Friday, February 7, 2014

Ikan Gederak Masak Asam Belimbing

Assalamualaikum...
Holla...
good day, friends.

Jom masak sempoi-sempoi tapi sodap dimakan...
bulan ni dapur cikNor asyik masak menu ikan jer.
Ikan sungai...ikan laut...sedapp hingga menjilat mangkuk jari.
en Hubby beli ikan daripada orang kampung Durian Hijau...ikan sungai liar, bukan yang sangkar kat Sungai Pahang tu, tapi betul-betul pure nature. Harga??? Jangan tanya ler...memang agak meriah...heheehe
Pernah dengar tak nama ikan gederak ??? Tak pernah??? hurmmm...sama la, cikNor pun ini lah first time dengar. Ikan gederak nampak akan-akan ikan patin tapi kepalanya tak de ropa macam ikan patin...banyak gigi tajam...sakit tu kalau kene. Isi ikan gederak lg sedap daripada ikan patin (kalau dah rege sampai rm600 untuk 9 kg...giler tak sedap!!! hahaa...rugi woo...)
Ikan ni cikNor buat masak dengan asam belimbing...mudah sangat yang penting rasa sedap. nyumm...nyumm...dalam masakan tu cikNor letak jugak terung kecik-kecik dan tomato...memang best sangat. Rasanya yang masam, masin dan pedas...membuka selera.

IKAN GEDERAK MASAK ASAM BELIMBING
- resepi cikNor turun-temurun...hehee...

Bahan-bahan :
1 ekor ikan gederak (cuci bersih potong-potongkan)
6 biji belimbing buluh - belah dua
5 biji terung kecil - belah dua
1 biji tomato - belah empat
sedikit daun kesum
3 keping asam gelugur
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
1 liter air

Bahan kisar :
8 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup (boleh jugak kalau nak guna serbuk kunyit tapi agak-agak sendiri kuantitinya yer)

Cara-cara :
  • Panaskan sedikit minyak - anggaran 1sd besar
  • Tumiskan bahan kisar hingga bangkit bau.
  • Masukkan 1 liter air, asam keping dan garam...didihkan sebentar.
  • Masukkan ikan, belimbing buluh, terung kecil, tomato.
  • Didihkan sebentar, kemudian masukkan daun kesum.
  • Suaikan rasa asam garamnya...kalau dah menepati citarasa akak-akak semua bolehlah matikan api.
Sedap dimakan dengan nasi putih...letak kuah banyak-banyak...nasi banjir...perghhh...yummy

4 comments:

  1. nampak mcm sedap je ni.. kena dibulah juga nanti tq berkongsi reseipi yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm...mmg sedap KA, nak pulak kalau ikan fresh...yummy :)

      Delete
  2. Assalamualaikum.. Jom singgah http://ayuzulkifle.blogspot.com/ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt...oke nnt cikNor ke sana (^_^)

      Delete