villakamimicasamawar

Showing posts with label resepi sedap. Show all posts
Showing posts with label resepi sedap. Show all posts

Monday, May 7, 2018

Kuih Lapis Gula Merah

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Holla...

Hai, hangpa...hari ni maraton update blog ✌...hehehee...

Jom makan kuih lapis, Selalu kita makan kuih lapis kaler merah putih tapi kali ni kita buat kuih lapis gula merah.  Sedap tau, rasa macam dodol dak danial kata...yer kot sebab rasa lemak manis gula merah kan.  Yang pasti memang cik Nor suka sangat rasa kuih lapis ni lembut, lemak manis dan wangi baunya... terima kasih kepada tuan punya resepi, AZLINA @ TERMINAL HIJRAH.

Bahan-bahannya pun sangat mudah, jadi rugilah kalau tak cuba buat kan...


KUIH LAPIS GULA MERAH
Loyang 8x8 inci / 9x9 inci

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat (cik Nor guna santan KARA)
2 cawan air

Bahan B
2 cawan air
1 1/4 cawan gula kastor
1/2 sdt garam halus
2 helai daun pandan
----masak semua bahan hingga gula larut, kemudian sejukkan.

Bahan C
1 cawan gula merah
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
----masak semua bahan hingga gula larut, kemudian tapis dan sejukkan.

Bahan D
1/2 cawan santan pekat (santan KARA)

Cara-cara:

  • Satukan Bahan A, masukkan Bahan B.  Kacau hingga sebati. (kemudian cik Nor tapis supaya adunan tidak berketul-ketul).
  • Bahagikan adunan tersebut kepada 2 bahagian, pastikan sama banyak.
  • 1 bahagian dicampurkan dengan Bahan C, kacau sebati.  1 bahagian lagi campur dengan Bahan D, kacau sebati.
  • Sapu loyang dengan sedikit minyak, kemudian lapik dengan plastik.
  • Masukkan adunan gula merah, kukus 7 minit.
  • Lapiskan pula dengan adunan santan (putih), kukus 7 minit.
  • Ulang proses melapis hingga adunan habis (warna putih bahagian atas sekali).  Kukus selama 20 minit untuk lapisan yang terakhir.
**TIPS**
untuk dapatkan permukaan yang licin dan cantik serta tidak berair selepas siap mengukus, buka penutup periuk pengukus kukus lagi 7-10 minit tanpa menutup periuk kukus.



Kene tunggu betul-betul sejuk supaya kuih lapis cantik apabila dipotong.  
Biasanya kalau nak minum petang cik Nor akan buat awal pagi.  
Kalau nak makan untuk sarapan opkos ler kene buat di malam hari.

Mutu gambar kurang memuaskan...kurang cahaya kot tu pasal nampak blur

Sudah sejuk...marilah kita potong.  


Elok jer beratur...jom makan!

Resepi ni sangat-sangat menepati citarasa cik Nor.  Boleh la buat koleksi menu bulan puasa untuk hantar kat umah jiran sebelah.  Rare sebab kat Bazar Ramadhan Jerantut tak ada jual kuih lapis gula merah ni...hehehee...

Selamat mengukus...HAPPY COOKING! πŸ˜‰

Kaya Ball

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Holla...

Hai, hangpa! 😎  Alahai...rupanya banyak entry dalam draft. punya la lama tak bersiaran di sini. Nak make over rupa blog pun tak berapa sempat lagi...dulu banyak sangat masa make up-make up blog sekarang ni kalau dapat update entry pun dah rasa macam nak lompat bintang😁

Okay kita nak save resepi Kaya Ball tapi buat guna acuan bahulu cermai versi cik Kesuma #jangankecamsaya πŸ˜…...boleh lah kan, rupa tak sama janji rasa sama...hahaha
Comel kan kaya ball kita...hikhikπŸ˜„
KAYA BALL

Bahan-bahan:
250 ml susu cair
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula icing
1 sdt yis
1/4 sdt garam halus
2 biji telur
1 sdt esen vanilla
60 gm butter cair

Filling - kaya / peanut butter / coklat

Cara-cara:

  • Tepung, yis, gula, garam disatukan.
  • Masukkan telur, susu kemudian gaul sebati.
  • Rehatkan adunan 1 jam.
  • Kemudian masukkan butter cair gaul hingga sebati.  Rehatkan 5 minit.
  • Panaskan acuan, sapu minyak.
  • Sudukan sikit adunan letak inti tutup inti dengan sedikit adunan.  Tutup acuan dengan penutup tungga hingga masak.
  • Kalau sudah masak bolehlah keluarkan dari acuan.
  • Ulang proses yang sama hingga habis adunan. 


