villakamimicasamawar

Sunday, December 20, 2015

Awak Tanya cikNor Jawab...Kita Kawan Kannnn...

Assalamualaikum wbt...
Holla..

Entry kali ni cuma nak menjawab soalan daripada kawan-kawan yang sudi 
menjengah ke blog villakamimicamawar.

cikNor mohon maaf sangat sebab tak perasan ada pertanyaan di entry kek coklat moist. Bukan cikNor tak sudi menjawab tapi cikNor tak membelek entry-entry yang lama dan tak sangka la pulak rupanya banyak pertanyaan daripada kawan-kawan...maaf ya...kita kawan kann...

cikNor akan jawab satu persatu yer...
mudah-mudahan dapat menjawab semua persoalan.



Anonymous, (tak de pulak namanya...hehee...) 16 June 2013
- setakat ni resepi inilah yang cikNor guna utk tempahan...memang moist dan lembut.  Kalau nak kukus pun cikNor guna resepi yang ni jugak. Tapi kalau kukus cikNor guna tepung gandum, kalau bakar cikNor guna tepung naik sendiri.

Anonymous, 21 June 2013
- yer cikNor guna api atas bawah. Api atas 140c api bawah 180c. Rasanya kalau merekah tu oven panas sangat kot, jadi cuba kurangkan suhu 160c - 170c. Biasanya kalau oven kecil memang tak boleh guna suhu tinggi sebab nanti terlalu panas. cikNor punya oven memang agak besar...maklum la oven industri punya jadi memang dicadangkan suhu 180c.
- Fresh cream tu whipping cream la. Yang cikNor guna tu non diary, rasanya manis dan ada juga dalam perisa coklat. Contoh jenama popular yang ada di pasaran RICH, VALUE PRIDE. Boleh beli di kedai membekalkan barangan bakery dan disimpan dan peti beku. cikNor suka guna Value Pride sebab kalau terlajak pukul pun creamnya tetap halus dan cantik.

 ecakhairul, 14 July 2013
- cikNor buat guna soda bikarbonat dan baking powder...insya Allah elok jer tak ada bau busuk atau rasa macam hangit soda.  Ikut jer sukatan yang betul. cikNor pun bukan suka jugak dengan bau soda tapi dalam resepi ni oke jer...kalau ecakhairul nak gantikan dengan baking powder mungkin oke jer kot tapi kalau untuk kukus patut guna soda bikarbonat.

zurarayyan, 14 July 2013
- Ganache yang cikNor guna untuk layer di tengah kek sama jer dengan yang disiram sebagai topping. Cuma yang untuk layer tu cikNor sejukkan pada suhu bilik. Sebaikknya buat awal sehari, sejukkan dan simpan ganache dalam bekas kedap udara, jangan letak dalam peti sejuk nanti terlalu keras dan sukar untuk sapu pada kek. Kemudian untuk curahkan sebagai topping tu cikNor biarkan ganache tu suam-suam kuku jadi mudahlah ganache tu meleleh atas kek...dan topping pun jadi cantik dan licin permukaanya.

Variety Collection, 6 August 2014
- cikNor guna non diary whipping cream untuk buat ganache. Rasanya manis, warna putih bersih dan bau wangi macam vanilla. Sesuai untuk topping cake dan buat ganache. Boleh diwarnakan. cikNor suka brand Value Pride ni sebab creamnya sangat halus dan kalau ter over beat still comey. Satu lagi brand yang popular RICH, yang ni tak boleh over beat nanti jadi bintik-bintik kalau topping kat kek tak nampak licin. Value Pride lebih murah daripada RICH. Brand RICH juga ada yang berwarna coklat...harga pun mahal sikit la (^_^)


Yang bawah ni UHT whipping cream. cikNor guna yang ni untuk buat tiramisu, black forest cake, cheese cake, sos butterscoth dan cheeese leleh. Tidak manis cuma rasa lemak. Cepat cair dan kurang sesuai untuk topping kek. Tidak boleh over beat nanti cream akan terpisah jadi air dan lemak pastu berketul-ketul...kalau jadi macam ni jawabnya buang jer la sebab da tak rosak. 

zahra_wardah, 25 November 2013
- cikNor harap dah menjawab persoalan awak (^_^)


Anonymous, 5 March 2015
- Nak buat kepingan tu kena guna acuan. Acuan tu ada jual tapi cikNor beli kepingan tu yang readymade ada jual di kedai barang bakery sebab lagi cepat dan mudah (^_^)

Anonymous, 15 April 2014
- Krim coklat tu campuran dengan ganache. Maksudnya begini...mula-mula pukul non-diary whipping cream kemudian masukkan sedikit ganache ke dalamnya dan pukul hingga sebati. Nanti krim tu akan jadi krim coklat. Ganache tu buat sebelum pukul whipping cream sebab kita gunakan ganache yang telah sejuk kalau masih panas nanti whipping cream tu cair. Cara buat ganache 250gm cawan non-diary whipping cream, 250gm dark chocolate, 25g butter (kuantiti boleh kita ubah ikut kesesuaian, cikNor guna 1:1 untuk whipping cream dan dark chocolate)

Semoga menjawab semua persolan anda semua.  Sekali lagi mohon maaf sebab cikNor terlepas pandang.

No comments:

Post a Comment