villakamimicasamawar

Showing posts with label lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk-pauk. Show all posts

Wednesday, December 4, 2019

Ayam Pak Kassim


Assalamaualaikum semua.

Holla! 

Lama sungguh tak bersiaran. Rasanya ni first entry dalam tahun 2019.  Kalau kata rumah kompem la habuk, bersawang segala mak neka penuh dah ni...

Nak mengarang pun dah rasa macam kekok jer...hehehe...jadi kesimpulannya tak payah lah kita buat karangan macam students spm jawab soalan kertas penulisan kan. Straight to the point kita nak share resepi yang super-duper simple gitu. Resipi ni kalau korang rasa tahap kemalasan korang tu berada di paras maksima amat sesuai la.  Sebab apa tau kita kata sesuai untuk orang malas, sebab korang tak payah nak sediakan bawang, serai atau halia.  walaupun bahan-bahan tu tak perlu dalam resipi ni tapi rasanya tetap kebabooom sedap tau.  Korang boleh guna daging, udang, ketam atau sotong...mabeles sedap weiii...Try la kalau tak percaya.

Nama resipi ni Ayam Pak Kassim, aduhai nape pulak Pak Kassim erkk...adakah kerana kita telah meng-kidnap ayam yang Pak Kassim bela??? Ohhh...tidak...tidak sama sekali, ayam Pak Kassim tidak terlibat dalam menu kita ni.

Sebenarnya ini adalah resipi makcik kita tau, dia pun dapat daripada saudara sebelah suaminya yang bernama Pak Kassim.  Pakcik kita orang Kampung Baru maybe la Pak Kassim ni pun asal dari Kampung Baru jugak kot sebab sedara kann. Pak Kassim ni tukang masak kat rumah kenduri so dia selalu la buat masakan ni kat rumah kenduri. Kat kedai tak der tau menu ni, korang tak payah cari la. Kecuali kalau satu hari nanti aku bukak restoren...hahahaaa

Kata tak nak buat karangan tapi intro macam panjang jer...


AYAM PAK KASSIM

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - (potong kecil kemudian letak garam dan kunyit goreng separuh masak, jangan garing nanti keras)
1 cawan cili kisar
1/4 cawan sos tomato
1/2 cawan kicap pekat (saya guna kicap manis Kipas Udang)
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
4 tangkai daun kari
1 sudu besar gula (saya tak letak sebab kicap yang saya guna tu dah sesedap rasa)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  • Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat, air dan daun kari.
  • Kemudian masak hingga mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  • Masak hingga pekat dan bahan tumisan tadi bersalut elok pada ayam.
  • Dah siap...


Sesuai makan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi biryani, nasi hujan panas atau dengan pulut.
Nak makan dengan nasi impit, ketupat, lemang pun sesuai.

Terima kasih pada Pak Kassim dan my makcik sebab kasi resipi yang simple tapi sedap.
Try tau!

Sunday, December 20, 2015

Ikan Bawal Masak Lemak Kencur

Assalamualaikum wbt...
Holla...

Mari masak ikan bawal, owwhh...besenya ikan bawal masak kicap, kari atau goreng kannn...
tapi kali ni cikNor share masak lemak ikan bawal campur kencur.  Apa tu kencur??? Kencur tu cekur...yang daunnya wangi tu. Selalu diguna dalam masakan Jawa. Kencur mempunyai ubi macam kunyit...baunya pun wangi jugak.  ubinya pun boleh diguna dalam pelbagai masakan Jawa atau 
dibuat jamu.

Macam mana rupanya kencur ni???  Boleh tengok pada post cikNor yang terdahulu. Sila klik KENCUR

Silalah cuba, memang sedap tau...serius sedap!!!
encik Shuben makan menambah-nambah kalau cikNor masak cam gini...


