villakamimicasamawar

Showing posts with label the Javarian. Show all posts
Showing posts with label the Javarian. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Botok

Holla...
cikNor meng-update blog di kampung (^_^)
Kali ni cikNor nak kongsikan menu Raja-raja Jawa pulak...hihii.... Menu ni salah satu favourite
en Hubby jadi dia minta cikNor belajar buat menu ini daripada bondanya...
Credit to my mother in law for this yummylicious menu.
 
Inilah dia my en Hubby's favourite...BOTOK...ermm, bukan botok yang suntik-suntik pas tu tegang muka sampai nak sengih pun dah jadik cam Joker dalam citer Batman tau :)
Botok ini adalah campuran rempah, ulam-ulaman dan ikan tenggiri (kalau nak campur udang pun sodap jugak)
 
Inilah botok yang sudah siap dikukus selama 1 jam
(bagi memastikan ikan tersebut masak dengan sempurna).
Oke, itu potongan ikan tenggiri yang tertimbus dengan campuran rempah dan ulam-
ulaman setelah dibongkar oleh cikNor :)

Untuk membuat botok ni sebenarnya mudah sahaja cuma penyediaan bahan agak cerewet sikit...sebab my mother in law memang menjaga kualiti botok yang dihasilkannya sebab tu kene ikut prosedur yang ditetapkannya supaya lulus QC...hehee...
Dalam mangkuk tu campuran bahan kisar dan rempah kari ikan...

Menu ni sangat sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih dan kalau nak sedap lagi ada ikan kapak masin...wallah...wallah...sedap amat gitu !!!
Segala jenis ulama-ulaman...
daun mengkudu tu kene buang tau urat yang panjang atas daunnya untuk kurangkan rasa pahit.
Bahan kisar yang diadun bersama garam, gula, rempah kari, isi ikan tenggiri dan air asam jawa.
Dari kanan daun mangkuk, daun ulam raja dan daun kaduk.
Pucuk betik - ini pun pahit jugak jadi nak kurangkan kadar kepahitannya ramas dengan garam,
buang airnya rebus hingga lembut...lembut jer tau bukan lodoh.
Kelapa parut yang disangai hingga kekuningan kemudian blend atau tumbuk kasar.
Daun limau purut dan daun kencur
Ini mother I masukkan bahan rempah dalam besen besar sebab bila dah dicampur semua
bahan tu jadi banyak susah nak gaul.
Ini apabila dah diaduk dengan semua ulam-ulaman tu...banyak sampai penuh besen.
 
Jom semak bahan...

Bahan A
2 ekor ikan tenggiri (saiz sederhana / kecil - dipotong 4 setiap seekor jadi dapat 8 potong, kepala buang tau)
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering (kepedasan ikut level keimunan lidah masing-masing ler)

Bahan B
2 peket rempah kari ikan (peket yang rege 60sen tu)
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 sudu besar air asam jawa
2 cawan kelapa  - disangai kekuningan
1 ekor ikan tenggiri (saiz sederhana diambil isinya sahaja)

Bahan C
2 ikat daun kaduk
2 ikat daun bebuas
2 ikat daun mengkudu
2 ikat daun ulam raja
2 ikat daun mangkuk - sejenis pokok puding yang boleh dimakan
1 ikat daun pucuk betik - ramas dengan garam buang air dan rebus sebentar, angkat kemudian tos
6 helai daun kunyit
6 helai daun limau purut
6 helai daun kencur
* jumlah dan jenis daun tu ikut pada kesukaan masing-masing...

Bahan D
daun pisang secukupnya - dilayurkan supaya lembut dan tak mudah koyak
alumunium foil secukupnya

Cara-caranya :
  • Bahan A kecuali ikan dikisar halus dengan sedikit minyak masak.
  • Campur bahan A bersama bahan B, gaul sebati...kalau nak sedap rasalah asam garamnya.
  • Bahan C dihiris kasar kemudian dicampur dengan bahan yang digaul sebati tadi...gaul-gaulkan hingga semua daun disaluti dengan bahan rempah.
Cara nak mengolahkannya :
  • Panaskan periuk kukus hingga mendidih - pastikan banyak air. Sekiranya semasa proses mengukus air berkurangan hendaklah ditambah secukupnya.
  • letakkan sedikit bahan yang digaul tadi atas daun pisang kemudian letakkan sepotong ikan tenggiri, ambil lagi bahan tersebut letak atas ikan hingga menutupi ikan.
  • kemudian lipat daun pisang macam bungkus nasi lemak kemudian bungkuskan dengan alumunium foil.
  • kukus selama 1 jam supaya ikan masak dengan sempurna.
  • dah masak angkat dan MAKANnnn....
Siaplah sudah menu kampung kita hari ini...BOTOK namanya. Selamat mencuba...awet muda ni kene try buat...maklum ler penuh dengan ulama-ulaman...hihii

Monday, May 28, 2012

Ayam Ungkep

Hari ni dah masuk hari ke-4 cuti sekolah tapi cikNor macam biasa jer tak der apa-apa plan cuti-cuti Malaysia pun sebab en Hubby terlibat dengan softball MSSM, dak Danial lak full dengan tution makanya cikNor jadi suri rumah sepenuh masa jer lah. Apa yang pasti cikNor kene jadi wakil en Hubby pergi jemputan kenduri kahwin...jimat dah tenaga sebab tak payah masak-masak...suke nyer

Tapi kan mak mertua i musti rindu sama kitaorang sebab xdapat balik kampung cuti kali ni...tahun ni memang kene kurangkan sikit aktiviti cuti-cuti Malaysia sebab anak teruna cikNor, dak Danial tu nak exam UPSR so satu family kene kurantin...hehe

Bila mention pasal mak mertua ni teringatlah pulak resepi yang selalu dia masak time kitaorang balik JB, ayam ungkep. Biasanya dia guna ayam kampung untuk wat masak ungkep ni. My bapak mertua la yang jadi tukang tangkap ayam, sembelih ayam dan bersihkan ayam...mak mertua lak jadi chef masak ayam ungkep ni. Menantunya pulak??? Jadi tukang makan jer...hahaha...hurmm...yummylicious taw...
Walaupun jadi tukang makan, ilmu masak ungkep ni menantunya dah capai tahap mastery...(hehe...perasan terror ler tu). Eh kita dah pandai taw masak menu ni, tu tengok kat bawah...
Ini la ayam ungkep yang kita masak tu. cikNor musykil jugak apa lah maksud UNGKEP ni...bila tanya en Hubby dia kata ungkep tu rempah that's mean ayam masak rempah la kot...tak kiralah apa maknanya janji benda ni sedap dimakan.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung (kalau tak ada ayam kampung ayam bandar pun boleh)
10 tangkai cili kering
1/2 cawan ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 biji bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 batang serai
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
2 keping asam keping

Cara-cara:
1- Cili kering + ketumbar + jintan putih + bawang besar + bawang putih + halia + kunyit dikisar halus.

2- Panaskan minyak kemudian masukkn serai. Selepas tu masukkan pula bahan kisar.
3- Masaklah bahan tersebut hingga pecah minyak dan rempahnya betul-betul masak.

4- Masukkan ayam dan secawan air serta asam keping. Masukkan juga sedikit garam. Kemudian masaklah hingga ayam empuk dan kuahnya agak pekat. (Kadang tu mak mertua cikNor masukkan daun kunyit bila kuahnya dah hampir kering so ungkep ni jadi wangi macam rendang) Kalau nakkan ungkep ni berkuah boleh tambah sedikit air.

TA DAaaaaa......


ayam ungkep dah siap!!!

Sedap dimakan dengan nasi putih / nasi impit / ketupat / lemang. Sesuai juga buat bekal untuk perjalanan jauh sebab ayam ungkep tidak mudah basi kalau rempahnya betul-betul masak dan kering.

Wednesday, October 26, 2011

Pecel Ikan Keli

Hari ini cuaca nampak agak cerah...matahari pun dah muncul setelah sekian lama kalah dengan awan mendung maka bolehlah cikNor menjemur kain dengan gumbiranya sebab hari ni mendobi sakan setelah 2 hari air terputus...lega rumah cikNor paip dah keluar air walau pun masa kat kedai runcit tadi cikNor dengar ada lagi beberapa kawasan rumah kat Jengka 10 yang tak ada air...ciann...cikNor paham...sangat-sangat paham kalau air tak ada ni...itulah masalah dari dulu hingga kini yang tak pernah selesai kat Jengka ni.

