Wednesday, May 30, 2012

Kek Black Forest

Pagi morning cam gini baru ler idea datang, best ni kalau nak meng-update belog...siang-siang hari penuh dengan xtvt suri rumah sampai tak sempat nak fikir. Penat gak jadi suri rumah ni, celik jer mata dah start agenda untuk satu hari...rehat??? Time tidur tu lah rehat. cikNor pulak jenis tak tidur siang makanya malam jer lah baru rehat.
Dah sunyi sepi sebab kanak-kanak riang tu sume dah masuk tidur, dorang dah diajar supaya tidur awal tak kiralah hari cuti pun.

Kek Black Forest, tak taw ler nape namanya cam gitu...agaknya sebab banyak guna ceri hitam dan dark chocolate kot...yang forest tu tak taw la pulak, agaknya mat salih biasanya bawak bekal kek ni time masuk hutan tebang balak gamaknya...hehee
Dah lama teringin nak buat kek ni sebab glamer sungguh suatu ketika dahulu (cuma skrg ni kureng popular sebab takhtanya dah dirampas oleh red velvet dan cheese cake).



Untuk buat kek ni kita kene buat kek span coklat dulu:
(adunan untuk loyang 8 in)
5 biji telur gred A
170gm gula kastor
1 sudu besar ovallete
100gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
40gm serbuk koko
1/2 sudu teh coklat emulco
70 gm minyak jagung /butter cair
1 sudu teh esen vanilla
Cara membuat kek :
  • telur, gula, ovallete, esen vanilla dipukul sampai gebu.
  • ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
  • kemudian masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan telur.
  • pukul hingga gebu dan ringan.
  • masukkan minyak dan kaup balik hingga rata.
  • masukkan dalam loyang yang sudah digris mentega dan dilapik dengan baking paper.
  • bakar selama 40-45 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu...suhu 180c.
  • bila dah masak terus keluarkan dari loyang untuk elakkan kek mengecut.

Bahan  wajib kek black forest :
1 tin buah ceri hitam dalam tin - toskan sirapnya masakkan dengan 1 cawan gula hingga gula larut
250gm fresh cream / UHT whipping cream - pukul hingga keras
8 biji ceri tangkai (kalau tak dapat yang tangkai yang tak der tangkai pun boleh jugak sebab ni untuk hiasan jer)
coklat parut secukupnya
fresh cream secukupnya untuk topping

cikNor guna UHT whipping cream untuk layer ni sebab nak kasi rasa lemak dan kurang manis.
Tapi guna UHT whipping cream ni leceh sikit sebab cepat mencair jadi
masa  proses me-layer tu kene cepat-cepat

Cara-cara nak assemble kek :
  • Mula-mula kek span tadi dibelah kepada 3 bahagian
  • pada lapisan pertama kek sapu dengan sirap buah ceri tadi kemudian sapu krim putar, susun ceri hitam atas krim putar.
  • ambil lapisan kedua ulang balik step pertama begitu juga dengan lapisan yang ke-3.
  • bila dah siap barulah topping kek dengan fresh cream.
  • hiaslah mengikut kreativiti.
  • simpan dulu dalam ice box sebelum disajikan.


 Bahagian dalam kek yang sudah dipotong...


Yang ini dah ditapaukan untuk bapa sedara yang datang ke rumah, bekal untuk bawa balik Kajang. Suka mak sedara cikNor dapat bawak balik kek black forest, siap nak menempah kek lagi kalau nak datang ke Jerantut.

2 comments:

  1. Mmg nostalgia kan kek ni...kalo lah dpt tiup2 lilin atas kek ni di suatu masa dulu, mmg kadar kekembangan idung tu ya tuhan, bole masuk senduk! Sejibik cm kt kedai!

    ReplyDelete
  2. yer laa...kek ni umpamanya mcm kek tradisional sebab dolu-dolu memang fofular...msa tu tak pandai buat lagi so rasa mcm best sangt klu dpt kek ni...bkn stakat idung kembang jer rasanya,time tu jugak dlm msa 0.005 saat nk transform jd gaban...haha

    ReplyDelete