IKAN BAWAL MASAK LEMAK KENCUR
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal sederhana besar (dipotong 3)
3 helai daun kencur (cekur)
1 batang serai
1 labu bawang besar merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
6 biji belimbing buluh
15 tangkai cili padi  (ikut kepedasan masing-masing)
240 ml santan kotak
1/2 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:

  • Ikan bawal dibersihkan kemudian lumur garam dan kunyit, goreng hingga masak. Ketepikan.
  • Bawang besar merah, bawang putih, kunyit, cili padi dikisar lumat. 
  • Panaskan minyak, serai diketuk kemudian tumis dalam minyak diikuti dengan bahan kisar. Masak hingga harum.
  • Masukkan santan dan air.
  • Gelekkan belimbing buluh kemudian masukkan ke dalam kuah. 
  • Masukkan garam, masak hingga mendidih.  Kemudian masukkan ikan bawal yang digoreng tadi.
  • Hiriskan daun kencur dam masukkan ke dalam kuah...kacau sebentar, kemudian matikan api.
* tak perlu masukkan asam keping atau asam jawa sebab belimbing buluh dah cukup masam tau.

Selamat mencuba. 

Saturday, November 23, 2013

Sambal Tahun

Assalamualaikum...
holla...cuti yang menggumbirakan...
Jom sharing menu kampung yang menjadi kesukaan cikNor. Menu ni boleh ditemui di Jengka 10...kat Jengka lain cikNor tak tau ler...heheee...(kat Wilayah Jengka ada 25 Jengka...jadi tak pastilah di semua Jengka boleh tak jumpe menu ni). 
Sambal Tahun...Mommy cikNor rajin jugak masak sambal tahun ni, nak-nak pulak time dia trimmed  pokok lengkuasnya. Bahan utama sambal tahun ini adalah LENGKUAS...hehee...mesti tak percaya kan??? Sedap ke??? Of course darling...sedappp !!! Lagi pedas lagi sedap.
Hurmmm...kenapa namanya sambal tahun erkk??? Namanya sambal tahun sebab ia tahan lama...maksudnya lagi banyak kali dipanaskan lagi sedaplah rasanya...dan lagi lamalah jangka hayatnya. Sambal tahun sedap dimakan dengan nasi putih atau dengan lemang dan nasi impit...cubalah...

SAMBAL TAHUN
Bahan-bahan :
500 gm lengkuas
1 mangkuk cili padi (kalau nak kurang boleh jugak tapi lagi pedas lagi sedap tau, yer lah namanya pun kan sambal gitu...mestilah kena pedas dik non kan...)
sedikit ikan bilis
2-3 keping asam keping
2 cawan santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit (kalau nak guna kunyit hidup pun boleh...nanti tumbuklah yer)

Cara-caranya :
1)  Bersihkan lengkuas.
 2) Cuci dan buangkan tangkai cili padi.
3) Lengkuas yang sudah dibersihkan, racik lengkuas macam gambar tu.
4) Rebus lengkuas dan cili padi hingga lengkuas menjadi lembut (cikNor rebus dalam rice cooker, cepat lembut.)

5) Kemudian masukkan lengkuas dan cili padi ke dalam periuk lain (kalau guna rice cooker masa rebus) bersama-sama santan, asam keping, ikan bilis dan kunyit.

6) Masaklah hingga mendidih dan suaikan rasanya. Bila sudah masak elok boleh matikan api.

TA daaaa...

dah siap SAMBAL TAHUN.
p/s -
1) Boleh jugak letak kerang atau perut dalam sambal tahun ni tapi ikan bilis tetap kena masukkan untuk memberi perasa asli.
2) Kalau kuahnya terlalu pekat semasa dipanaskan boleh juga tambah sedikit lagi santan dan sesuaikan semula garamnya.
3) Resepi ni memang tak ada guna bawang tau...

Friday, November 22, 2013

Ikan Siakap Kukus

Assalamualaikum...
Holla, timbul tenggelam lak cikNor ni yer... (blogger suam-suam kuku lah katakan...hehee...)
Cuti sekolah ni penuh jugak aktiviti cikNor rupanya, online sppbs itu sudah semestinya tu belum campur dengan segala macam e- yang nak kene update...bosan jugak sebab bila nak online portal macam-macamlah kejadiannya, server under maintenance...huhuu...
Satu jer yang cikNor suka...membaking...

Sebelum kita tengok resepi kali ni jom layan cuppies dan kek hantaran yang cikNor buat minggu ni...



SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT CDA dan KHAIRUL ANUAR...moga kekal ke akhir hayat. Terima kasih order kek dan cuppies daripada cikNor. Kalau nak tahu Khairul Anuar tu bekas anak murid cikNor semasa sekolah rendah...hurmmm...dah kahwin pun...tak lama lagi ada cucu ler cikNor...hahahaa...