Masukkan sedikit adunan, letakkan inti.

Masukkan sedikit lagi adunan sampai menutupi inti.

Tutup acuan dengan tudung periuk.
(Kebetulan tudung periuk ni ngam-ngam dengan acuan).

Bila dah masak bolehlah keluarkan kaya ball tu daripada acuan.
No worries senang nak keluarkan, cungkil guna lidi sate jer.


Okay dah keluar pun...nampak sedap kan πŸ˜‹


Guna acuan kiut tu memang dapat banyak sangat...makanlah sampai lebam...hahahaa...


Itu inti dalamnya.  Inti ni ikut sukalah nak guna kaya ke, coklat ke atau peanut butter...semuanya sedap. Tapi kalau kanak-kanak riang memang coklat lah yang menjadi pujaan hati.

Yang ini kita masukkan ke dalam tupperware untuk dibawa ke rumah bonda tersayang...

Okay selamat memasak.  HAPPY COOKING! πŸ˜‰

Limpa Masak Jintan Cara Philips Pressure Cooker

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Holla...

Hai, hangpa...jom kita masak-masak guna PPC a.k.a. Philips Pressure Cooker.  Malas nak merepek sangat lah kali ni pasal dah banyak entry tertunda...(xmau cakap pasaipa sebuk sangat, klise...hahaha)

Limpa masak jintan, menu favourite encik Shuben terchenta ni tau. Jom kita semak resepi.



LIMPA MASAK JINTAN

Bahan-bahan:
400 gm limpa (potong kiub cuci bersih, toskan)
2 sdb jintan manis*
1 inci halia*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
sedikit kunyit hidup / boleh juga kalau nak guna serbuk kunyit*
8 tangkai cili padi (kalau nak pedas boleh tambah)*
1 sdb sos titram
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
sedikit gula
minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut (optional)

Cara-cara:
  • Kisar semua bahan bertanda *
  • On kan PPC, guna mode BAKE pilih Chicken / Fish, panaskan minyak.
  • Bila minyak sudah panas tumiskan bahan kisar, masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan limpa gaul supaya rempah menyalut limpa. Masukkan 1/2 cawan air. Tutup PPC, pusing tombol ke arah SEAL.  Pilih mode Bean / Tendon, tekan KPT set masa 45 minit. Kemudian tekan START.
  • Bila bunyi beep, tunggu sekejap. Bila dah release pressure baru buka penutup.
  • Kemudian guna mode BAKE pilih Chicken / Fish, tekan START.  Masukkan air asam jawa, garam, gula dan sos tiram.
  • Masukkan daun limau purut kemudian masak hingga kuah pekat. 


Guna function BAKE untuk menumis.  Boleh jer nak pilih Fish atau Chicken sebab just nak menumis.
Tumis sampai wangi dan pecah minyak.


Masukkan limpa kemdian gaul rempah hingga menyaluti limpa.

Masukkan 1/2 cawan air.

TARAaaaa...dah siap! Dah boleh makan dengan nasi panas atau makan dengan ketupat, lemang.

Selamat mencuba.  HAPPY COOKING! πŸ˜‰πŸ˜‹

Saturday, July 22, 2017

Roti Jala

Assalamualaikum wbt...
Holla semua!

cikNor nak share resepi roti jala kakak ipar cikNor sebab roti jalanya sedap dan lembut walaupun hingga ke petang hari dik non yer. Resepi yang cikNor share ni untuk 1kg tepung gandum.  Sesuai la kalau nak buat jamuan makan-makan dengan kawan-kawan atau jiran-jiran tetangga atau pun gang ahli mesorat tingkap...hehehee #sayasayangkawansaya #sayasayangjiransaya ;-)

ROTI JALA

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 sdt garam
1 sdb marjerin - cairkan
1 sdb minyak jagung
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
Air secukupnya (lebih kurang 4 cawan air)

Cara-cara:

  • Satukan kesemua bahan kacau rata dengan whisk kemudian masukkan ke dalam blender, blend hingga sebati.
  • Masukkan adunan dalam botol / acuan roti jala.
  • Panaskan kuali leper (guna yang non-stick lagi bagus sebab tak perlu sentiasa sapu minyak).
  • Oleskan dengan sedikit minyak.
  • 'Jalakan' adunan atas kuali masak hingga roti jala lekang sendiri daripada kuali, angkat dan gulungkan ia.

cikNor 'jalakan' macam tu, ada orang jalakan pusing-pusing macam bentuk bunga...
cikNor suka buat jala petak-petak macam tu sebab lagi cepat dan kemas cantik bila digulung.

Kawan roti jala sudah semestinya kari...yang tu kari ayam. 

KARI AYAM

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong kecil
3 biji ubi kentang dibelah empat
1 kotak kecil santan (cikNor guna KARA, kalau nak guna santan segar pun boleh)
1 1/2 cawan air
2 labu bawang besar - kisar
1 in halia - kisar
3 ulas bawang putih - hiris tipis
4 ulas bawang merah - hiris tipis
3 tangkai daun kari
1 peket kecil rempah kari daging
2 biji tomato belah empat
1 sdb kerisik
2 in kulit kayu manis
1kuntumbunga lawang
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan kemudian masukkan bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari.  Tumis hingga garing dan wangi.
  • Kemudian masukkan bahan yang dikisar dan rempah kari dan tomato, masak hingga garing dan wangi.
  • Masukkan ayam, kentang, santan dan air.
  • Perisakan dengan garam.
  • Masak hingga hingga ayam dan kentang empuk. 

Jom makan...

Monday, October 31, 2016

Asyura Kedah

Assalamualaikum wbt...
Holla...

Jom masak asyura Kedah pulak. Family cikNor Utara-Selatan jadi untuk berlaku adil kita buatlah dua-dua versi.



ASYURA KEDAH

Bahan-bahan:
2 cawan beras (rendam semalaman, toskan dan kisar)
1 cawan tepung beras (cap bunga teratai)
2 cawan gula merah - masak dengan 2 cawan air kemudian tapis
6 cawan air
5 biji pisang awak - potong kecil
1/2 biji labu - potong dadu
1/2 kg santan pekat
1 biji keledek oren - potong dadu & rebus empuk
1 biji keledek putih - potong dadu & rebus empuk
1 tin jagung
1 1/2 cawan kacang hijau - rendam kemudian rebus empuk
1 cawan kacang merah - rendam kemudian rebus empuk
3 helai daun pandan
sedikit garam
*bahan campuran atas pilihan masing-masing.  cikNor letak yang cikNor suka jer...hehehee

Cara-cara:

  • Satukan beras kisar, tepung beras, air dan santan.  Kacau bahan tersebut sebati.
  • Kemudian masak atas api. Masukkan gula merah dan daun pandan. Campuran tersebut hendaklah sentiasa dikacau.
  • Masukkan garam dan teruskan kacau hingga meletup-letup.  Kemudian masukkan ubi dan semua kekacang tadi.  Terus kacau adunan tersebut hingga benar-benar masak.
  • Terus kacau hingga adunan menjadi kental anggaran 1 1/2 - 2 jam.
  • Tuangkan asyura dalam bekas dan sejukkan.
*cikNor suka makan yang panas-panas...nyumm...nyummmm


First time buat, jadi masa tengah masak tu sambil ber-whatsApp dengan mak sedara cikNor kat Kedah tanya macam mana nak tau asyura dah masak...hahahaa, memasak secara PJJ.
Katanya kalau dah macam nampak pekat dan bila dikacau tak lekat di kuali tu tandanya da masak...


Siap masak cikNor sejukkan dalam bekas-bekas tu, macam biasa hantar kat jiran-jiran dan kawan-kawan terdekat.  Bekas kaler merah tu cikNor bawa ke tempat kerja, belanja kawan-kawan sekerja. Untuk diri sendiri cikNor amik 1 bekas kecik jer...sebab bukan nak makan banyak sangat pun just lepaskan rasa teringin jer.  Yang pasti masa baru angkat panas-panas tu cikNor da makan (^_^)

P/S - pastikan keadaan fizikal tangan kuat nak buat asyura sebab mengacaunya ala-ala macam nak buat dodol...hehehee
SELAMAT MENCUBA

Asyura Johor

Assalamualaikum wbt...
Holla... (^_^)

cikNor mau share resepi Asyura...suka tak??? heheee...Okay tak nak melalut panjang sebab bukan selalu cikNor dapat update blog, tak mau cakap sibuk / tak de masa / tak sempat atau yang sewaktu dengannya...




