villakamimicasamawar

Wednesday, July 25, 2012

Roti Jala

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari yang ke-5 kita berpuasa...kejap jer kan.  Biasanya bulan puasa macam-macamlah permintaan kanak-kanak riang kat rumah tu...disebabkan dorang tekun berpuasa makanya ibunya tidaklah lokek tenaga untuk masak makanan yang dorang mintak, bukanya apa nak gumbirakan hati dorang sebab berpuasa penuh...ganjaran (^_^)
 Salah satu menu yang telah dibuat...roti jala dicicah dengan kari daging.
Banyak jugaklah cikNor menjala...sampai naik lenguh kaki berdiri kat tepi dapur.  Saja buat banyak sebab dapatlah jugak dipanjangkan sedekah ke rumah jiran.
Kari daging campur dengan kentang memang suai amatlah dilawan dengan roti jala yang kuning menawan tu.

Resepi kari daging

Bahan-bahan :
1/2 kg daging - cikNor potong tipis dan rebus dulu supaya cepat empuk
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar kuning
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai - diketuk
1 biji tomato
2 cawan santan
1 sudu besar kerisik
1 bungkus rempah kari daging
sedikit garam
minyak untuk menumis

Caranya :
  • Bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia,tomato dikisar halus.
  • Panaskan minyak, masukkan serai dan bahan yang dikisar.
  • Bila sudah garing masukkan rempah kari dan sedikit air, masak rempah kari hingga masak (bau wangi kalau rempah tu sudah masak).
  • Masukkan daging, kentang dan santan.  Masaklah hingga daging dan kentang empuk elok, kemudian baru masukkan garam dan kerisik.  Apabila sudah cukup rasa garam dan kuahnya sudah masak elok bolehlah matikan api dan sedia untuk dimakan bersama roti jala.

 Resepi roti jala versi cikNor

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
air (lebih kurang 2 cawan - yang ni cikNor main agak jer tengok kesesuaian bancuhan tu, bergantung pada tepung yang diguna)

Caranya :
  • Masukkan semua bahan dalam blender kemudian blendkan semuanya hingga sebati.
  • Tuang dalam mangkuk besar kacaukan sedikit supaya tak ada ketulan tepung (biasanya kalau dah diblend bancuhan tepung tu elok jer tak der ketul-ketul.
  • Bolehlah dimasukkan dalam acuan roti jala dan mulakanlah aktiviti menjala tu hingga bancuhan tepung abesss.
*gunakan kuali leper yang disapu dengan sedikit minyak.  cikNor guna pan non-stick jer, mudah sebab tak perlu banyak kali sapu minyak.




Tak tahulah apa pulak menu yang kanak-kanak riang berdua tu nak untuk hari esok...

No comments:

Post a Comment