villakamimicasamawar

Sunday, February 5, 2012

Orange Cake with Cream Cheese Frosting

Dah start amik order baking...malas gak mulanya sebab tak abes lagi meng-unpack barang-barang dalam kotak tapi bile kenangkan customer ni dari jauh jadi kuatkan semangat jugak ler. Customer ni nak kek oren tapi tak nak besar...nak yang kecik rasa-rasanya dalam 400gm jer kot beratnya bila dah siap layer ngan cream cheese & topping ngan fresh cream ni.

Puas jugak carik bekas nak isi kek ni pasal bile dah siap decorate nak tutup tak boleh...huhuu...Lastly, cikNor minta nak beli bekas kek yang tuan kedai tu buat display. Nasib la dia nak jual, kotak tu siap dengan reben bagai, maklum ler yang display...tak pe lah janji kek itu selamat sampai kepada tuannya di Kajang.

Saja cikNor tampalkan banyak gambar kek oren ni pasal nak belah isi dalam tak boleh, orang punyerrr...so layan gambar kek sebijik jer la...
cikNor buat kek besar guna loyang 9 in sebab dak Eisya merengek-rengek nak kek oren tapi tak nak letak cream cheese & topping, maknanya kek yang besar tu dipotong jadi kecik macam permintaan customer tu.



oren dan oren dan orennnnn....

Resepi kek :
200gm tepung naik sendiri
200gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
20gm ovelette
80gm mentega cair / minyak jagung - kalau mentega cair pastikan ia betul-betul sejuk selepas dicairkan
80gm air
4gm orange emulco

Caranya :
  • Ayak tepung bersama baking powder.
  • Masukkan telur, gula, ovelette dan orange emulco.
  • Pukul selama 2-3 minit (low speed) supaya semua bahan bercampur.
  • Kemudian pukul dengan high speed lebih kurang 5 minit atau sampai gebu.
  • Masukkan air, pukul lagi selama 10 minit.
  • Masukkan mentega cair, kaup balikkan supaya adunan sebati (guna whisk pun oke...)
  • Tuangkan adunan dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper dan disapu dengan mentega, bakar selama 45 minit atau hingga masak (180 darjah C)
  • Bila sudah masak terus keluarkan kek dari loyang untuk elakkan kek jadi kempis dan berkedut. Sejukkan atas redai kek sebelum dipotong untuk layer dengan cream cheese.

Resepi cream cheese (layer dalam kek) :
 250gm cream cheese (philadelpia)
125gm gula kastor
1 biji lemon (ambil air jer
 - putar cream cheese sampai gebu kemudian masukkan gula putar lagi
 -bila sudah kembang dan gebu elok masukkan jus lemon putar lagi hingga sebati.

 125gm fresh cream
- dalam bekas lain putar sampai kembang, ke tepikan dulu

 125gm whipping cream UHT
 - dalam bekas lain putar sampai kembang
Kemudian masukkan fresh cream dan whipping cream UHT tadi dalam cream cheese, putar hingga sebati. Sekarang sudah boleh guna untuk layer dalam kek.

*banyak cream cheese so yang lebih tu boleh simpan dalam peti atau pun kalau rajin tahap gaban buatlah tiramisu gerenti abesnya cream cheese tu....hehehe..

Itulah itu kotak yang siap dengan reben bagai...yang display pun display lah, janji ada kotak...
cikNor decorate sempoi cam gini jerr...tapi orange filling melimpah-ruah kat atas tu...
Kalau rasa nak buat bolehlah cuba resepi yang cikNor kasi tu tapi kalau rasa malas order jer la kat cikNor...hahaha

Happy Cooking (^_^)

1 comment: