villakamimicasamawar

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Biskut Green Peas

Holla...
Alhamdulillah, berjaya menyempurnakan ibadah puasa di hari ke-8...congratz buat semua!
Anak murid cikNor berlumba-lumba nak menyempurnakan puasa dorang sebab cikNor janji kalau dorang puasa penuh nak kasi duit raya...bukannya apa saja nak bagi motivasi supaya dorang berusaha untuk berpuasa. Yer lah kalau nak mendidik kene mula dari rebung kalau dah jadi buluh susah dah nak membentuknya...patah ler jawabnya. Budak kelas cikNor tak ramai, sekolah SKM ler katakan...setakat ini 7 orang masih bertahan, yang lagi 5 orang dah surender.

Oke, let's sambung kite punya cerita kukis...
cikNor nak sambung pos entry biskut raya lagi (entry ni istimewa buat kawan cikNor masa sama-sama belajar di Melaka dolu...Noraini @ Anor...sempena menunaikan permintaannya yang nak kan resepi biskut ni).
Biskut ni memang sedap...gebu dan mencair di dalam mulut. cikNor sangat, sangat sukakan rasanya sebab ia seakan-akan biskut kacang mazola. Nak membuatnya pun sangat mudah.

BISKUT GREEN PEAS
Bahan :
150 gm serbuk kacang peas (boleh dibeli dari kedai menjual barang bakery)
150 gm tepung rose (nak guna tepung gandum pun boleh juga)
100 gm gula icing
1/4 sdt garam halus
1 sdt baking powder
150 ml minyak bunga matahari / minyak jagung
1 biji kuning telur (untuk glis atas biskut)

Caran-caranya :

  • Panaskan oven 15-20 minit.
  • Satukan tepung, baking powder dan gula icing. Kemudian ayakkannya.
  • Kemudian satukan bahan yang diayak tadi dengan serbuk kacang peas, garam.
  • Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang boleh dibentuk (kalau doh sudah boleh dibentuk tak perlu masukkan minyak hingga habis).
  • Terap dengan acuan yang digemari, gliskan dengan kuning telur di atas biskut.
  • Bakar selama 20 minit dengan suhu 170 celsius.
  • Bila sudah masak sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
*sejukkan biskut dahulu baru alihkan dari dulang bakar, sebab kalau masih panas biskut mudah pecah.
*pastikan juga telur yang diglis atas biskut tidak meleleh sebab nanti biskut akan melekat dan susah nak dialih dari dulang bakar.

Selamat mencuba.

Monday, July 15, 2013

Tart Bunga

Hollaa...selamat berbuka puasa
Kita sambung cerita tentang kukis lagi. Kali ini cikNor pos resepi tart bunga yang sedap rasanya dan menawan rupanya.

Resepi ini cikNor dapat daripada kak Nor Secubit Garam. cikNor memang penggemar tart gulung tapi nak membuatnya amatlah 'bercinta' sebabnya nak menekan tepung tu sampai sakit-sakit jari dibuatnya...so dalam duk 'mengoogle' tu terjumpalah tart bunga yang menawan di blog kak Nor...alhamdulillah, terima kasih kak Nor sudi kongsi resepi. Bersemangat cikNor nak membuatnya sebab yang ini kompem tak sakit tangan pastu cumel lak tu..."saya suka...saya suka!!!" - intonasi macam Mei Mei dalam citer Upin Ipin taw...hehehe

Sedap sangat tart bunga ni...pastrinya pun tak berapa manis so bila lawan dengan inti nanas tu, hurmm...mabeles beb!
kak Nor, minta izin share resepi yer (^_^)

TART BUNGA
Sumber : kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan:
250 gm butter
2 sdb gula kastor
2 sdb minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sdb tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam - anggaran 1/4 sdt
jem nanas secukupnya - bulat-bulatkan sebesar syiling 10 sen
*3 1/4 cawan tepung gandum - kalau nak buat tart gulung
*3 3/4 cawan tepung gandum - kalau nak buat tart bunga
- kalau nak buat tart bunga masukkan tepung sedikit demi sedikit, agak-agak doh sudah boleh dicanai dan dibentuk berhenti masukkan tepung. Kalau terlebih tepung, doh akan jadi keras nanti bunga akan patah semasa dimasukkan dalam paper cup.

Hiasan :
1 biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sdt air
- bancuh sebati

Cara-caranya :
  • Panaskan oven suhu 180 celsius selama 15-20 minit.
  • Tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung diayak.
  • Pukul butter dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam...pukul hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang boleh dibentuk.
  • Rehatkan sebentar (15 minit).
  • Terap dengan acuan bunga, masukkan dalam paper cup. Tekan sikit supaya berlekuk bahagian tengah bunga.
  • Letakkan jam nanas di tengah-tengah pastri.
  • Bakar selama 20-25 minit, suhu 180 celcius (bergantung pada oven masing-masing)
TIPS untuk dapatkan glis telur yang cantik atas tart 
- bakar separuh masak kemudian sapu dengan kuning telur, bakar lagi hingga masak sempurna. 
Ini tart bunga yang belum dibakar dan diglis telur. Letakkan paper cup dalam acuan / loyang muffin supaya paper cup tidak kembang semasa proses membakar.

P/S - cikNor terlupa nak snap gambar acuan yang cikNor guna...nanti ler esok cikNor upload yer.

HAPPY BAKING

Sunday, July 14, 2013

Biskut Cheese Cadbury

Holla...
Tak boleh ngomel panjang...banyak agenda yang nak dilunaskan untuk hari ini. 
Straight to the point, cikNor nak share kukis raya untuk kawan-kawanku sekalian. Kukis ni boleh kategori kukis yang agak mewah jugak sebab kos nak membuatnya agak lumayan...huhuu...
don't worry, rasanya memang sedap jadi berbaloi jugak kalau berbelanja besar untuk menikmatinya...sumpah tak nyesal punya...hehee
Resepi kukis ni cikNor dapat dari SINI
Terima kasih kepada tokeh biskut tu sebab tak kedekut pun untuk share resepinya, siap ada step by step untuk membuatnya.  Moga rezeki beliau akan berlipat ganda lagi...insyaallah...


BISKUT CHEESE CADBURY
Sumber: Eryna Bizkitz

Bahan :
180 gm mentega
80 gm shortening
70 gm cream cheese
90 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sdb esen vanilla

Bahan B :
400 gm tepung gandum
80 gm tepung jagung

Bahan C :
1 balang coklat Cadbury (100pcs)

Cara-cara :
  • Pukul bahan A hingga creamy.
  • Masukkan bahan B, gaul sebati hingga jadi doh.
  • Rehatkan dalam peti ais 15 minit.
  • Terap / potong mengikut saiz coklat Cadbury.
  • Kemudian susun coklat Cadbury atas biskut.
  • Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 140c, guna api bawah sahaja. 
Selamat Mencuba