villakamimicasamawar

Tuesday, June 5, 2012

Red Velvet Cupcakes versi Chuck Hughes

Miss Ahjumma...best citer tu. Tapi time cuti jer lah boleh layan drama Korea ni kalau tak memang tak jadi keje lahh.

Uikkss...merahnya strawberry kat bawah tu...
Ini cupcake red velvet yang ditempah oleh kawan cikNor untuk hantarannya baru-baru ni. Bila dia tanya cupcake apa yang best dah tentulah cikNor kata RED VELVET sebab jarang orang tempah kek ni untuk hantaran selalunya coklat moist jer...

Biasanya cikNor guna resepi yang macam Joy of Baking tapi kali ni tukar sikit sebab terjumpa resepi red velvet yang guna yogurt dan minyak canola...kene try ni. Bila dah try rasanya sangat sedap dan keknya lembut, gebu dan moist. Resepi tu cikNor dapat dari Cooking Channel tv.

Walau macam manapun cikNor ubah sikit kuantiti minyak dan cara mengadunnya sebab bila ikut sejibik cam Chuck Hughes...cupcakes tu agak berminyak dan kembang semangkuk hidupnya...hahaha!!!

Icingnya pun cikNor guna resepi sendiri jugak sebab kat tempat cikNor tak pernah jumpe lagi mascarpone cheese tu. Kalau duk kat KL senang ler kot nak mendapatkan benda alah tu...hehe

Hiasan tu cikNor gunakan coklat bentuk strawberry .
Boleh jugak kalau nak letak strawberry segar.

Kek:
Bahan A
2 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh vanilla

Bahan B
1 cawan minyak canola / minyak jagung / butter cair

Bahan C
1 cawan yogurt asli
2 sudu besar pewarna makanan merah
1 sudu teh cuka

Bahan D
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

Cara-cara:
  • Bahan A dipukul hingga gebu.
  • Bahan B dicampur dan kacau sebati dan tidak berketul.
  • Bahan D diayak.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A, kacau sebati.
  • Kemudian masukkan bahan D berselang-seli dengan bahan C...Mulakan dengan bahan D, bahan C, bahan D hingga habis.(pastikan mula dengan bahan D dan akhiri juga dengan bahan D...)
  • Scoopkan ke dalam paper cup 3/4 penuh kemudian bakar 25-30 minit suhu 180c (yang ini kene ikut oven masing-masing ler...)
Icing:
Bahan A
250gm philadelphia cheese
120gm gula kastor
1 biji lemon (ambil jus)
*pukul hingga gebu kemudian campurkan jus lemon

Bahan B
125gm fresh cream
*pukul hingga kaku

Bahan C
125gm whipping cream (UHT)
*pukul hingga kaku

Bahan D
100gm shorterning
*pukul gebu

Cara-cara:
  • Campurkan bahan A, bahan B, bahan C kemudian pukul sedikit supaya semua sebati.
  • Masukkan bahan D pukul lagi untuk sebatikannya dan siap untuk diguna.
Tips- Campurkan bahan cheese dengan shorterning supaya frosting cheese tadi tidak mencair atau lembik jadi ia lebih cantik apabila dipaipkan dengan nozel bentuk star. Shorterning tersebut tidak mengubah rasa atau warna cheese.

Sarah bagi tahu cikNor dia nak amik cupcakes tu siap dah hias cantik, so pandai
cikNor la nak buat macam mana yang dia tahu bende tu siap...
haduyaiii...terpaksalah cari reben, bunga segala
dah kene masuk kelas kerastangan la pulak...haha



Mula tu cikNor nak hiaskan dengan coklat...tapiii
cam comot la pulak...biar plain gitu jer la lagi nampak suci...
Oke, selamat mencuba bagi sesiapa yang berminat...very simple and easy maaa...

6 comments:

  1. Replies
    1. kak ros,esk nk kene wat lg ulang tayang pasal si kecik tu merengek nk jugak tapi nk suruh letak butterfly kt ats xmo strawberry...mlm ni kene wat butterfly ler jwbnyer...huhu

      Delete
  2. Aku suka yg lorek2 dgn coklat nmpak class sgt ala2 chef proesiomal lak.....nora nnti aku ada ms aku g umah hangla berguru jeles lak aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh midah...ko dtg jer t kita main masak-masak k,deaR :D

      Delete
  3. pandainya...nak kahwin nanti ciknor seponse eh?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh en Jasman...tapi u kene pick up sendiri kt angsana pasal cikNor xder perkhidmatan delivery...huhu...maklum ler bisnes org kampung...memang aku ini anak org kampung...ehh,ternyanyi lak...haha

      Delete