villakamimicasamawar

Monday, October 8, 2012

Acar Buah

Sambung citer tangan kene sengat tebuan...hehe
dalam duk sakit-sakit, bengkak tangan berdaya lagi cikNor jalan-jalan makan angin kat
Cameron Highland (^_^)
Tangan jer yang bengkak tapi kaki sihat...haha
itu pun pasal family day geng tempat keje en Hubby, lagi pun nak meraikan dak Danial abes exam.
Kalau dah namanya pergi Cameron memang tak sah ler kalau tak membeli ole-ole buat belanja kawan-kawan. Cuba teka cikNor beli apa??? hehee, kite beli buah-buah kering yang paket-paket tu yang dalamnya ada halwa peria, tomato ceri, strawberi, pisang kaki, kiwi etc.

Sebenarnya cikNor tak berapa suka sangat makan buah-buah tu jadi yang ada lebih sepeket kat rumah tu cikNor selamatkannya jadi acar buah (en Hubby panggil acar tahun...sebabnya acar ni kalau betul cara masaknya boleh tahan bertahun !!!) Acar buah ni resepi tradisional orang Johor yang kawannya nasi beriani.  Biasanya kalau kenduri kawin kat Johor, acar buah ni memang menu wajib yang ada atas meja...selalunya diletakkan dalam magkuk kecil atas meja makan. cikNor memang suka makan acar ni, ratah jer bukan makan dengan nasi pun...hehe
Acar buah ni makan dengan nasi putih bersama ikan goreng pun sedap...sangat sedapppp
kata orang menu pembuka selera.
Ada pelbagai versi masak acar buah ni tapi cikNor suka yang cikNor punya stail...simple and sempoi but sedap...haha...angkat bakul sendiri sebab tak ada orang nak tolong angkatkan. Oke, cukup-cukup la celotehnya nanti menyampah lak orang nak membacanya...meh kita semak resepi.
Bahan-bahan :
500 gm halwa buah-buah kering (terpulang apa-apa jenis buah...ikut kesedapan tekak kita jer)
20 tangkai cili - kisar halus
2 sudu besar orange marmalade
2 sudu besar sos cili
1 sudu teh garam - (kat sini kena ada kemahiran merasa sebab kalau letak lobak masin rasanya garam tak perlu kot)
1 sudu besar gula (part ni sama gak- cikNor buat tak letak pun sebab dah ada orange marmalade lagipun halwa buah-buah kering tu dah cukup manis)
1 sudu besar cuka - boleh juga guna cuka epal
6 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1sudu besar rempah all spice
1/2 cawan air

Cara-cara :
  • Tumis bawang putih,bawang merah dan halia yang dikisar tadi hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar - masak hingga pecah minyak.
  • kemudian masukkan rempah all spice, masak hingga semua bahan tu mesra
  • Masukkan sos cili, orange marmalade dan cuka, kemudian apabila semua dah oke barulah masukkan halwa buah kering, masukkan sedikit air. (kalau kurang manis atau masin boleh masukkan garam dan gula)
  • Masak hingga kering air.
  • Apabila sudah masak bolehlah angkat dan hidangkan.
Siap jer masak, cikNor terus tapawkan untuk bawa balik rumah mak kat Jengka 10. Tak taw lah apa komennya sebab my mommy memang terror buat  acar buah ni
Ari ni bawa sikit acar buah untuk kawan-kawan kat Bukit Nikmat dan Durian Hijau ... Sekali hadap jer dah tinggal kuali kosong pun...haha
Oke, buat sesiapa yang nak try acar buah versi cikNor bolehlah copy paste the recipe, then try to make it and you will love it.

5 comments:

  1. Replies
    1. dak Jajas, klu cikNor yg masak sumenya mesti sedap...hehehe

      Delete
  2. Assala'mualaikum Kak . . Boleh sy taw, buah kering aper yg akak masukkan . . ? Sy nk follow sbb nmpak sedap jer gabungan buah yg akak masukkan tu . . Tlg senaraikan yea Kak . . Terima kasih byk byk . .

    ReplyDelete
  3. Assala'mualaikum . . Boleh sy dptkan buah yg akak masukkan Spt dlm gambar . . ?

    ReplyDelete
  4. Assala'mualaikum Kak . . Boleh sy taw, buah kering aper yg akak masukkan . . ? Sy nk follow sbb nmpak sedap jer gabungan buah yg akak masukkan tu . . Tlg senaraikan yea Kak . . Terima kasih byk byk . .

    ReplyDelete