Oke, mari kita jamu mata dengan menu ringkas cikNor...Ikan Siakap Kukus. Sangat sedap dimakan semasa masih panas. Ini resepi "campak-campak" jer, bahan-bahannya pun yang mana ada dalam peti ais jer. Kalau nakkan ikan kukus yang sedap pastikan ikan betul-betul segar...


IKAN SIAKAP KUKUS
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (pastikan ikan segar yer dik non...)
2 inci halia muda (cikNor suka banyak halia kalau masak kukus...hilangkan bau hanyir ikan)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (potong bebaji)
2 batang serai (hiris serong)
sedikit cili padi (hiris serong)
sedikit bunga kobis
sedikit lobak merah
4 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar
1 sudu besar sos ikan
sedikit garam

Caranya :

  • ikan dibersihkan kemudian kelar-kelarkan dan lumurkan dengan sedikit garam
  • masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai untuk kukus.
  • letakkan semua bahan-bahan di atas kecuali daun ketumbar.
  • kukuslah selama 20 minit atau hingga masak, sebelum angkat masukkan daun ketumbar biarkan sekejap.
  • angkat dan perahkan limau nipis sebelum dihidang.
*cikNor kukus guna microwave...jadi masukkan semua bahan, setting bahagian steam set masa 20 minit...wallahhh...selepas 20 minit ikan masak elok, sayur-sayur tu pun segar dan tak lodoh.

Selamat mencuba...jom masak ikan kukus (^_^)


Tuesday, July 16, 2013

Ikan Cencaru Sumbat Bersama Air Asam Tomato

Hollaaa...
Menu berbuka puasa pulak kali ini, kita masak ikan...panjang pulak tajuk menu hari ini macam nama masakan barat pulak...hehee
Simple jer yang penting senang dimasak, sedap dimakan. "Kita menggunakan teknik KUKUS, GRILL, PANGGANG, KUKUS, GRILL, PANGGANG dan KUKUS..." acah jer...hehehee
Actually...ceh wahh, tercakap orang puteh lak...sebenarnya kan, cikNor bakar ikan ni guna microwave Panasonic yang macam iklan chef Zubir tu...hahaa...

Ini resepi bonda ai...jom kita tengok bahan-bahannya.

IKAN CENCARU SUMBAT

Bahan A
2 ekor ikan cencaru - bersihkan, kemudian belah belakang
Sedikit minyak

Bahan B
2 batang serai - hiris tipis
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit - hiris tipis
1/2 inci halia - hiris tipis
garam secukup rasa
4 tangkai cili kering - rebus atau rendam, kemudian tos

Bahan C
1 cawan kelapa parut putih (parut jangan sampai terkena tempurung nanti ada coklat-coklat tempurung pulak)

Cara-cara :

  • Bahan A ditumbuk halus (serius, cikNor memang tumbuk guna lesung tak guna blender pun...maklum ler resepi bonda...hahaa)
  • Masukkan Bahan C tumbuk bersama hingga bercampur elok dan mesra.
  • Kemudian, panaskan minyak...sikit jer minyak tu. Tumis bahan tumbuk, masak lebih kurang 10-15 minit.
  • Angkat, kemudian isi inti sumbat tu ke dalam perut ikan dan belakang ikan. Tekan supaya padat.
  • Bakar selama 30 minit...cikNor guna microwave. Ikutlah nak bakar guna oven atau api gas...mana-mana pun boleh janji ikan tu masak.
IKLAN jap...
Guna microwave panasonic tu ikan bakar memang cantik...tidak terlalu kering...sedang-sedang elok jer. Kalau bakar ayam pun cikNor guna 30 minit juga...masak sempurna. cikNor guna function double grill.
Ini ikan yang sudah disumbat inti tapi belum dibakar lagi sebab nak pose cantik dulu...hahaa
Oke, inilah hasil kejadiannya ikan bakar sumbat tu...bessh, dicecah dengan air asam tomato. Tak nak buat air asam pun tak apa sebab ikan tu sudah berperisa dengan bahan sumbat.
Biasanya kalau ada ikan bakar mestilah kawannya air asam...

AIR ASAM TOMATO

Bahan-bahan :
1 biji tomato - potong dadu
6 tangkai cili padi - hiris-hiris
1/2 labu bawang besar - potong bulat
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa

Caranya :

  • Campur semua bahan, gaul-gaulkan hingga mesra semua bahan...siapp...
Selamat mencuba.

Monday, April 15, 2013

Sotong Masak Sos Tiram

Holla, there...
sudah hampir 2 minggu sekolah dibuka maka bermula kembalilah dunia cikNor
dengan kanak-kanak riang yang comel-comel tu.
Seronok melayan karenah budak-budak Tahun 1 dan 2 tu...macam-macam hal...layan jer lah janji dorang happy dan rajin belajar.
 
Anak murid cikNor tak ramai 12 orang jer satu kelas maklumlah SKM (Sekolah Kurang Murid) - sekolah kampung...jadi cikNor faham benar perangai sorang-sorang tu...
 
Intro pasal budak sekolah la pulak, hehehee...
Oke dear, kali ni cikNor nak berkongsi resepi lauk yang mudah dimasak dan sedap dimakan...
sotong masak sos tiram.
Menu kesukaan family cikNor selain dari sotong goreng tepung dan sambal sotong.
Jom semak bahan-bahannya.


SOTONG MASAK SOS TIRAM
Bahan-bahan :
300 gm sotong
6 tangkai cili padi - tak perlu potong atau tumbuk, biarkan sebiji-sebiji
2 tangkai cili besar - potong serong
1 labu bawang besar - potong bebaji
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 sudu besar sos tiram
1 batang serai - ketuk
1inci halia - ketuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa - kalau perlu, sebab cikNor tak guna garam pun memadai masin sos tiram sahaja
minyak untuk menumis

Cara-cara :
  • bersihkan sotong, buangkan kulitnya dan kelar-kelarkan (macam kat gambar atas tu).
  • celurkan sotong seketika kemudian tos.
  • panaskan minyak tumis bawang putih, serai dan halia hingga wangi.
  • masukkn sotong tadi berserta kunyit serbuk, kacau rata.
  • masukkan asam gelugur, cili besar dan cili padi. Kacau sebentar.
  • kemudian masukkan sos tiram dan bawang besar. Kacau sebentar.
  • matikan api dan sedia untuk dimakan. 
* Tak perlu masak lama sebab sotong sudah dicelur.
* Sotong dicelur terlebih dahulu supaya semasa masak tak ada lagi air sotong keluar.
* CARA cikNor CELUR :
- panaskan sedikit air dalam kuali hingga mendidih, masukkan sotong gaul-gaulkan seketika kemudian angkat dan toskan.
- cikNor akan gunakan cara ini setiap kali masak sotong kecuali sotong goreng tepung.

Selamat mencuba (^_^)

Thursday, March 21, 2013

Kerang Goreng Cili

Holla...
 
Selalunya kalau beli kerang biasanya kita rebus kemudian cicah dengan sambal kicap jer, apa kata kali ni kita tukar selera buat kerang goreng cili pulak. Sebenarnya ini menu favourite family kitaorang. Resepinya simple jer tapi sedap.
Bahan-bahan :
1 kg kerang
2 batang serai ( 1 batang dititik, 1 batang dikisar )
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 biji cili padi ( nak kurang atau lebih terpulang pada tahap kepedasan masing-masing )
minyak untuk menunis
garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
1/2 cawan air

Cara-caranya, sila refer gambar...
  •  Cuci kerang hingga bersih.
  • Toskan supaya kering air.
  • Serai, bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, kunyit dikisar halus.
  •  Panaskan minyak, kemudian tumis serai dan bahan kisar hingga naik bau.
  •  Pastikan bahan tumisan garing dan pecah minyak
  •  Kemudian masukkan kerang yang telah dibersihkan tadi.
  • Gaul supaya rempah tadi mesra dengan kerang. Masukkan air.
  • Masukkan garam, asam gelugur...gaul supaya semua bahan mesra.
  •  Masak hingga air kering.
  • Kemudian masukkan, daun kunyit yang telah dicarik-carik...gaul.
  • Kerang akan terbuka tandanya dah masak...jadi dah boleh makan dengan nasi putih. Kalau nak ratah pun sedap jugak...hehee...
Try lah menu yang mudah dan sedap ni.

