villakamimicasamawar

Saturday, November 16, 2013

Kek Neapolitan

Hollaaaa...
sebagaimana yang dijanjikan cikNor jengah ke sini semula (janji ditepati bukan dicapati...hehehee...)
of course ler update pasal kek yang cikNor dah hasilkan.

cikNor jumpe masa blogwalking kat blog omputeh...cumanya cikNor ubah sikit-sikit untuk disesuaikan dengan citarasa cikNor...hehee... 

Kek Neapolitan ni cikNor buat sempena birthday "Rama-Rama Kecil" cikNor. cikNor memang buat majlis birthday untuk semua anak murid cikNor. Majlis birthday tu dibuat dalam bulan Oktober lepas (kiranya ni entry tertunda lah yer...). Dalam majlis tu ada tiga orang yang berkongsi bulan yang sama campur dengan cikNor jadi empat kemudian tambah lagi seorang murid cikNor yang lahir dalam bulan November so jadi 5 orang semuanya...saja nak happykan diaorang...
Kek ni hampir rosak sebab terjatuh...nasiblah sempat diselamatkan.
Ini dalaman kek neapolitan ni. Mulanya cikNor nak buat layer dalam kek ni guna buttercream tapi tak berapa nak rajin pulak...hehee...lastly guna fresh cream jer pastu campur dengan strawberry filling jadi ler ala-ala mousse gitu. Keknya pula boleh gunakan kek span atau kek chiffon, boleh jugak guna sponge mix yang dijual kat kedai jual barang bakery...mana yang mudah ler.

KEK NEAPOLITAN

Bahan-bahan untuk kek :
280 gm tepung sponge mix
5 biji telur gred A
80 gm minyak jagung
60 gm susu segar
sedikit coklat emulco
sedikit strawberry emulco
1/2 sudu teh esen vanilla

Caranya :

  • panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 celcius.
  • satukan tepung sponge mix, telur - pukul hingga gebu.
  • masukkan susu segar - pukul lagi hingga sebati, gebu dan ringan.
  • kemudian masukkan minyak jagung, kaup balikkan hingga sebati.
  • ambil adunan tersebut bahagi kepada empat bahagian - dua bahagian campur dengan coklat emulco, satu bahagian dengan strawberry emulco dan satu bahagian lagi dengan esen vanilla.
  • bakar setiap adunan dalam loyang saiz 7 inci yang telah digliss butter dan dilapik dengan baking paper. Adunan dibakar selama 35 minit atau hingga masak.
  • angkat dan keluarkan daripada loyang kemudian sejukkan atas redai.
atau kalau rajin, boleh guna resepi ini...(ini yang cikNor biasa guna, kalau ada resepi yang lain pun boleh jugak) 

Bahan untuk kek (chiffon):

Bahan A
5 biji telur merah (gred A)
30 gm gula kastor
60 gm minyak jagung
90 ml susu segar

Bahan B
120 gm tepung gandum

Bahan C
6 biji telur putih
1/2 sdb jus lemon / 1sdt cuka
60 gm gula kastor

Bahan D
esen vanilla
coklat emulco
strawberry emulco

Caranya :
  • satukan telur kuning dan gula kastor - kacau sebati.
  • masukkan minyak dan susu segar - sebatikan.
  • kemudian masukkan tepung yang telah diayak - kaup balik sebati.
  • putih telur pukul hingga berbuih, masukkan jus lemon atau cuka dan gula - pukul hingga kental
  • masukkan 1/3 adunan putih telur dalam adunan tepung, kacau sebati.
  • tuang adunan baki putih telur dalam adunan tersebut kaup balikkan perlahan-lahan.
  • bahagi kepada empat bahagian - campurkan setiap bahagian dengan coklat emulco (yang coklat buat dua bahagian), strawberry emulco dan vanilla.
  • masukkan dalam loyang saiz 7" - bakar selama 35 minit dengan suhu 160 celcius -170 celcius.
  • apabila sudah masak, angkap terbalikkan kek dalam loyang selama 10 minit kemudian baru keluarkan - kek chiffon ni cerewet sikit kadang tu tak menjadi elok, mengecut.
Bahan untuk layer kek :

Bahan A
1 cawan fresh cream
sedikit strawberry filling
- pukul fresh cream hingga agak pekat (tak perlu kental sebab bila dicampur dengan filling strawberi ia akan jadi kental) kemudian masukkan strawberry filling kacau hingga sebati.

Bahan B
1 cawan fresh cream
1/2 sdt serbuk vanilla
- pukul fresh cream hingga kental, kemudian masukkan serbuk vanilla sebatikan.

Bahan C
Coklat Nutella secukupnya

Bahan D
coklat chip perisa coklat dan strawberry

Cara assemble kek :
  • letak kek coklat sapu dengan coklat Nutella.
  • kemudian tutup bahagian coklat dengan kek strawberry, lapiskan dengan Bahan A.
  • tutup bahagian strawberry dengan kek vanilla, lapiskan dengan fresh cream yang diperisakan vanilla.
  • kemudian hiaskan ikut kreativiti.
Kek ini rasa seakan-akan aiskrim, anak murid cikNor sangat suka hingga menambah-nambah makannya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment