Friday, August 17, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum wbt...salam lebaran buat semua.
Agak lama jugak cikNor tak timbul di sini...ada pun cikNor sebenarnya...

sebenarnya...

kad raya cumell ni untuk semua rakan-rakan belog tersayang...
tQ kerana sudi menjenguk, jadi kroni cikNor dan meninggalkan komen.
sebenarnya...

dan sebenarnyaaa.....

tadaAAAA....itu lah itu kejenya sepanjang ramadhan ni...usahawan IKS...haha
ALHAMDULILLAH...dapatlah duit raya lebih sikit (gaji cikgu yang dapat tu tak cukup gamaknya sampai tahap kene wat kukis jual pulak ni...hehe...)

Sebahagian kukis yang dalam proses delivery 
tQ en Hubby jadik agen pemasaran...

 German Cookies...
 Iris Cookies...
 Suji Brunei...kukis yang menyebabkan cikNor dah rasa tak lalu menengoknya sebab kukis yang paling banyak order...haha...tu lah tak der keje carik keje !!!
 Suji Salju...kukis yang sangat sedap antara kukis hardcore yang cikNor dah bertahun jual...

 Almond London resepi kak Nor...biar pun harga lebih singgit daripada kukis lain ia tetap mendapat permintaan sebab sedap lain daripada yang biasa. Thanks kak Nor share resepi sedap ni...moga ALLAH jua yang membalas jasamu.
 dan lagi hardcore kukis i...Arabian Cashewnut...wangi, rangup, lemak...kesimpulannya...sedap lerrr
Mashmellow Chocolate...yang ni tokeh DNA Bakery yang bagi idea suh wat jual...sedap dan senang dibuat.

Satu jer kukis yang tak sempat amik gambar...biskut samperit tradisional...untuk pelanggan yang eksklusif jer sebab nak buatnya agak cerewet tak kene gaya habis kelopak bunganya menyembah ke bumi so merupakan kukis yang paling akhir cikNor buat...maksudnya dalam tempoh bertenang dan penuh kesabaran...nanti ler free cikNor amik gambar dan tampal sekali dengan resepinyer.

Akhir kata (ewah macam ayat dalam surat pulak)...

Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah.

Thursday, August 2, 2012

Ayam Goreng Rempah

Happy morning...moga semua orang ceria-ceria selalu dalam menjalani ibadah puasa untuk hari yang ke-14 ini, ALHAMDULILLAH...  Sungguh payah untuk mencuri masa bagi meng-update belog cikNor yang tak seberapa ni. Al-maklum lah usahawan IKS yang dalam proses membina empayar...hahaa

Harap-harap masa yang berbaki ini mencukupi untuk cikNor menyiapkan semua tempahan kukis raya tu (dak Eisya kata, "Kalau eisya kan dah jadi cikgu tak nak lagi ler buat kuih raya atau kek ni...kan dah dapat gaji cikgu") tu komen dak Eisya bila tengok cikNor berembat nak menyiapkan kukis...hahaha
Tu lah...ibunya ngade-ngade nak buat part time bakery...
Resepi ayam goreng berempah ni cikNor buat masa bukak pose ari tu...baru sempat tempek kat villakamimicasamawar (sibuk tahap gaban...huhu). Resepi ni cikgu Ina prasekolah SKBN yang kasi.  Masa tu (sebelum bulan pose laaa...) ada projek makan-makan sempena majlis perpisahan staff SKBN so kitaorang buat la ayam goreng berempah ni untuk jamuan...dak Danial kata sedap tu pasal cikNor mintak resepi ni dari cikgu Ina tu. Mudah jer nak membuatnya janji rajin dan ada bahannya.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil (tak kisah kecik cam mana pun janji senang nak makan)
4 batang serai
4 cm lengkuas
4 cm halia
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  • blend-kan semua bahan kecuali ayam, minyak dan garam.
  • gaul ayam dengan bahan kisar, masukkan garam secukupnya kemudian perapkan selama 30 minit.
  • panaskan minyak kemudian gorengkan ayam hingga masak, angkat dan toskan minyak.
Ayam diperapkan bersama bahan kisar selama 30 minit supaya semua rempah meresap dalam daging ayam tu.
Wangi bau rempah gorengan ni hingga rasa tak sabar nak makan...suke sungguh la kanak-kanak riang tu dapat makan ayam goreng rempah sepuasnya.  Kalau nak taw dak Eisya pembeli setia ayam goreng rempah kat pasar malam tapi bila cikNor dah terror buat ayam goreng rempah ni dia dah tak teruja nak beli kat pasar malam lagi dah...hehe...jimat ler sikit
Kalau tak setiap hari Selasa mesti dia tanya kat cikNor, "Ibu nak masak tak malam ni?"
bukannya apa dia nak ajak pergi pasar malam ler kalau tak masak...rindu kat ayam goreng rempah tu...
Jom ler try...
hurmmm...yummylicious