Thursday, November 15, 2012

Lala Masak Lemak Cili Padi Berempah

Lalalalalala...
Bila en Hubby bagi taw dia beli lala...cikNor terbayangkan alahai keciknya lala,
tak rasa excited nak makan pun...
en Hubby minta masakkan masak lemak cili padi...maka cikNor pun teruslah sediakan
segala rempah-ratus nak dikawankan dengan lala tersebut. 
Lepas tu barulah cikNor meninjau lala yang en Hubby dah siap cuci tu.
Makkkk aiiii...bosar rupanya lala yang en Hubby beli. en Hubby kata sebab lala tu besarlah teruja dia membelinya. Kalau besar macam tu baru puas hati nak makan memasaknya...hehee...
Resepi Lala Masak LemakCili Padi Berempah :
1 kg lala
2 batang serai - diketuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 in kunyit
2 sudu besar ketumbar
20 biji cili padi (boleh nak kurang atau lebih - ikut daya ketahanan pedas masing-masing ler)
11/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit (carik-carikkan)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :
  • Kisar bawang merah,bawang putih, kunyit, halia, ketumbar dan cili padi.
  • Panaskan minyak, tumiskan serai dan bahan yang dikisar - masak hingga garing / pecah minyak.
  • Masukkan santan, lala dan asam keping. Masakkan ia hingga menggelegak, masukkan garam secukup rasa dan daun kunyit. Kacau supaya semuanya mesra.
  • Bila kulit lala terbuka sendiri itu maknanya dah masak, bolehlah matikan api.
 Banyak dan besar...penuh satu kuali...puas hati dapat makan lala tu.


Thursday, October 11, 2012

Puyuh Masak Halia

jeng...jeng..jeng...tahap memasak berada di level yang agak membanggakan...haha
cepat pulak meng-update belog dengan citer-citer masak N makan...
 Kali ni kita belajar masak resepi yang enak banget...puyuh goreng halia gitu

Bahan-bahan :
4-6 ekor puyuh
7 cm halia muda -hiris kecil (kalau xada yg muda tak apa, guna yg dah tua pun jd gak)
1 biji bawang besar - potong baji
3 ulas bawang putih - diketuk
2 sudu besar sos tiram.
2 biji cili hijau - potong serong

Cara-cara :
  • puyuh dibersihkn kemudian golek-golek atas tepung
  • goreng ayam, angkat toskan.
  • panaskan minyak kemudian masukkan bawang putih dan halia, masak hingga wangi
  • kemudian masukkan sedikit air dan sos tiram.
  • masaklah sos ayam hingga sosnya menjadi sedikit pekat
  • akhir sekali barulah diletakkan ayam, bawang besar dan cili hijau...kacau rata-rata
  • voilaaa....dah siap dan boleh dimakan
Psstt...besenya kalau nor masak resepi ni memang tak guna minyak. Esok kene bawa ba

 Tak ada modal nak bercerita laa...layan jer la gambar-gambar puyuh ni...
ermmm...ngantuk tahap Gaban dah ni...choww

Thursday, August 2, 2012

Ayam Goreng Rempah

Happy morning...moga semua orang ceria-ceria selalu dalam menjalani ibadah puasa untuk hari yang ke-14 ini, ALHAMDULILLAH...  Sungguh payah untuk mencuri masa bagi meng-update belog cikNor yang tak seberapa ni. Al-maklum lah usahawan IKS yang dalam proses membina empayar...hahaa

