villakamimicasamawar

Monday, March 25, 2013

Jemput-jemput Kucai

Salam pagi Selasa...
bertemu lagi di hari baru dengan entry baru. Sebenarnya ini menu makan petang tadi tapi pagi Selasa baru upload...(sebabnya cikNor kena siapkan kek yang dioder costumer, entry ni disiapkan pada pukul 2.00 pagi...hurmm...dah masuk hari Selasa !!!)

Menu simple sempena menggunakan bahan daripada edible garden cikNor, daun kucai. Resepi ini diajar oleh makcik kantin sekolah lama cikNor. Time tu cikNor kena bawa budak-budak pengakap pergi camping, selain dari menjadi guru pengiring cikNor kena bertugas sebagai QM (Quater Master)...so sebelum berangkat ke tempat camping kenalah menuntut ilmu masak-memasak dengan makcik kantin dulu.

Menu makan petang masa camping...

jemput-jemput kucai.
Inilah pokok kucai yang cikNor tanam kat dalam pasu panjang di beranda belakang rumah cikNor. Cantik subur pokoknya sampai berbunga-bunga gitu.
Bancuhan tepung jemput-jemput...rehatkan sebentar supaya yis mengembang.
Kaupkan satu sudu makan kemudian goreng dalam minyak panas.
 Jemput-jemput akan mengembang bulat-bulat macam gambar tu...

JEMPUT-JEMPUT KUCAI
Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
6 gm yis kering (mauripan atau apa-apa brand - cikNor guna mauripan)
1 labu bawang besar - dikisar
1 kiub ikan bilis
1 ikat daun kucai (anggaran 10-15 tangkai) - dipotong 1 in
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
  • Masukkan tepung, yis kering, bawang kisar, kiub ikan bilis, serbuk kunyit, garam, daun kucai...gaul rata-rata.
  • Kemudian masukkan air (anggaran dalam 2-3 cawan). Kalau kurang air boleh tambah, bancuhan macam jemput-jemput tidak terlalu cair atau terlalu pekat...yang sedang-sedang gitu.
  • Rehatkan adunan 30 minit.
  • Kemudian panaskan minyak, gorenglah hingga masak.
  • Sedap makan panas-panas, cicah dengan sos cili atau kuah kacang.

No comments:

Post a Comment