Kat kedai tadi cikNor ternampak ikan keli...TINGGG...idea, nak masak pecel keli kot...makanan raja-raja Jawa tu...hehehe...faberite en Hubby ni, maklum ler JawaWorld :-) 
Pecel Ikan Keli
Close up sikit rupe pecel tu...
cikNor mula kenal dengan masakan ni lepas menjadi suri en Hubby...first time makan, hurmm...sedap jugak. Wangi bau masakan ni sebab bau daun kencur (wong jowa sebut kencur, Melayu sebut cekur).
Inilah daun kencur @ cekur. Kat sebelah daun tu ubinya...
ada rupe macam kunyit tapi kaler putih & bau wangi
ini geng pelengkap rasa ~ bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan & daun limau purut


Ikan keli yang cikNor beli kat kedai tadi...ada 5 ekor tapi yang 2 ekor tu besar sangat jadi cikNor beli 3 ekor jer la. Ikan keli kalau besar sangat tak sedap sebab isinya liat.
Tumbuk sume bahan dengan lesung jangan dikisar sebab kureng sikit rasanya kalau dikisar
Bahan-bahan:

3 ekor ikan keli (bersihkan dan bakar hingga masak)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
12 biji cili padi
3 helai daun limau purut (disiat-siat)
3 helai daun kencur (dihiris halus)
1 inci belacan
1 inci ubi kencur
garam secukup rasa
1/2 sudu teh gula
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam keping

Cara-cara:
*bawang merah, bawang putih, cili, belacan digoreng dengan sedikit minyak.
*kemudian bahan yang digoreng tadi ditumbuk lumat bersama dengan ubi kencur.
*masukkan bahan yang telah lumat ditumbuk ke dalam periuk bersama santan, garam, gula & asam keping.
*sentiasa kacau kuah pecel tersebut agar tidak berketul & pecah minyak.
*biarkan mendidih sebentar kemudian masukkan daun kencur & daun limau purut kacau sekejap.
*angkat kuah pecel & siramkan atas ikan keli bakar tadi.
Cubalah baru taw macam mana rasanya...sedappp
Kuah pecel ni boleh juga dilawankan dengan ikan-ikan lain macam ikan pari, ikan talapia. Ayam & terung pun oke gak dengan syarat sume tu mesti bakar baru sedap.

Happy Cooking (^_^)

Friday, August 12, 2011

Tempe Goreng Kicap

Selamat malam, waahhh...di malam hari pulak cikNor muncul yer...sambil duk layan DVD citer RISE OF THE PLANET OF THE APES cikNor pun merajinkan diri meng-uploadkan resepi yg paling mudah, ringkas & sedap dimakan. Asasnya ialah TEMPE...1 lagi resepi raja-raja Jawa...hahahaa...kat rumah cikNor kalau ada tempe ni pun dah cukup boleh jd mcm-mcm resepi yg membuka selera...tempe goreng berempah, tempe goreng tepung, tempe masak lemak, sambal tempe, tempe goreng kunyit etc.
Kat Jengka sekarang ni agak susah sikit kalau nk cari tempe yg dibungkus dgn daun pisang sumenya yg bungkus dgn plastik. Kalau di Johor dikebanyakan kedai atau pasar tempenya masih lg dibalut dgn daun pisang. Tempe yg dibalut dgn daun pisang mempunyai bau yg harum.

Resepi yg mudah dan ringkas ni cikNor namakan tempe goreng kicap. Nak buatnya sangat mudah tapi rasanya mabelles bile makan dgn nasi panas...sesuai ni makan masa sahur.

Bahannya:
3 bungkus tempe (kalau bungkus dlm plastik cukup 1 bungkus jer) - digoreng dahulu
1 cawan ikan bilis - digoreng dahulu
1 biji cili besar - dipotong serong
10 biji cili padi - dipotong serong
sedikit soohun - rendam supaya lembut
1 biji bawang besar - dipotong bulat-bulat
2 ulas bawang putih - dimayang halus
sedikit kicap
minyak utk menggoreng

Cara Memasak:
* Panaskan minyak, tumis bawang putih kemudian masukkan tempe kacau sekejap.
* Masukkan kicap, soohun, bawang besar, cili besar dan cili padi...kacau sebati kemudian masukkan ikan bilis gaulkan supaya semua bahan rata dgn kicap.
* Bila semua bahan td sudah rata dengan kicap matikan api kemudian angkat.
P/S - resepi ni tak perlu garam sbb kicap & ikan bilis sudah memberi rasa masin yg cukup.Itulah itu tempe goreng kicap cikNor...selamat mencuba.

Hepi cooking (^_^)