villakamimicasamawar

Tuesday, April 17, 2012

Pizza Wholemeal

holla...jumpa lagi
jom kita buat pizza pulak...guna tepung wholemeal.

BAHAN A
400 gm tepung roti
100gm tepung bran (wheat bran / wholemeal)
20 gm susu tepung
10 gm bread improver

BAHAN B
15 gm yis kering
50 gm gula
300 ml air suam
*satukan semua bahan ini dan biarkan seketika hingga yis kembang

BAHAN C
25 gm butter
10 gm garam halus

SOS PIZZA
3 biji buah tomato - potong dadu
3 biji bawang besar kuning - potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu
3 helai daun bay
2 gm herba oregano
200 gm tomato puri
5 gm serbuk lada hitam
garam, gula secukup rasa
minyak untuk menumis

INTI AYAM PIZZA
250 gm ayam kisar
garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar kuning - hiris bulat
2 ulas bawang putih
5 gm serbuk lada hitam
sedikit minyak untuk menumis

HIASAN / TOPPING PIZZA
lada benggala merah / kuning / hijau
cendawan butang
nanas
keju mozarella
keju cheddar
*topping boleh jer ikut sesedap rasa anak tekak
 JOM BUAT PIZZA
  •  masukkan semua bahan A dalam mesin pengadun.
  • gunakan speed 1 gaul bahan A hingga sebati.
  • kemudian masukkan bahan B.
  • adun doh hingga sebati, kemudian masukkan bahan C.
  • tinggikan kelajuan mesin, adun doh hingga kembang (lebih kurang 15 minit).
  • tutup adunan dengan tuala basah dan biarkan doh rehat 40-60 minit.
  • setelah doh kembang keluarkannya kemudian letak atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung, tumbuk-tumbuk doh dengan tangan untuk keluarkan angin.
  • timbang 200 gm doh, leperkan dan letakkan ke dalam loyang pizza...rehatkan lagi 30-45 minit hingga doh naik seganda.
  • kemudian cucuk permukaan doh dengan garfu untuk keluarkan angin.
  • sapu permukaan doh dengan sos pizza, letakkan inti ayam, lada benggala, cendawan butang, nanas kemudian tabur dengan keju mozarella dan keju cheddar.
  • bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 20 minit hingga keju cair dan berwarna keemasan.

 CARA NAK BUAT SOS PIZZA
  • panaskan minyak.
  • tumis bawang putih, bawang besar, daun bay kemudian masukkan tomato dadu dan tomato puri, herba oregano, serbuk lada hitam serta garam dan gula secukup rasa.
  • masak seketika hingga sos agak pekat kemudian matikan api.

CARA BUAT INTI AYAM
  • tumis isi ayam kemudian masukkan bahan-bahan lain.
  • angkat dan boleh digunakan untuk inti pizza.
*bawang besar tadi tak perlu sampai layu.



Kuantiti bahan yang cikNor kasi ni boleh menghasilkan 3 biji pizza...kalau tak abes makan simpan dalam ice box, tomorrow morning boleh panaskan semula sebab pizza ni still lembut and yummylicious bila dipanaskan...

7 comments:

  1. lum dpt kekuatan ag nak buat pizza sendiri.. hehe.. mesti sedap nie.. pape pun sala kenal dr sy..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin buat sbb ada bantuan mixer tersyg...klu tak malas gak nk menguli tepung...hehee
      salam kenal buat cik kasih hatiku :-)

      Delete
  2. Mak aihh kak, kecur air liur tengok pizza akak ni tau. Salam kenal kak :)

    ReplyDelete
  3. dear Reena,saje nak guda anak tekak awak...hurmm, yummy...hehee
    salam kenal jugak dearzz

    ReplyDelete
  4. salam..
    wah sedapnya nampak piza tu...sy dah lama x memizza.. :)


    p/s:mjawab persoalan pasal asam manis tu,sy beli kat mukah ni pun ada dah yg terdapat cop halal jakim..yg aritu beli kat bintulu semasa singgah di sana.. kalau kat smenanjung sy x pasti kedai mana ada jual..tp kwn sy aritu pun kirim kat kwn dia yg duk srwk.mungkin lum jumpa kat sana masa tu kot..

    ReplyDelete
  5. HaSue,
    nmpk nyer cikNor pun kene kirim kat org srwk kot sbb xpenah lg jumpe asam haw flakes yg ada tanda halal mcm sue guna tu...klu dpt yg mcm tu rasanya senang sikit kot keje2 melapis sbb btknya dah petak2 :)

    ReplyDelete