Harap-harap masa yang berbaki ini mencukupi untuk cikNor menyiapkan semua tempahan kukis raya tu (dak Eisya kata, "Kalau eisya kan dah jadi cikgu tak nak lagi ler buat kuih raya atau kek ni...kan dah dapat gaji cikgu") tu komen dak Eisya bila tengok cikNor berembat nak menyiapkan kukis...hahaha
Tu lah...ibunya ngade-ngade nak buat part time bakery...
Resepi ayam goreng berempah ni cikNor buat masa bukak pose ari tu...baru sempat tempek kat villakamimicasamawar (sibuk tahap gaban...huhu). Resepi ni cikgu Ina prasekolah SKBN yang kasi.  Masa tu (sebelum bulan pose laaa...) ada projek makan-makan sempena majlis perpisahan staff SKBN so kitaorang buat la ayam goreng berempah ni untuk jamuan...dak Danial kata sedap tu pasal cikNor mintak resepi ni dari cikgu Ina tu. Mudah jer nak membuatnya janji rajin dan ada bahannya.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil (tak kisah kecik cam mana pun janji senang nak makan)
4 batang serai
4 cm lengkuas
4 cm halia
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  • blend-kan semua bahan kecuali ayam, minyak dan garam.
  • gaul ayam dengan bahan kisar, masukkan garam secukupnya kemudian perapkan selama 30 minit.
  • panaskan minyak kemudian gorengkan ayam hingga masak, angkat dan toskan minyak.
Ayam diperapkan bersama bahan kisar selama 30 minit supaya semua rempah meresap dalam daging ayam tu.
Wangi bau rempah gorengan ni hingga rasa tak sabar nak makan...suke sungguh la kanak-kanak riang tu dapat makan ayam goreng rempah sepuasnya.  Kalau nak taw dak Eisya pembeli setia ayam goreng rempah kat pasar malam tapi bila cikNor dah terror buat ayam goreng rempah ni dia dah tak teruja nak beli kat pasar malam lagi dah...hehe...jimat ler sikit
Kalau tak setiap hari Selasa mesti dia tanya kat cikNor, "Ibu nak masak tak malam ni?"
bukannya apa dia nak ajak pergi pasar malam ler kalau tak masak...rindu kat ayam goreng rempah tu...
Jom ler try...
hurmmm...yummylicious

Thursday, July 26, 2012

Ikan Siakap Masam Manis

Holla semua...
panas betul ari ni erkk...dugaan orang berpuasa, sabar, sabarrr...
Kat sekolah tadi pun rasa macam tak sabar jer nak tunggu time balik sebab tak sabar nak mandi pas tu duduk atas sofa, pasang kipas sambil layan channel 703, 706...tak dapat makan tengok makanan pun oke gak...hehe
Balik dari sekolah kelmarin singgah kat Pasar raya Tunas Manja, menyopping barang masak...en Hubby beli ikan siakap dan ikan pelaling (goreng pun sodap nihh...)
Bila tanya kat dak Danial dan dak Eisya nak masak apa ikan ni??? dak Eisya geleng-geleng jer (kalau ikut budak kecik ni senang jer, dia suka ikan pelaling masak singgang...hehe...tu pasal bila tanya ikan siakap tak taw nak masak apa) dak Danial kata masak sweet sour lah...so jadilah ia sweet sour orang Melayu kata masam manis...(sebenarnya lama jugak dah tak masak siakap sweet sour ni...kira cantekk arr bila dak Danial request tu.)
 Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap - bersihkan kemudian lumurkan dengan garam dan tepung jagung, goreng garing...toskan
1/2 cawan nanas - potong dadu (cikNor guna yang dalam tin jer)
sedikit timun - buang empulur kemudian potong dadu
1 biji tomato - buang biji kemudian potong dadu
1/2 labu bawang besar kuning - potong dadu
1 tangkai cili merah - potong serong
1 tangkai daun bawang - potong 1 cm
2 cm halia - dimayang halus
3 ulas bawang putih - diketuk
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos sweet and sour (kalau tak ada pun tak pe gantikan dengan sos tomato)
2 sudu besar sos tiram

Cara-cara:
  • panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang besar kemudian masukkan sos cili, sos masam manis dan sos tiram - kacau sebati masukkan sedikit air
  • masukkan nanas, tomato dan timun, kacau hingga mesra.
  • masukkan cili merah dan daun bawang kacau kejap kemudian matikan api.  Siramkan sos tersebut atas ikan siakap goreng tadi.
*kalau nakkan kuah agak pekat masukkan bancuhan tepung jagung (1 sudu besar) ke dalam sos. cikNor jarang guna bancuhan tepung jagung sebab sos-sos yang digunakan tu sudah cukup cantik pekatnya...tak terlalu cair atau terlalu pekat.

Menu berbuka hari tu cuma siakap masam manis, sayur mak tam goreng tauco, ulam salad,
sambal belacan dan pelaling goreng.

Mewah dengan potongan nanas, tomato dan timun.
Sangat sedap...sweet n sour gitu....


Menu ni simple jer cuma kadang tu cara olahan kita yang menjadikan ia cukup sedap hingga menjilat pinggan jari !!!