villakamimicasamawar

Friday, December 26, 2014

Kek Tiramisu

Assalamualaikum wbt...
Holla...

Wow, so long...lama sungguh bercuti menulis. Sikit jer nak bagi tau...cikNor nak share resepi kek tiramisu.  Kalau ada sesiapa yang da tau tak pe lah, ini pun blh jadi macam buku resepi maya cikNor. Jadi kalau ada access internet cikNor boleh la go through the recipe walau di mana-mana pun...dunia tanpa sempadan ler katakan...hehehee



BAHAN-BAHAN:
*cikNor rujuk resepi daripada buku Noraini Zakaria

Kek span loyang 8 in :
200 gm tepung kek
180 gm gula kastor
110 ml minyak jagung/minyak masak
100 ml susu segar
20 gm ovallate
6 biji telur gred A
1 sdt baking powder
1 sdt mocca flavour

Cara-cara :

  • Panaskan oven. Glis loyang bahagian kemudian lapik dgn baking paper.
  • Pukul telur, ovallate, gula, tepung sampi kembang dan gebu (lebih kurang 5 minit)
  • Perlahankan speed mixer masukkan susu dan perisa mocca pukul lagi 5 minit.
  • Kemudian masukkan minyak sikit-sikit gaul guna whisk hingga minyak sebati dengan adunan tepung.
  • Tuangkan adunan dalam loyang, bakar selama 45 minit...suhu 180 celcius.
  • Bila dah masak, angkat loyang telungkupkan atas redai selama 5 minit. Kemudian baru keluarkan daripada loyang. Sejukkan hingga kek sedia digunakan.

Bahan Cream Cheese :

(A)
250 gm cream cheese Philadelphia (boleh jg kalau nak guna brand lain cuma cikNor dah biasa dengan Philadelphia)
90 gm gula kastor
1 biji lemon (ambil jus)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gebu, kemudian masukkan jus lemon.
  • Ketepikan dulu adunan ini.
(B)
125 gm non-diary whipping cream
  • Pukul hingga kembang gebu.
  • Ketepikan dulu adunan ini.
(C)
125 gm UHT whipping cream
  • Pukul hingga kembang gebu.
  • Ketepikan dulu adunan ini.
* Bahan A, B dan C dicampur, kemudian gaul sebati adunan tersebut.  Sedia untuk digunakan.
* Kemudian ambil 1 sdb nescaffee atau 1 sdt perisa kopi larutkan dengan 1 cawan air panas. Campuran ini akan digunakan sebagai sapuan atas kek sebelum dilapis dengan cream cheese.
* Pukul 1 cawan fresh cream hingga kembang, kemudian letakkan sedikit ganache utk memberi warna pada fresh cream tadi...pukul semula hingga sebati elok.

Cara Melapis kek tiramisu :

  • Kek sponge dipotong kepada 3 lapis.
  • Mula-mula sapu air nescaffee/air kopi atas lapisan kek kemudian letakkan cream cheese dan ratakan.
  • Ambil lapisan kek yang berikutnya tutup kek yang dilapisi cream cheese. Sapu bahagian ini pula dengan air nescaffee atau air kopi, letakkan cream cheese ratakan.
  • Ambil lapisan kek yang seterusnya tutup kek yang dilapisi cream cheese.
  • Akhir sekali sapu keseluruhan kek tadi dengan fresh cream. Hiaslah ikut kreativiti anda!


No comments:

Post a Comment