ASYURA JOHOR

Bahan A:
4 cawan beras - basuh dan toskan
1 kg daging - rebus seketika dan buang buih-buih hitam di permukaan air rebusan (untuk hilangkan bau hanyir lembu)
2 batang lobak merah - potong dadu
2 biji kentang - potong dadu

*beras yang sudah siap dicuci dan tos tu cikNor masukkan dalam slow cooker dan masak hingga kembang. Kalau tak ada slow cooker boleh jer masak dlm rice cooker cumanya kena jaga la sikit sebab takut melimpah.

*apabila beras tersebut sudah kembang pindahkan ke dalam periuk yang lebih besar dan masukkan daging yang telah direbus tadi bersama air rebusannya.

*ataupun boleh terus tanak nasi dalam periuk besar.

Bahan B:
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih
2 inci halia
1 sdb lada sulah
(satukan semua bahan tersebut kemudian kisar halus)
2 batang lobak merah - kisar halus
3 batang celery - kisar halus
2 batang leak - kisar halus

Bahan C:
4 sdb rempah sup
3 sdb rempah kurma
3 sdb rempah briyani
1 cawan air panas
(satukan semua bahan, biar seketika supaya rempah kembang)

Bahan D:
1 liter santan (cikNor guna santan kotak)
3 biji bawang besar - hiris
Sedikit garam
1 sdt perencah secukup rasa Maggi
Rempah tumis secukupnya (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
Minyak untuk menumis

Bahan tabur:
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Telur dadar dihiris tipis

Cara-cara:

  • Nasi dan daging dimasak dengan api perlahan.  Masukkan lobak merah dan kentang yang telah didadu.
  • Panaskan minyak di dalam kuali kemudian masukkan rempah tumis dan bawang besar. Tumiskan bahan tersebut hingga bangkit baunya.
  • Kemudian masukkan Bahan B, masakkan hingga pecah minyak seterusnya masukkan Bahan C.  Masak kesemua bahan tersebut hingga rempah tersebut garing.
  • Apabila telah garing tuangkan ke dalam periuk berisi nasi tadi, kacau supaya rempah tersebut sebati dengan nasi.
  • Masukkan santan dan perisakan dengan garam dan rempah secukup rasa Maggi. Masak hingga mendidih.
  • Apabila kentang, lobak merah dan daging telah empuk bolehlah dimatikan apinya.
  • Hidangkan dengan taburan bawang goreng, daun sup, daun bawang dan telur dadar.
Bahan tabur - daun sup, daun bawang, telur dadar & bawang goreng.


Dapat 1 periuk 1 kuali, sebab malas nak cari periuk besar . Lagi pun 2 bekas tu non-stick jadi tak de la risau hangit atau berkerak kat bawah.  Heheee...nak mudah jer kannn...


Yang dalam bekas-bekas tu cikNor hantar kat jiran-jiran dan kawan-kawan terdekat. Alhamdulillah, dorang kata sedap dan first time makan sebab biasanya asyura negeri Pahang macam lain, manis dan berempah.  Insyaallah...nanti cikNor share resepi asyura Pahang pulak.


P/S- ini resepi original cikNor jadi cikNor sendiri tak pasti kalau Johorian yang lain masak asyura bagaimana...#jangankecamsaya #sharingiscaring

SELAMAT MENCUBA 
DAN
SELAMAT MENJAMU SELERA.


Roti Kerca

Assalamualaikum wbt...
Holla...


ROTI KERCA

Bahan Roti:
1/2 kg tepung gandum
3 biji telur
1/4 sdt garam
4 cawan air
sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning (optional)
minyak untuk sapu pada kuali

Cara-cara:
  • Satukan semua bahan kemudian blend halus supaya tiada ketulan.
  • Panaskan kuali non-stick, sapu sedikit minyak, kemudian sendukkan adunan tepung dalam kuali, lenggangkan supaya nipis sekata.
  • Biarkan seketika hingga masak (tak perlu terbalikkan) kemudian angkat dan gulungkan macam kuih ketayap.


