villakamimicasamawar

Wednesday, July 17, 2013

Biskut Green Peas

Holla...
Alhamdulillah, berjaya menyempurnakan ibadah puasa di hari ke-8...congratz buat semua!
Anak murid cikNor berlumba-lumba nak menyempurnakan puasa dorang sebab cikNor janji kalau dorang puasa penuh nak kasi duit raya...bukannya apa saja nak bagi motivasi supaya dorang berusaha untuk berpuasa. Yer lah kalau nak mendidik kene mula dari rebung kalau dah jadi buluh susah dah nak membentuknya...patah ler jawabnya. Budak kelas cikNor tak ramai, sekolah SKM ler katakan...setakat ini 7 orang masih bertahan, yang lagi 5 orang dah surender.

Oke, let's sambung kite punya cerita kukis...
cikNor nak sambung pos entry biskut raya lagi (entry ni istimewa buat kawan cikNor masa sama-sama belajar di Melaka dolu...Noraini @ Anor...sempena menunaikan permintaannya yang nak kan resepi biskut ni).
Biskut ni memang sedap...gebu dan mencair di dalam mulut. cikNor sangat, sangat sukakan rasanya sebab ia seakan-akan biskut kacang mazola. Nak membuatnya pun sangat mudah.

BISKUT GREEN PEAS
Bahan :
150 gm serbuk kacang peas (boleh dibeli dari kedai menjual barang bakery)
150 gm tepung rose (nak guna tepung gandum pun boleh juga)
100 gm gula icing
1/4 sdt garam halus
1 sdt baking powder
150 ml minyak bunga matahari / minyak jagung
1 biji kuning telur (untuk glis atas biskut)

Caran-caranya :

  • Panaskan oven 15-20 minit.
  • Satukan tepung, baking powder dan gula icing. Kemudian ayakkannya.
  • Kemudian satukan bahan yang diayak tadi dengan serbuk kacang peas, garam.
  • Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang boleh dibentuk (kalau doh sudah boleh dibentuk tak perlu masukkan minyak hingga habis).
  • Terap dengan acuan yang digemari, gliskan dengan kuning telur di atas biskut.
  • Bakar selama 20 minit dengan suhu 170 celsius.
  • Bila sudah masak sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
*sejukkan biskut dahulu baru alihkan dari dulang bakar, sebab kalau masih panas biskut mudah pecah.
*pastikan juga telur yang diglis atas biskut tidak meleleh sebab nanti biskut akan melekat dan susah nak dialih dari dulang bakar.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment