villakamimicasamawar

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, December 20, 2015

Awak Tanya cikNor Jawab...Kita Kawan Kannnn...

Assalamualaikum wbt...
Holla..

Entry kali ni cuma nak menjawab soalan daripada kawan-kawan yang sudi 
menjengah ke blog villakamimicamawar.

cikNor mohon maaf sangat sebab tak perasan ada pertanyaan di entry kek coklat moist. Bukan cikNor tak sudi menjawab tapi cikNor tak membelek entry-entry yang lama dan tak sangka la pulak rupanya banyak pertanyaan daripada kawan-kawan...maaf ya...kita kawan kann...

cikNor akan jawab satu persatu yer...
mudah-mudahan dapat menjawab semua persoalan.



Anonymous, (tak de pulak namanya...hehee...) 16 June 2013
- setakat ni resepi inilah yang cikNor guna utk tempahan...memang moist dan lembut.  Kalau nak kukus pun cikNor guna resepi yang ni jugak. Tapi kalau kukus cikNor guna tepung gandum, kalau bakar cikNor guna tepung naik sendiri.

Anonymous, 21 June 2013
- yer cikNor guna api atas bawah. Api atas 140c api bawah 180c. Rasanya kalau merekah tu oven panas sangat kot, jadi cuba kurangkan suhu 160c - 170c. Biasanya kalau oven kecil memang tak boleh guna suhu tinggi sebab nanti terlalu panas. cikNor punya oven memang agak besar...maklum la oven industri punya jadi memang dicadangkan suhu 180c.
- Fresh cream tu whipping cream la. Yang cikNor guna tu non diary, rasanya manis dan ada juga dalam perisa coklat. Contoh jenama popular yang ada di pasaran RICH, VALUE PRIDE. Boleh beli di kedai membekalkan barangan bakery dan disimpan dan peti beku. cikNor suka guna Value Pride sebab kalau terlajak pukul pun creamnya tetap halus dan cantik.

 ecakhairul, 14 July 2013
- cikNor buat guna soda bikarbonat dan baking powder...insya Allah elok jer tak ada bau busuk atau rasa macam hangit soda.  Ikut jer sukatan yang betul. cikNor pun bukan suka jugak dengan bau soda tapi dalam resepi ni oke jer...kalau ecakhairul nak gantikan dengan baking powder mungkin oke jer kot tapi kalau untuk kukus patut guna soda bikarbonat.

zurarayyan, 14 July 2013
- Ganache yang cikNor guna untuk layer di tengah kek sama jer dengan yang disiram sebagai topping. Cuma yang untuk layer tu cikNor sejukkan pada suhu bilik. Sebaikknya buat awal sehari, sejukkan dan simpan ganache dalam bekas kedap udara, jangan letak dalam peti sejuk nanti terlalu keras dan sukar untuk sapu pada kek. Kemudian untuk curahkan sebagai topping tu cikNor biarkan ganache tu suam-suam kuku jadi mudahlah ganache tu meleleh atas kek...dan topping pun jadi cantik dan licin permukaanya.

Variety Collection, 6 August 2014
- cikNor guna non diary whipping cream untuk buat ganache. Rasanya manis, warna putih bersih dan bau wangi macam vanilla. Sesuai untuk topping cake dan buat ganache. Boleh diwarnakan. cikNor suka brand Value Pride ni sebab creamnya sangat halus dan kalau ter over beat still comey. Satu lagi brand yang popular RICH, yang ni tak boleh over beat nanti jadi bintik-bintik kalau topping kat kek tak nampak licin. Value Pride lebih murah daripada RICH. Brand RICH juga ada yang berwarna coklat...harga pun mahal sikit la (^_^)


Yang bawah ni UHT whipping cream. cikNor guna yang ni untuk buat tiramisu, black forest cake, cheese cake, sos butterscoth dan cheeese leleh. Tidak manis cuma rasa lemak. Cepat cair dan kurang sesuai untuk topping kek. Tidak boleh over beat nanti cream akan terpisah jadi air dan lemak pastu berketul-ketul...kalau jadi macam ni jawabnya buang jer la sebab da tak rosak. 

zahra_wardah, 25 November 2013
- cikNor harap dah menjawab persoalan awak (^_^)


Anonymous, 5 March 2015
- Nak buat kepingan tu kena guna acuan. Acuan tu ada jual tapi cikNor beli kepingan tu yang readymade ada jual di kedai barang bakery sebab lagi cepat dan mudah (^_^)

Anonymous, 15 April 2014
- Krim coklat tu campuran dengan ganache. Maksudnya begini...mula-mula pukul non-diary whipping cream kemudian masukkan sedikit ganache ke dalamnya dan pukul hingga sebati. Nanti krim tu akan jadi krim coklat. Ganache tu buat sebelum pukul whipping cream sebab kita gunakan ganache yang telah sejuk kalau masih panas nanti whipping cream tu cair. Cara buat ganache 250gm cawan non-diary whipping cream, 250gm dark chocolate, 25g butter (kuantiti boleh kita ubah ikut kesesuaian, cikNor guna 1:1 untuk whipping cream dan dark chocolate)

Semoga menjawab semua persolan anda semua.  Sekali lagi mohon maaf sebab cikNor terlepas pandang.

Monday, November 26, 2012

Mesti beli wajib beli...harus ADA

Tak tahulah cikNor nak katakan apa pasal insiden kat pasaraya petang tadi...
kedekutkah aku, berkirakah aku???
 
Al-kisahnya, cikNor ke pasaraya untuk beli barang keperluan...dah siap ambil semua barang keperluan cikNor ke kaunter nak bayar harga barang tu. Lepas cashier dah siap kira cikNor pun hulurkan duit untuk bayar sebanyak RM72.95...cikNor hulur duit sebanyak RM73.00 jadinya berbaki sebanyak RM0.05 sen. Lepas tu si cashier hulurkan resit dan dengan selamba buat tak tahu pasal baki RM0.05 sen tu. cikNor tunggu dia hulur...kot-kot dia terlupa. Bila agak cam lama jer cikNor tanyalah pada cashier...dia boleh tanya,
"Eh, akak nak jugak ke 5 sen tu ?"
eh, biar betul cashier ni...ada ke patut tanya cam gitu !
Cuba bayangkan kalau ada 10 orang yang dia dah kutip 5 sen setiap kali buat bayaran...
untung atas angin jer
dalam beberapa minit pasaraya tu boleh dapat RM 5.00 !!!
Masa cashier tu tanya cikNor pun jawablah...
"Dik akak berniaga, 5 sen pun akak kira tau..."
"Kenapa, kalau ada baki 5 sen memang tak payah pulangkan ker ??"
dengan malu-malu dia jawab, "eh, tak derlah kak...pulangkan..."
Lepas tu dia hulur baki 5 sen pada cikNor.
Sebab tu lah cikNor terfikir...kedekutkah aku, berkirakah aku??? hurmmm...konfius (derma kat Tabung Gaza ada gak faedahnya....) 
 
Eh, cikNor tak nak lah membebel pasal insiden tu panjang-panjang...ni nak tolong promote lak...hehe
Tadi masa baca dari belog Azlita Masam Manis tu ada citer pasal majalah Aroma, masa keluar shopping petang tadi berjaya kutemui majalah tu...ada 1 jer kat rak, nasib baik terawal sikit kalau tak berangan jer la... 
 Memang tak rugi membelinya macam-macam ada...resepi pun best-best.
Inilah dia kak Azlita blogger masakan idola cikNor
Sebagaimana yang kak Ita bagi tau dia ada kongsikan resepi-resepi crepe yang sangat mabelles...heaven of crepes !!!
 Menarik kan ???
Ngencess sudaaaa...

Tak sabar nak try sume jenis crepe yang ada dalam majalah Aroma tu...
Dan tak lupa juga resepi yang menarik daripada Rahel...

Betul kan, tak rugi membelinya...harusssss ADA dalam koleksi sesiapa yang suka mencuba pelbagai resepi yang enak dan menarik.

Wednesday, October 19, 2011

Biz Cokelat cikNor...

hurmm...bez tak tajuk entry tu...Biz Cokelat cikNor. Adik cikNor kata kakaknya dah jadi usahawan IKS sempena raya pose ari tu...hahahaa...

Kat bawah ni cikNor juz nak kongsi photos coklat yang cikNor jual...tapi xmasuk dalam kotak la pulak...xper la nanti cikNor tampalkan coklat yang dlm kotak. Sume photos ni adik cikNor yang tolong snap, maklum ler kakaknya tgh sibuk double boil coklat...huhuuu
Yang kaler pink tu perisa strawberry intinya badam / kismis / strawberry...




Sume coklat ni cikNor letak inti / filling...ada badam, kismis, butter kacang, blueberry, strawberry, kiwi & hazelnut.

Aset memBAKING Part II

Hollaa...
cikNor nak sambung Aset Membaking Part II. Sebenarnya photos aset membaking ni dah lama ada tapi cikNor tak berapa nak sempat nak meng-upload-kannyer...(huhuu...bahasa apa lah ni...). Tapi tak kisahlah, lambat atau cepat cikNor tetap tunaikan janji (tunai tetap kami tunaikan...mcm lagu hari guru la pulak...hehehee)

Piping Bag
Yang pertama bagi episod ni cikNor kenalkan pada sume...piping bag. Materialnya daripada plastik. Boleh dibeli di kedai menjual alat membaking. Harganya tak mahal sangat dan boleh diguna berulang kali selagi tak koyak...haaa...jimat dah tu. Cara nak guna kita masukkan nozel (dah ada cikNor tunjukkan apa itu nozel kat entry Aset memBAKING Part I) dalam piping bag tu kemudian gunting sikit hujung piping bag tu agak sepadan dengan nozel tu.    
Spatula
Ini pula spatula. Ada macam-macam jenis spatula tapi cikNor punye koleksi cuma yang ini jer. Nanti la laen kali kalau ada rezki lebih cikNor borong spatula jenis lain lak (yang mahal mcm chef kat hotel 5 bintang guna,hehehe). Yang ni murah jer...  
Cawan Kertas...kalau nak save bajet dicadangkan guna yang ni
Dalam part I ari tu cikNor tunjukkan cawan kertas yang mahal punyer...oke, yang ini murah sikit...tapi yang ini kalau nak guna kene masukkan dalam acuan yang lubang-lubang banyak tu (tin patty) sebab kalau dah masuk adunan kek dalam tu nanti cawan tu akan jadik kembang...tak kisah nak guna yang mahal atau murah kek tu tetap rasa sama...hahaha 

Cawan Penyukat
Ini pulak cawan penyukat kesayangan cikNor. Kisahnya, dulu cikNor bukan taw pun kegunaan benda alah ni sbb cawan ni cikNor dapat masa beli balang Cosway tahun 1998 d0lu...masa tu tak heran langsung dgn kewujudan cawan tu sbb cikNor tak giler membaking lagi. Bila dah terjebak dlm alam membaking ni baru la cikNor kutip balik cawan-cawan tu...naseb la cikNor tak kasi dak eisya wat main pondok-pondok...hahaha...Yang saiz besar tu kuantitinya 1 cawan (250ml), 1/2 cawan (125ml) & 1/4 cawan (62.5ml). Senang ada cawan yang standard ukurannya sbb kalau guna resepi yg guna cawan kita dah tak konfius nak guna cawan yg mna satu. (kredit to Cosway coz that cups...hehehee...) 
Sudu Penyukat
Ini pun penyukat yg penting jugak...sbb ukurannya standard, nk guna sudu dapur rasa mcm tak sama kot ukurannya sbb saiz sudu dapur ni ada mcm2 jenis so nak selamat belilah sudu penyukat ni tak mahal pun dalam RM5 lebih jer...ukuran yg paling besar 1 tbs (15ml), 1/2 tbs (7.5ml), 1 tsp (5ml), 1/2 tsp (2.5ml), 1/3 tsp (1.65ml) & 1/4 tsp (1.25ml). *tbs (tablespoon / sudu besar), tsp (teaspoon / sudu kecil). 
Scoop Aiskrim
Benda 2 beradik kat atas tu pulak adalah...scoop aiskrim. Selain diguna utk ceduk aiskrim scoop ni sangat berguna utk scoop adunan cupcakes. Kalau guna scoop ni kuantiti adunan cupcakes tu lebih seragam jadi barulah kite punya cupcakes tu sama besar...yer la kalau guna sudu kdg2 mcm terlebih isi tak pun terkurang ..tu pasal lah bila dah masak cupcakes tu ada yg naik tinggi ada yg bantut...hehehee

Oke, ini dulu utk kali ni yer..next time cikNor update lg aset membaking ni. Pisau potong kek yg mcm gergaji tu nanti cikNor pos laen hari...jadi, tungguuuuu...

Wednesday, September 14, 2011

Aset memBAKING Part I

Hollaaa...
kali ni cikNor post entry tentang peralatan utk sesiapa yg suka masak-masak. Sebenarnya ini pun atas permintaan salah seorang followers cikNor...bangga gak bile belog cumell ku ini jadi tempat rujukan beliau...thanks MUMMYdah.

Ini adalah Bahagian I (Part I) jadi cikNor akan post lg utk bahagian yang seterusnya berkaitan dgn entry ni. Harap-harap apa yg cikNor share ini boleh membantu pembaca semua especially buat MUMMydah cayang.

Ini gudang bahan-bahan memBAKING cikNor
(baru sebahagian jer ni...)
 
Penimbang digital 
Penimbang digital ni sangat-sangat memudahkan untuk menyukat kuantiti bahan...tepat & jitu. Kalau ada penimbang ni anak-anak kite pun boleh tolong jadi tukang timbang. 

Acuan tat
Inilah acuan yang cikNor guna buat Blueberry Cheese Tart ari tu...acuan ni ada saiz yang lebih kecil lg tapi cikNor baru beli saiz ini jer, nantilah cikNor menyopping lg utk tambah aset...hehehee...acuan ni cikNor beli RM0.90 sen sebiji. 

