villakamimicasamawar

Monday, March 4, 2013

Black and White Russian Chocolate Cake (BWRCC)

Kek birthday lagi...
yang ini di-order oleh Puan Zuraida, penggemar fanatik kek yang berasaskan coklat. Sebelum ni Puan Zuraida paling suka order kek coklat indulgence, apa saja event mesti kek itulah yang menjadi pujaan hatinya sampaikan cikNor dah tak bernafsu nak menjamah kek coklat indulgence...huhuu...
BUT...customer is always right so baked it again and again...hahaha
 
Lastly, my laling suggest kat Puan Zuraida supaya try BWRCC...alhamdulillah, dia kata sedap...anak-anaknya lagi lah...kejap jer licin kek tu.


cikNor dah pernah pos BWRCC  sebelum ni, masa tu first time membuatnya...boleh check kat SINI untuk lihat cara membuat BWRCC step by step.

KEK COKLAT MOIST

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
3 biji telur gred A
2 cawan gula pasir - kisar halus
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak bunga matahari

Bahan D
1 cawan air panas

Cara-cara :
  • panaskan oven 15 minit suhu 180 celcius.
  • satukan semua bahan A kemudian ayak.
  • bahan B dipukul hingga kembang dan ringan.
  • masukkan bahan C dalam bahan B pukul sebati.
  • masukkan pula bahan A sedikit demi sedikit sambil dikaup-balik hingga sebati - guna whisk jer.
  • kemudian masukkan air panas mendidih dan kacau sebati adunan tersebut.
  • tuangkan adunan dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper dan diglis butter. Bakar selama 1 jam dengan suhu 180 celcius. (ikut oven masing-masing yer, cikNor punya
Cream Cheese Frosting :

Bahan A
250 gm cream cheese phildelphia / tatura - cikNor guna tatura royal victoria sbb baunya tak kuat, rasanya pun lemak berkrim
90 gm gula kastor - kisar halus
1 biji lemon - ambil jus
1 sudu teh serbuk nescaffe - ayak
1 sudu teh coffee emulco
- cream cheese, gula dipukul kembang kemudian masukkan jus lemon, serbuk nescaffe dan coffee emulco...pukul hingga sebati.

Bahan B
125 gm UHT whipping cream
- pukul hingga soft peak.

Bahan C
125 gm fresh cream
- pukul hingga soft peak

Cara-cara :
  • masukkan bahan B dalam bahan A kacau sebati kemudian masukkan pula bahan C gaul hingga semua bahan sebati.
  • simpan dulu dalam es box.
Ganache :
300 gm fresh cream
300 gm dark chocolate
25 gm butter

Cara-cara :
  • panaskan fresh cream hingga keluar buih-buih kecil, masukkan butter.
  • bila butter dah cair masukkan coklat kacau hingga coklat cair dan tiada ketulan.
  • sejukkan ganache supaya sedikit keras
* buat 2 adunan ganache ni sebab 1 adunan untuk paipkan atas kek (yg dah disejukkan hingga sedikit keras) 1 adunan lagi untuk tuang sebagai topping atas kek yer puan-puan, jangan lupa tu.

Anything is good if it's made of chocolate
Teringat iklan coco crunch...ladang gandum dilimpahi coklat (^_^)

No comments:

Post a Comment