villakamimicasamawar

Wednesday, September 26, 2012

Apam Polka Dot

Hollaa...
sambung citer masak-masak pulak!
 
Balik dari kursus, dak Eisya minta kuih raya, katanya nak bawa ke sekolah sempena jamuan hari raya esok. Humang aii...mano esei nak cari habuk papan kuih raya ada la. Dia kata kalau tak ada tak apalah tak payah bawak. hurmm...tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan dia. cikNor pun godek-godeklah kat dalam gobok...yang ada tepung gandum, telur, susu segar, peanut butter...
"eisya, kita buat apam polka dot oke tak???"
"oke lah tu ibu, eisya suka sebab sedap."
Maka jadilah apam polka dot yang bulat-bulat kejadiannya itu dengan jayanya...cikNor buat dua adunan maklum ler untuk jamuan, dapatlah dalam 100 biji lebih tapi yang tak tahannya sambil buat sambil masuk mulut...haha...maka 100 biji jer lah yang dapat diselamatkan ke dalam tipuware tuppaware.
Rasanya resepi apam polka dot ni sama jer kot macam yang terdapat kat belog kawan-kawan semua tapi disebabkan nak memudahkan cikNor nak buat rujukan makanya cikNor salinlah juga kat entry ni. Bagi sesiapa yang termelawat villakamimicasamawar ini bolehlah juga mencopy paste resepi ni kalau nak try buat. Dijamin lembut dan gebu...senang membuatnya dan sedap juga dimakan.
Bahan-bahan :
255gm tepung gandum
200gm gula halus
150ml susu segar / susu cair
3 sudu teh baking powder (ayak dengan tepung)
3 biji telur (dari peti ais - telur yang disimpan dalam ice box...sejukkkk)
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh vanilla

Filling - Ikut selera (blueberry / strawberi / kaya / peanut butter / coklat)
Pewarna - suka suki jugak (apa-apa kaler pun boleh janji mata kita sedap memandang)

Cara-cara :
  • pukul putih telur hingga kembang (jadi pekat dan ringan)
  • masukkan ovellete, kuning telur, vanilla kemudian pukul hingga kembang
  • kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga kembang (adunan jadi likat)
  • masukkan tepung diselang-seli dengan susu, gaul sebati...hingga habis
  • bahagi adunan kepada beberapa bahagian kemudian letak pewarna
  • masukkan sedikit adunan dalam piping bag kemudian paipkan dalam cawan kertas yang kecil, paipkan filling kemudian tutup dengan adunan tadi.
  • ambil adunan yang berlainan warna buatkan titik-titik kecil (dot-dot-dot tu lah...)
  • kukus antara 10-15 minit hingga masak guna api sederhana.
TIPS-
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu hingga mendidih sebelum mengukus.
  2. Pastikan tali pusat telur dibuang bagi mengelakkan bau hanyir. 
  3. Balutkan tudung periuk kukus dengan kain bagi mengelakkan titisan air jatuh atas apam yang sedang dikukus.
Apam polka dot yang berjaya diselamatkan ke dalam tuppaware cantik cikNor...hehe
Habis licin apam ni dimakan oleh kawan-kawan dak Eisya...alhamdulillah...

2 comments:

  1. Replies
    1. try la buat en. Jajas...ekau buat la kaler bendera negeri sembilan pasal cikNor dah buat kaler rasmi negeri kedah HIJAU KUNING :)

      Delete