villakamimicasamawar

Friday, October 5, 2012

Edible Garden cikNor

uikkss...tercuti update lak...hehe...(janji manis jer, nk rajin-rajin update kununnn...hampess!!!)
uwaaa...sebenarnya cikNor mengalami satu tragedi yang amat sadis,huk..huk..huk...
cikNor kene sengat  TEBUAN kat tangan, bengkak + sakit giler...
Al-kisah, cikNor disengat semasa di tempat keje...dalam office gitu, ada tebuan sesat telah
memberi dos racunnya pada cikNor, aduhh!!!
Jangan panik...cool, cool...sampai kerani cikNor boleh tegur kata cikNor tak meraung atau gelabah pun...sakit jangan citer la tapi menurut kajian sains (ni hasil selalu tengok Discovery Channel la) kalau kene binatang bisa jangan panik atau gelabah sebab itu akan menyebabkan racun tu cepat merebak satu badan sebabnya jantung kita mengepam darah dengan laju...hurmmm...
tu pasal la cikNor cool :)
 
Mula tu cikNor macam cuba tahan just sapu minyak panas...tapi rasa denyut makin kuat
pastu tangan lak makin bengkak...nak mengajar pun dah tak leh fokus, berpeluh-peluh dan rasa cam sejuk semacam je, makanya cikNor pun telefonlah jugak en Hubby.
en Hubby datang terus bawa ke Klinik Desa...dapatlah satu jarum...sakitttt kene cucuk.
nurse Klinik Desa suruh ke hospital pula sebab tak ada ubat, sampai kat hospital terus ke bahagian kecemasan jumpa doktor...walahweiii, kene lagi satu jarum...cucuk jugakkk!!!
hahaha...takut kene cucuk rupanya.
 
Masa cikNor update ni tangan dah mula oke...cuma ada kesan luka kene sengat jer...
 
Kali ni cikNor nak share tentang satu lagi hobi cikNor selain dari mem-baking...
gardening tapi kecil-kecilan jer sebab kawasan penanaman agak terhad. 
Tapi agak berbaloi jugak sebab cikNor suka tanam pokok-pokok yang boleh dimakan jer (tak lepas daripada perkataan makan...haha)
Yer la kalau setakat nak masak asam pedas, nak buat tomyam, masak pecel...bila-bila masa jer sebab tak payah nak kene ke pasar beli daun kesum, daun limau purut, daun kencur etc...ekonomi rumahtangga tu namanya...hehe
Itu jer la alternatif untuk orang macam cikNor menanam di tempat yang terhad tanahnya...PASU
Ni cikNor tengah mengubah anak-anak pokok kucai daripada polibag ke dalam pasu...nak buat cucur udang dah kira bagus ni sebab satu pasu panjang ni sudah memadai. 

 Benih kucai ni diimport dari Jengka 10, ambil kat rumah my mommy.
 Nanti cikNor update dengan gambar terbaru anak-anak pokok kucai ni...
Dalam bekas pokok kacang ni terselit pokok bawang. Pokok bawang ni cikNor tanam sebab bawang yang dalam bakul tu dah tumbuh tunas!!! haha...hasilnya dapatlah guna daun bawang :)
Ini namanya pokok kacang 'duduk'. Kenapa namanya kacang duduk??? Sebabnya pokok kacang ni tak perlu letak junjung (kayu untuk kacang mamanjat). Pokok kacang ni tumbuh merendang jer...cute...cikNor buat ulam jer sebab just tanam dua pokok. Benihnya pula cikNor ambil kat sekolah Bukit Nikmat.

 Dua pokok jer so tak cukup nak buat goreng cukup untuk buat ulam-ulaman jer...haha
Oke, yang sebelah kiri tu pokok limau purut dan sebelahnya tu pokok kencur (bahasa Jawa, Melayu panggil cekur).  Dua-dua daun ni mewangikan masakan...tetiba lak rasa nak masak pecel...dah ngences nihh...
Pokok limau purut ambil dari rumah my mommy, pokok kencur pulak from my mother in-law's house. Rasanya pokok kencur ni memang wajib ada kat rumah orang Jawa...hehee...
Pokok serai dan pandan pun cikNor tanam dalam pasu...time sesak-sesak nak guna serai lepas gak ni tak payah susah-susah nak start kereta gi pasar. Ini pun my mommy bawakan dari rumahnya.
 Merimbun jugak walau dalam pasu...dah beberapa kali jugak menuai hasil...berbaloi kan???
Insyaallah nanti cikNor update dengan gambar terbaru edible garden cikNor yer.
Oke...chow

4 comments:

  1. klu kene ujan tu mau tumbang pokok tu semua...hehe
    ciknor tanam benda yg boleh di masak...bagus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah...setakat ni ujan ribut pun pokok cikNor sihat walafiat lg...ats ada awning maa...(^_^)

      Delete
  2. Semangatkan klu tanam mnjadi tp aku tanam apa jrg nk subur la letihhh aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...alhamdulillah,setakat ni mau idup subur pokok2 tu

      Delete