villakamimicasamawar

Tuesday, December 13, 2011

Karipap Daging

Rasanya macam dah lama cikNor tak buat karipap, jadi dengan semangat yang berkobar-kobar cikNor pun memulakan misi membuat karipap. Firstly, kene buat inti dulu...daging kisar ada, kentang pun ada jadi buat inti dululah...

300gm daging kisar
4 biji kentang
1 paket rempah kari daging
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 tangkai daun sup
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

mula-mula...
  • kupas kentang, kemudian potong dadu.
  • bawang besar dipotong dadu juga.
  • halia dan bawang putih ditumbuk halus.
  • panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi kemudian masukkan bawang besar.
  • masukkan rempah kari, daging kisar & juga kentang...masukkan sedikit air & garam, biarkan sebentar sampai daging & kentang masak / empuk. Pastikan inti tersebut kering.
  • masukkan daun sup yang telah dihiris kasar gaul sebentar kemudian matikan api. Sejukkan sebelum diguna.

Sekarang ni nak buat kulit karipap pulak...

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu teh garam + sedikit air (1/2 cawan air)
minyak secukupnya untuk menggoreng karipap

Caranya:
  • panaskan minyak & marjerin (bahan A).
  • gaulkan bahan A dengan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan larutan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tersebut. Larutan air garam tak perlu dihabiskan semua memadai adunan tepung boleh menjadi doh yang lembut sahaja.
  • ambil sedikit doh (agak-agak sebesar syiling 50 sen jer) canaikan tipis kemudian letakkan inti dan kemaskan tepi karipap (orang jengka kata kelim ...hehehe). 
  • buatlah sampai habis semua doh.
  • panaskan minyak, goreng karipap dengan api sederhana besar supaya kulit karipap tak menggerutu dan masak elok. 
Itulah rupa karipap yang telah siap dikelim cantik
Baby karipap...ini kes doh yang dah tinggal sikit...last punyer

Goreng dengan api yang sederhana besar dan
minyak juga jangan terlampau panas sampai keluar asap (sederhana panas).
Kalau nak taw sederhana panas tu macam mana try la celup tangan...eh, jangan cikNor lawak jer...hahaha
Celupkan senduk kayu atau chopstick kayu dalam minyak tu, kalau keluar buih dan bunyi berdesir tu maknanya minyak dah elok panas.
Bila dah masak, angkat dan toskan minyak
Waalllahhh...dah masak bolehlah makan
nyum..nyum...nyum
Karipap ni faberite en Hubby cikNor. Masa baru kawen dulu cikNor tak pandai pun buat karipap so en Hubby lah cikgu yang mengajar buat karipap ni...sekarang dah master...hehehe (perasan ler tu...)

Oke, happy cooking buat sume (^_^)

No comments:

Post a Comment