terpaksa meng-update blog menjelang 2 pagi...dalam keadaan tersengguk-sengguk cuba jugak siapkan entry ni. Untuk itu cikNor akan kurangkan berhikayat panjang sebab mengantuk maa...
Ni semua gara-gara HARI MENGEMAS RUMAH SEDUNIA cikNor...sedar-sedar dah lewat.
Royal Mango Cheese Cake yang ditempah oleh Puan Zila dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka sempena birthday anaknya. Disebabkan ini adalah kek orang punya maka cikNor tidak dapatlah nak tunjukkan isi dalamnya...yang pasti rasanya sedap
ROYAL MANGO CHEESE CAKE (7 in)
Base :
160 gm biskut digestive - hancurkan kemudian ditimbang
80 gm butter cair
Filling :
400 gm cream cheese
100 gm gula kastor
3 biji telur
50 gm puri mangga
100 gm sour cream - boleh ganti yougurt
1/4 esen mango
1 sudu teh tepung jagung
50 gm mangga dipotong dadu
Cara-cara :
Panaskan oven selama 15-20 minit pada suhu 170C
Biskut hancur dicampur dengan butter cair - gaul sebati
Kemudian tekankan adunan biskut ke dalam loyang.
Untuk filling-nya, satukan cream cheese dan gula kemudian pukul hingga kembang elok.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga adunan sebati.
Di dalam bekas lain satukan puri mangga, sour cream, esen mangga, tepung jagung dan mangga dadu - gaul sebati.
Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam adunan cream cheese - gaul sebati.
Masukkan adunan filling ke dalam loyang crust tadi kemudian bakar.
Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam adunan cream cheese - gaul sebati.
Masukkan adunan filling ke dalam loyang crust tadi kemudian bakar.
Bakar adunan selama 30 -35 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven kemudian sejukkan terlebih . Simpan dalam peti ais.
Bakar guna kaedah Bain Marie - isi air panas dalam dulang besar kemudian letakkan loyang adunan cheese cake ( faham tak penerangan ni,harap2 faham ler)
Selamat mencuba.
sedapnyer,.. tq share resipinyer
ReplyDeletewelkem,KA (^_^)
DeleteSalam ciknor...tq follow my blog...sedap2 nampaknya resepi dkt sini, insyaallah one day mesti nak try :)
ReplyDeletewelkem,tQ jugak follow blog kite.sudi-sudiknlah mencuba resepi di sini (^_^)
DeleteHi kak, hiasan manga kat atas kek itu digoles dengan apa-apa ke? sebab buah manga nampak berkilat. TQ.
ReplyDelete