Cawan kertas (paper cup) untuk kek cawan (cupcake) dan muffin
Paper cup ini ada 2 jenis, yang jenis ini kite tak perlu letak dalam loyang yang ada lubang bulat-bulat tu sebab ia tak mengembang masa bakar (nanti cikNor postkan dalam Part II paper cup yang jenis lain lak yer sebab tak dalam stok cikNor buat masa ni). Harga paper cup jenis ni mahal sikit tapi designnya memang cumell-cumell sangat sesuai utk buat hantaran atau door gift.
Loyang muffin dan cupcake (besar) / tin patty
Oke, itu loyang yang kite perlu ada kalau nak guna paper cup yang jenis nipis tu sebab nak elakkan paper cup tu mengembang. Kat bawah tu pun loyang muffin dan cupcakes jugak tapi saiz kecil. Yang kecil ni juga sesuai untuk buat biskut sarang semut.
Loyang muffin dan cupcake (kecil) / tin patty
 
Acuan (mould) coklat
(1)bentuk daun (2)bentuk kerang (3)bentuk bunga (4) bentuk epal
Itu adalah sebahagian daripada mould coklat kepunyaan cikNor. Harga mould ni bergantung pada jenis material acuan tu. Macam yang cikNor tampal kat atas tu semuanya berharga RM 9.00, tapi berbaloi walaupun mahal sebab mould tu agak tebal dan coraknya shantek-shantek sangat...sebenarnya ada gak yang murah cikNor beli, ada yang RM 2.50 dan ada yang RM 5.00...yang RM 2.50 tu nipis sikit. Mould ni juga boleh diguna untuk buat jelly...so 2 in 1 la kegunaanya.
(1) Pemarut keju (2) Pemukul telur
Pemarut keju tu boleh juga buat parut doh untuk biskut sarang semut. Pemarut cikNor ni halus sikit lubang parutnya...kalau yang lubang besar hasil parutannya kasar sikit. Pemukul telur tu pulak bukan sekadar berguna untuk pukul telur tapi juga boleh digunakan untuk menggodak (kacau) sos keju supaya tak berketul.
(1) Jenis-jenis nozel (2) Berus kecil (3) Berus besar 
Benda alah bentuk kon yang cikNor tanda dengan nombor 1adalah nozel untuk menghias kek, itu hanya sebahagian jer...yang basic. Berus besar dan berus kecil tu pulak sangat-sangat berguna untuk sapu telur atas biskut, sapu butter pada loyang, sapu jem dan sebagainya...
Oke, itu adalah Part I...akan datang cikNor post lak Part II...tungguuuu...

Monday, August 15, 2011

Salam Merdeka Buat Semua Warga Malaysia

31 Ogos 2011 genap 54 tahun negara kita MERDEKA. Bersyukurlah kita sebab hidup dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Maka disebabkan itu kita sewajarnya menghargai apa yang kita miliki sekarang.

Pada tahun ini Hari Kemerdekaan Malaysia serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Oleh sebab itu Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf memaklumkan bahawa sambutan Hari Kemerdekaan ditunda pada 16 September 2011 bersempena dengan Hari Malaysia. Namun begitu aktiviti yang bersesuaian sempena kemerdekaan tetap diteruskan dalam bulan Ramadhan ini.Tema Hari Kemerdekaan pada kali ini ialah 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Oke, itu adalah info ringkas mengenai Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2011.

GPK Koko cikNor yg berposing dengan bendera...siap kibar2 lagi...hehehee
Ustaz Azme pasang bendera kat garaj kete.

Haaa...tengok tu member cikNor sedang bergaya dengan bendera...semangat patriotik tu...


Ini pulak ahli Kelab Rukun Negara yang bawa bendera Malaysia dan bendera negeri-negeri di Malaysia.

Budak Tahun 5 tgh cari lokasi nk gantung bendera...


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan...moga kite sume menjadi rakyat yg bersyukur dilahirkan sebagai warga Malaysia.

Wednesday, August 10, 2011

cikNor nak cakap-cakap pasal TEPUNG

HOLLAaaa...darling sumeTajuk entry kita kali ni "cikNor cakap-cakap pasal TEPUNG"...oke, tak??? Sebenarnya cikNor pernah baca info tentang tepung ni so rasa macam menarik jer utk dikongsikan dgn pembaca sume. Dulu pun cikNor buta gak pasal tepung ni hanya tahu tepung gandum cap kunci biru tu jer, hahahaa...

Rasanya sume org tahu tepung ni adalah bahan asas kalau kita nak buat kuih, kek, biskut, roti & yang sewaktu dengannya. Tapi tahu tak yg sebenarnya terdapat banyak jenis tepung kat pasaran janji kita tahu kegunaannya dlm pelbagai resepi.

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung Hoen Kwee biasanya digunakan utk membuat kuih-muih masyarakat Cina...tapi kalau anda sume perasan ada macam-macam kaler plastik pembungkus tepung ni. Sebenarnya kalau plastik yg kaler oren tu maknanya tepung tu adalah adunan tepung kuning kalau plastik kaler hijau tu pulak tepung hijau dan kene campur dgn jus pandan yg dicampur dgn beberapa titik pewarna hijau. Yang plastik kaler putih pulak tepung tu kaler putih, yg jenis ni kite boleh guna ikut kesesuaian resepi kite.

TEPUNG BERAS PULUT
Ia adalah tepung yg 100% dihasilkan drp tepung beras merah asli...tapi beras tu bukanlah warna merah tapi beras tu adalah beras yg tak dibuang bahagian merah pada mata padinya. Tepung ni kaya dgn vitamin E dan B. Ia juga mudah dicerna, sangat baik utk ibu-ibu mengandung dan peghidap diebetes.

TEPUNG NAIK SENDIRI / TEPUNG KEK
Juga dikenali sbg tepung berserbuk penaik, kandungan tepung ni ada serbuk penaik dan sedikit soda penaik. Tepung ni banyak di pasaran kite...yg paling glamer pd cikNor TEPUNG BLUEKEY la...hehehee...sbb cikNor selalu guna tepung ni utk buat kek.

TEPUNG ROS
Namanya tepung ros tapi bukan sbb dicampur dgn bunga ros taw tapi tepung ni dah dicampur dgn tepung jagung. Sangat sesuai utk buat biskut sbb ia merangupkan biskut kite, walau macam mana pun kite tak perlu kurangkan penggunaan tepung jagung kalau tepung jagung dlm resepi kite tu tidak terlalu banyak. Maknanya tepung ros + tepung jagung can do la kalau nk buat biskut yg rangup...cikNor memang guna tepung ros dlm biskut...hurmmm...mabelles rangup...

TEPUNG BERPROTIEN TINGGI
Tepung ini sngt sesuai utk buat roti sbb daya menganjalnya agak tinggi dan akan jadi lebih sempurna bila diadun dgn yis.

TEPUNG UBI
Adalah tepung ubi kayu atau pun dipanggil juga tepung kanji. Tepung ini akan meliatkan adunan...tapi ada juga org gunakan tepung sagu sbg ganti tepung ubi sbb fungsinya sama jer...meliatkan adunan.

TEPUNG BERPROTIEN RENDAH
Ini pulak tepung yg sangat sesuai utk buat pau...mesti cumell pau kite.

TEPUNG SERBAGUNA
Tepung ini sesuai utk pelbagai jenis masakan sbb tu agaknya dipanggil tepung serbaguna & yg kite biasa guna ialah tepung gandum sbb ia lebih mudah didapati.

TEPUNG GANDUM
Merupakan tepung yg paling mudah kite dpt sbb ia dijual secara komersial di pasaran. Fungsinya sama mcm tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Ia sama mcm susu tepung tapi ia tidak manis cuma rasa lemak berkrim. Biasanya ia digunakan dlm minuman spt kopi & teh. Ia juga sesuai digunakan utk membuat puding.

TEPUNG WHOLEMEAL
Adalah tepung gandum tulen yg mengandungi serat gandum yg tidak hancur. Ia tidak boleh diayak...kurang sesuai utk buat roti atau muffin sbb hasilnya tak cantik...bantat.

TEPUNG HONG KONG
Glamer betul nama tepung ni yer...tepung Hong Kong...hehehee...tepung ni juga dikenali sbg Water Lily Flour. Ia adalah tepung yg sangat putih & biasanya digunakan utk membuat pau. Tepung ini mudah rosak (berkutu atau berkulat) sbb tu ia agak jarang dijual di kedai-kedai. Tapi alternatif lain kalau nk buat pau kite boleh beli tepung pau yg dlm kotak (tepung berprotien rendah) walau pun hasilnya tak sama mcm guna tepung Hong Kong tetapi rasanya masih lg sama.

TEPUNG BISKUT MARIE
Kalau dah namanya tepung biskut marie kompem la tepung ni dibuat drp biskut marie...hehehee...biskut marie tu dikisar halus kemudian diayak dgn pengayak yg berjaring halus supaya ia menjadi tepung yg halus.

TEPUNG KASTARD
Tepung kastard mempunyai bau yg wangi. Jika digunakan dlm kek ia akan mnjadikan tekstur kek lebih rapat. Biasanya tepung kastard digunakan utk membuat biskut. Biskut yg dibuat drp tepung kastard akn menjadi lebih wangi dan gebu...biasanya digunakan dlm biskut samperit dahlia. Ia juga memberikan warna kuning emas yg menarik utk biskut tersebut. Tepung kastard juga selalu digunakan dlm pembuatan puding especially puding jagung.

TEPUNG OPTIMA
Ini pula tepung yg paling sesuai untuk membuat kek keju. Tepung optima adalah tepung yg mengandungi gula di dalamnya.

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung berfungsi sbg agen pemekat utk sos atau kuah. Tepung jagung juga sangat sesuai utk menggoreng kerana ia merangupkan hasil gorengan kite.

>>>>>Rasanya itu saja maklumat tentang tepung yg cikNor nak share dgn sume pembaca. Dalam entry akan dtg cikNor akan beri resepi utk membuat batter yg rangup menggunakan tepung-tepung yg cikNor nyatakan di atas. Jadi...TUNGGUuuuu....

Wednesday, August 3, 2011

Golden Churn Creamy Butter disahkan TIDAK HALAL

Assalamualaikum sume...di sini cikNor nk kongsikn info buat sume pembaca. Kecoh dgn berita butter tak halal jd risau lah jugak maklumlah cikNor memang amik tempahan cookies dan kek...takut lak butter yg cikNor guna tu tak halal. Akhirnya kat TV3 petang kelmarin dah diwar-warkan jenama butter tu...so lega rasanya, yer la nanti tak pasal-pasal sekali ngan cikNor menumpang saham sbb kasi org mkn makanan yg tak halal...dosanyer...surat daripada Jabatan Agama Johor yg mengesahkan butter tu tidak halal. Dalam entry ni cikNor tampalkan jugak gambar butter tu so bile jengah kt bahagian freezer di pasar raya sume org boleh alert...











Sharing is Caring...drp cikNor buat sume pembaca.

Wednesday, June 1, 2011

cikNor cerita pasal madu...

Terjemahan surah An-Nahl ayat 68-69:
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah. Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok dan dan dari apa yang mereka dirikan. Kemudian makanlah dari segala jenis buah-buahan serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang ilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. Akan keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi peranan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu ada tanda kekuasaanNya bagi orang yang berfikir."




Kali ni cikNor nak kongsi info pasal madu lebah. Cite pasal madu ni dipilih cikNor bukan sbb encek Salleh Yaakob telah mengcukupkn kouta madunya tapi disbbkan cikNor nak kongsikan khasiat madu lebah yg tiada tandingannya, lebih-lebih lg madu lebah tualang yg memang dah diakui yg paling bermutu tinggi & berkualiti.



Maksud petikan surah An-Nahl tu sudah jelas menunjukkan bahawa telah berabad lamanya khasiat madu ini diketahui. Kebaikan dan keberkesanan madu dalam bidang perubatan ini juga turut diakui oleh para saintis setelah beberapa kajian yang dilakukan oleh mereka.Rasulullah SAW juga telah bersabda :

"Ambillah / Pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Quran."


~ Hadis Riwayat Ibnu MajahOke, ini cikNor nak share dgn pembaca sume beberapa kegunaan madu untuk kesihatan & juga kecantikan...

1. Kesan terbakar @ melecur

-sapukan sedikit madu pd kesan terbakar. Madu yg bersifat sejuk dpt menghilang & melegakan kesakitan tanpa tinggalkan parut. Madu jugak boleh jd antibiotik sbb bakteria tak boleh membiak dalamnya.


2. Kencing malam

-besenya kanak-kanak la yg hadapi masalah ni...jd bg 1 sudu kecil madu sebelum dia tidur. Kalau nak taw madu ni berfungsi utk menahan kencing & mengurangkan ketakutan kanak-kanak.


3. Kelesuan

-paling senang utk dipraktikkan, campurkan 1 sudu makan madu dlm segelas susu panas setiap pagi...pastu minum. Kita akn rasa segar sepanjang hari & dpt berkerja dgn gumbiranya. Cubalah kalau nak taw...


4. Hiperaktif

-madu adalah sedatif @ pelali lembut yg mengandungi mineral, vitamin, asid amino & banyakkk lg. Kita boleh gantikan gula pasir dgn madu sbb gula pasir mempunyai kadar rangsangan yg tinggi & tidak mengandungi kualiti makanan.


5. Hidung tersumbat

-masukkan 1 sudu makan madu ke dalam bekas yg diisi dgn air panas, kemudian sedut wap tersebut...kepala halakan kat dalam bekas tu dgn kepala ditutupi dgn tuala.


6. Luka @ calar

-caranya sapukan madu pd tempat luka & balutkan. Ia sangat-sangat mujarab utk luka & calar.


7. Keletihan

-campur 1 sudu makan ke dlm air suam @ sesuku (suku dr dlm botol) madu ke dlm sejag air pastu simpan dlm peti ais...pas tu minumlah bila rasa memerlukannya.


