Thursday, September 27, 2012

Apam Polka Dot transform to apam ladybird

Haduyaiii...mata tersangatlah ngatuknya tapi cita-cita di hati amat besar - malam ni mesti update belog, walau pun villakamimicasamawar bukan belog fofular tetapi nak lah jugak tengok sentiasa ada entry baru...
Sebenarnya cikNor ada banyak gambar-gambar untuk memenuhi ruang belog ni tetapi cikNor tak berapa sempat nak berbelog sakan jadi banyaklah gambar-gambar tu terperam dalam laptop kesayanganku ini.
Cumell tak ladybird kita??? Ini apam polka dot sebenarnya tapi dah ditransformkan kepada ladybird...BERTUKAR!!!

Apam ni sebenarnya dioder oleh cikgu sekolah cikNor...untuk dijadikan cenderamata kepada penceramah Bengkel Sains.
Oke, yang ini apam polka dot ladybird yang dah siap hias dengan reben.
Jom kita semak resepinya lagi sekali :)

Bahan-bahan :
255gm tepung gandum
200gm gula halus
150ml susu segar / susu cair
3 sudu teh baking powder - ayak dengan tepung
3 biji telur - yang disimpan dalam peti ais
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh vanilla
Filling bluberry secukupnya
Pewarna oren dan hitam

Cara-cara :
  • pukul putih telur hingga kembang
  • masukkan ovellete, kuning telur, vanilla - pukul kembang
  • masukkan gula pukul lagi hingga kembang
  • masukkan tepung yang diayak dengan baking powder berselang-selang dengan susu - buat hingga habis
  • kemudian gaul sebati
  • bahagi adunan kepada 3 bahagian - warna oren, hitam...dan warna asal, kaler putih
  • adunan tadi diisi ke dalam piping bag untuk memudahkan kerja.
  • buatlah macam corak ladybird
  • bila dah siap semua  barulah kukus selama 10-15 minit.(Panaskan periuk kukuk terlebih dahulu.
  • bila dah siap bolehlah makan dengan gumbiranya...
Sesuai jugak untuk hantaran sebab nampak cumell...

4 comments:

  1. ciknor ni boleh buat hantaran tunang kan?huhu

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Nor.Dah lama kak ros teringin nak buat apam ladybird tu,tapi asyik lupa nak beli colour hitam.Nak tunggu cuti sekolah la nak buat project ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. holla kak ros.si ladybird ni terjadi pun pasal ada org ode klu idak tak ler sbb malas nk berlorek bagai,huhuu...klu nak taw puas jugak nor cari kaler itam tu last2 kat batu pahat bru dapat...xsabar kan tunggu cuti sek sbb mcm2 boleh buat :)

      Delete