KUAH

Bahan-bahan:
400g daging / ayam cincang
1 kotak kecil santan
3 cawan air
30g rempah kari daging
4 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 cm halia - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
10 ulas bawang merah - kisar
200g tomato puree
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi kemudian masukkan bahan yang dikisar masak hingga garing.
  • Kemudian masukkan rempah kari dan letak sedikit air, masak rempah hingga berbau harum dan pecah minyak.
  • Masukkan daging / ayam cincang dan tomato puree masak hingga terbit minyak kemudian masukkan santan, air, garam dan gula secukup rasa (air boleh dimasukkan mengikut kepekatan yang diingini).
  • Masak hingga mendidih dan pekat kemudian bolehlah dimatikan api.

Hiasan / Tabur:
Daun sup - hiris halus
Bawang goreng

Cara Menghidang Roti Kerca:
  • Roti yang digulung tadi dipotong serong.
  • Letak roti yang telah dipotong kemudian siramkan dengan kuah.
  • Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Tips bawang goreng rangup:
*gunakan bawang merah ros (kalau di pasar raya ada banyak jenis bawang merah jadi pilih yang tulis bawang merah ros, biasanya mahal sikit daripada bawang merah lain).
- bawang merah dihiris tipis kemudian gaul dengan sedikit tepung jagung.
- panaskan minyak goreng hingga kuning, angkat toskan.
- sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.



 Ini roti kerca kuah banjir...heheee...


SELAMAT MENCUBA (^_^)

Tuesday, January 6, 2015

Sotong Goreng Sos Tiram

Assalamualaikum,
Holla...

Jom masak sotong pulak...sempoi-sempoi jer.
Eeee...tapi suami saya bukan encik sotong yer (^_^)
Kalau nak bagi sotong tu nampak putih jelita cam gambar tu korang buangkan kulit sotong 
masa bersihkan sotong tu...BARULAH PUTIHhhh!!!! heheee
Ni resepi senang tahap gaban tau...don't worry rasanya pun sedap maa...

BAHAN-BAHAN : 
300 gm sotong - cuci bersih 
1 biji cili merah - potong serong
5 biji cili padi - potong serong
1 labu bawang besar kuning - potong baji
1 inci kunyit - racik halus
3 sudu besar sos tiram

Cara-cara :
  • Didihkan secawan air, celur sebentar sotong. Angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak, tumis kunyit hingga garing kemudian masukkan sotong.
  • Goreng sotong sebentar, masukkan bawang besar, cili besar dan cili padi. Kemudian masukkan sos tiram gaul sebati.
  • Tutup api, angkat dan sedia dihidang.
* Kalau perlu masukkan garam tapi cikNor tak letak garam sebab masin sos tiram sudah memadai.

Senangkan...sekejap jer dah siap.

I CAN COOK SO YOU CAN COOK TOO!!!
hehee... tetiba lak speaking London kannn...

Sunday, January 4, 2015

Buttermilk Pancake

Assalamualaikum,
Holla...

Jom kita sarapan pancake. cikNor memang tak pernah buat pancake sebelum ni jadi memang kena refer pakcik Google la jawabnya.  Jumpa banyak resepi pancake...hurmmm...tapi tak tahu yang mana 1 cikNor nak cuba...kompius mokcik...

Lastly jatuh centa dengan resepi yang Izzah Muffin Lover shared di blognya.  Thanks ya Izzah. cikNor teruja nak mencuba resepi Izzah sebab dea gantikan susu dengan buttermilk, pada cikNor biasanya kalau resepi kek yang guna buttermilk memang sedap jadi pancake ni pun mesti sedap sebab menggunakan buttermilk...gitu erkk, teori cikNor (janganlah gelak dengan teori AI ni tau...)