8. Pembersih muka

-waaa...ini sudah jimat, boleh diminum & jg guna jd pencuci muka...hehehee...caranya, adunkan madu dgn segenggam oat. Gaul rata spy sebati pas tu tampal kat muka mcm pakai mask. Biarkan setengah jam kemudian cuci bersih. Nanti muka akn bebas dr masalah jerawat...hurmm...bez tu.


9. Masalah penghadaman

-madu + apple cider (cuka epal) & tambah sedikit air, kacau sebati pas tu minum. Minuman ni boleh bantu proses penghadaman kita.


10. Perapi rambut

-madu + minyak zaitun (kuantiti 50:50), sapu kat rambut & balut dgn tuala suam selama setengah - sejam. Bilas rambut dgn syampu & kesat sampai kering...dah boleh digayakan.


11. Sakit kerongkong

-telan 1 sudu teh madu perlahan-lahan. Ini dpt meredakan rasa sakit tekak & dpt kurangkan melecet @ bengkak tisu pd tekak.


12. Stress

-campur 25% madu dlm segelas air kemudian minum. Madu bila dicampur dgn air akn mnjadi penstabil yg baik utk tubuh manusia.


13. Anemia

-Penggunaan madu dlm kehidupan seharian dikatakan mampu meningkatkan kandungan sel darah merah kerana madu sngat kaya dgn pelbagai kandungan mineral.


14. Pengawet makanan

-sekiranya kek menggunakan madu sbg ganti gula ia akan bertahan lbh lama & berantibiotik. Ini disebabkan madu berfungsi utk menyingkirkan kira2 satu perlima cecair & digantikan dgn kelembapan madu.


15. Pesakit hati

-gantikan gula putih (sukrosa) dgn madu yg mengandungi fruktosa & glukosa utk org yg menghidap sakit hati...bukan sakit hati dengki taw...


16. Demam

-utk yg demam ringan boleh try kunyah sarang madu segar sbb ia boleh merangsang sistem imunisasi. Kunyah sarang madu selama 20 minit @ 5 hingga 6 kali sehari baik utk org yg hidap asma.


17. Bayi yang menyusu

-tambah 4 sudu teh madu dlm susu bayi ia akan memberi multivitamin dlm penyusuan tersebut. Kalau najis bayi jd cair kurangkan setengah sudu teh madu tapi kalau najisnya agak keras tambah setengah sudu teh lagi.


18. Ubat gigi bayi

-gunakan madu untuk bersihkan gusi & gigi bayi...sbg sedatif @ anastetik lembut jd x mudaratkan baby.


19. Ostoeporosis

-menurut kajian 1 sudu teh madu setiap hari dpt membantu menambah kalsium & mencegah osteoporosis.


20. Panjang umur

-org yg menggunakan madu dlm kehidupan seharian mereka akn dpt memanjangkn umur & 1 lg fakta yg paling menarik, penternak lebah madu krg berisiko mndpt kanser & arhtrisis berbanding dgn lain-lain pekerjaan di dunia...haaa...nmpaknyer kene tukar profesion ni...


21. Migrain

-1 sudu mkn madu + setengah gelas air suam...sedut pd permulaan serangan migrain. Kalau xberkesan ulang setiap 20 minit.


22. Radang membran mata

-larutkan madu dlm air suam (kuantiti 50:50)...sejukkan, kemudian gunakan untuk cuci mata.


23. Batuk

-campur 6 oz madu, 2 oz gliserin & 2 biji perahan air lemon. Masukkan ke dalam botol. Minum bila diserang batuk


Sebenarnya yg cikNor kasi tu sebahagian jew...ada lg macam-maacam kegunaannya. Jadi tak heranlah kenapa madu tu mahal. Besenya madu tualang lah yg paling mahal berbanding dengan madu yg diternak. Ari tu cikNor beli madu tualang 325ml (sebesar botol kicap saiz kecil) rege nyer RM55...tapi berbaloi sbb sekali jew cikNor minum msa batuk terus baik. cikNor amik 1 sudu besar madu + air limau nipis + air suam segelas...kacau2 pas tu minum...lega batuk tu.

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru

Pada 16 Mei 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan daripada Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Bermula dari tarikh tersebut, 16 Mei telah dipilih sebagai sambutan Hari Guru di Tanah Melayu (Malaysia).


Sambutan Hari Guru yang berlangsung setiap tahun adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan peranan semua warga pendidik yang bergelar guru. Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengajar bahkan mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu hanya insan yang ikhlas,tabah,jujur,kreatif,sabar dan penyayang sahaja yang layak bergelar guru.


Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara telah dipilih sebagai tema pada tahun 2011. Tema ini jelas memberi gambaran bahawa tugas guru pada masa kini kian mencabar kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) dalam pendidikan setiap insan yang bernama guru telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan setiap perancangan pendidikan yang dibuat oleh kerajaan agar dapat melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara.


Justeru, pelaksanaan KSSR dan MBMMBI haruslah dipatuhi sebagaimana yang digariskan agar transformasi dalam pendidikan ini dapat dilihat hasilnya sebagaimana yang dikehendaki.


Selain dari itu,para pendidik juga seharusnya dapat menguasai ilmu Teknologi Maklumat agar dapat membawa perubahan dalam pendidikan. Misalnya dalam KSSR,subjek Sains yang kini dikenali sebagai Dunia Sains & Teknologi (DST) di samping modul TMK (Teknologi Maklumat & Komunikasi) yang mana memberi pengetahuan asas TMK murid agar dapat diaplikasi dalam subjek DST tersebut.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang Ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,

Di bangunan tua sekolah di Hulu Terengganu,

Dia adalah guru mewakili seribu buku,

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

~Usman Awang 1979


SELAMAT HARI GURU kepada semua warga guru.

Friday, May 6, 2011

Jalan-Jalan Kat Pasar Tani

Owhhh...pejam-celik, pejam -celik...sedar-sedar da hari Khamis pun...hurmm...cepat sngguh hari berlalu. Haduyaiii...tarikh 16 Mei dah makin hampir...byk lg keje tak settle. Kene follow up semula tokey kedai kat Bandar Pusat pasal sponser hadiah Hari Guru. Jadi petang Khamis tu aku pun pegi la ke Bandar Pusat,hurmm xmo p sorang ajak adik lah...oke,keje dah berehh jadi kite p pasar tani lah...jalan-jalan cari makan...heehee...Bez p pasar tani pasal byk makanan cedap-cedap yg penting sediakn RM jew dptlh sume yg dihajati...
Aku sangat-sangat suke mkn talam keladi so first gerai yg aku singgah meztilh gerai makcik yg jual kuih talam keladi.
"makcik kasi talam keladi singgit, kole kacang 2 hengget ngan seri muka singgit..."
tibe-tibe aku terpandang makanan ni ::
sapa taw apa nama makanan ni???
Mezti ko org tak taw kan...sebenarnya aku pun tak taw namanya...hehehee...tapi aku temuramah makcik yg jual makanan ni. Makcik tu kata tu namanya sambal hitam belimbing...makanan tradisional org Pahang. Mcm mna lak rasanye, adik aku kata cedapp...die dah bese beli & mkn sambal ni. Adik aku duk kat Pekan sbb die belaja kat UMP, Pekan tu Bandar DiRaja Pahang...selain ada kaw istana,kat situ pun ada kampung2 sbb tu lah kalau nk cari makanan tradisional Pahang senang dpt. Teringin lak nk rasa sambal tu bile adik aku kata cedapp...siap wat miting ngan adik aku..."nak beli ke tak nak erkk???" oke,beli jew laa...nak rasa.
Kalau nak taw rasanya ada masam, masin & pedas, sedap dimkn ngan nasi panas (bukan sedap dimkn begitu saja yer sbb ni bukan roti gardenia)...tapi aku tak taw mcm mna nk wat sambal hitam tu. Kwn kt tmpt keje aku (die org Pahang) bg taw kalau nk wat sambal ni yg cerewetnya sbb nk kene masak belimbing buluh tu sampai kering & jd kaler itam...makan berhari gak la...belimbing + ngan garam (tak pasti la pulak garam byk mna) rebus guna api perlahan...ltk air sikit jew sbb nnti air belimbing buluh tu kuar...masaklh smpi betul2 kering tapi bkn hangit taw...maybe jd itam sbb masam belimbing tu kot. Lg satu die kate besenya diaorg masak belimbing tu dlm tin yg dibuat khas sbb kalau masak dlm periuk jawabnye periuk tu kene kirim kt tong sampahlah bile dah siap masak...nk taw kenapa??? sbb periuk akn rosak jd hitam yg tak akan brkilat semula walau digosok brjuta kali...hahaha...oke, sambung semula cite pasal masak belimbing tu, bile dah kering barulh diaorg wat sambal hitam tapi maaflh aku tak taw lak mcm mna nk masak sambal hitam tu nantilh aku temuramah makcik yg jual sambal hitam tu bile aku p pasar tani lg..hehehe... Besenya diaorg msk belimbing tu utk simpn, bile nk guna bru amik sikit2...kire mcm belimbing awet gitu.Kalau betul cara masaknya belimbing tu boleh simpan smpai bertahun!!!
Kalau nak rasa sambal hitam datanglh ke negeri Pahang... (^_^)