...hurmm...yummy...

Rupa kek yang sebiji belum potong terlupa nak snap sebab cikNor tak sabar nak tengok marble tu...cikNor failed bab me-merble selalunya sebab tu tak sabar-sabar nak tengok rupa dalamnya...hahaaa
Itulah bentuk marble cikNor, kira oke gak kan...

Selamat mencuba...jumpa lagi

No comments:

Post a Comment