Kompem...memang sedap, betullah teori AI tu...terasa lemak susunya
PANCAKE BUTTERMILK
Sumber : Izzah
1 cawan tepung gandum
1 sdb baking powder
3 sdb gula pasir
1 cawan buttermilk
1 biji telur 
1 sdt esen vanilla
2 sdb butter (cairkan)
1/4 sdt garam

Cara-cara:

  • Telur dan esen vanilla dipukul sedikit (tak perlu sampai kembang).
  • Masukkan garam, gula dan butter ke dalam adunan telur kacau sebati kemudian masukkan buttermilk, kacau-kacau.
  • Tepung dan baking powder dicampur - ayak (cikNor tak ayak pun just campur kedua-dua bahan tu kemudian gaul  dengan sudu jer...) 
  • Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau hingga habis. Kacau guna whisk lagi mudah sebab adunan sebati elok tak de ketul-ketul.
  • Rehatkan adunan 15-30 minit (cikNor rehatkan 10 minit jer...tak sabar...)
  • Panaskan pan non-stick, sendukkan adunan di tengah-tengah pan tunggu hingga timbul buih-buih dan nampak kering terbalikkan, lebih kurang 3 minit angkat.

Cara Buat Homemade Buttermilk :
1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka (cikNor guna cuka epal)
- biarkan campuran tersebut 10 minit sebelum digunakan.
*Kalau tak nak guna buttermilk boleh gunakan susu segar.

cikNor letak 1 senduk adunan di tengah-tengah pan kemudian biarkan adunan meleleh.
Tunggu hingga keluar buih-buih cam gambar tu, biarkan kering sikit baru terbalikkan.
Guna api perlahan tau. 
Lebih kurang macam ni ler... 
Angkat susun dalam pinggan cam ni...don't worry pancake ni tak melekat.
Boleh makan dengan madu / nutella / peanut butter / susu pekat manis / jam atau yang sewaktu dengannya...(cikNor suka dengan crunchy peanut butter...yummylicious)

JOM MASAK!

Tuesday, October 9, 2012

Lontong Goreng

Happy morning sume...
kuatkan semangat untuk meng-update belog, sume ahli rumah dah ZZZzzz...
tak mo citer panjang straight to the point.
 
"Pernah tak makan lontong goreng?"
Kalau tak pernah ini cikNor perturunkan resepi my mommy in-law.  Biasanya kalau di Johor lontong dimakan dengan kuah lodeh.  (tau tak macam mana rupa lontong??? Sebenarnya lebih kurang macam nasi impit tapi dibalut dengan daun pisang bentuk silinder macam lemang....) boleh KLIK disini untuk tengok rupa lontong.
Apa yang bestnya kalau kuah lodeh dah abes tapi lontong masih banyak lagi ia boleh diolah menjadi resepi lain pulak - kira macam recyle gak la :)
Kuantiti bahan boleh di-up sekiranya lontong ada banyak. Bahan-bahan yang cikNor kasi ni untuk 2 batang lontong (kalau dah potong kiub lebih kurang 500gm kot).

Bahan-bahan :
500gm lontong
2 keping tahu (kalau nak sedap guna tahu lembut 2 keping RM1.60- mahal sikit dari tahu biasa)
16 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit taugeh
sedikit daun kucai
sedikit kobis manis (saiz lebih kecil daripada kobis biasa tapi rasanya lebih sedap)
2 biji tomato
garam
minyak untuk menumis
sotong
udang
daging / ayam
sos tiram

Cara-cara :
  • cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dikisar.
  • tomato dibelah 4, kobis dihiris kecil-kecil, daun kucai dipotong anggaran 1- 2 inci,
  • tahu dibelah 6.
  • panaskan minyak, goreng tahu sampai kekuningan - angkat.
  • dalam minyak yang sama tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • masukkan daging / ayam, sotong dan udang...biarkan hingga ia masak, kemudian masukkan garam - anggar sendiri yer :)
  • masukkan tomato  yang dibelah tadi.
  • bila semua bahan tersebut mesra masukkan lontong kacau rata. Masukkan tahu goreng, sos tiram dan gaul hingga semua bahan tadi mesra-mesraan gitu.
  • masukkan pula semua jenis sayur gaulkan rata-rata kemudian matikan api - tak perlu lama supaya sayur-sayur tadi tidak lodoh.
  • dah boleh nyumm, nyumm...

Kalau tak ada lontong, lebihan nasi impit atau ketupat nasi pun boleh jugak...
Glosari
lodoh -
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat muka surat 950 lodoh bermaksud hancur (kerana terlalu lama dimasak)

p/s - macam belajar bahasa la pulak...hehe