Holla...assalamualaikum,
pejam, celik, pejam, celik...sedar-sedar sudah masuk bulan Mac dalam tahun ini.
Terasa macam cepat betul masa berlalu...(sibuk sangatlah tu sampai tak sedar masa beredar...hehee...)
Betullah tu...biasanya di awal-awal tahun persekolahan ni memang agak sibuk dengan macam-macam program...sukan & permainan, olahraga, tilawah, aktiviti kokuria...bla...bla..bla...
Alamak !!! cikNor kene plan event untuk PPDa...dateline hantar laporan 31 Mac ni. Sempat ke nak buat ni sebab surat siaran baru dapat tadi...next week lak exam pas tu dah cuti.
Tak naklah citer hal sekolah...nanti stress, citer pasal makan best kot...
hmmm...minggu ni banyak pulak tempahan kek coklat moist...mesti kek ni sedap tu ramai yang order (hahaa...angkat bakul lak!!!)
Semua orang tahu kek coklat moist memanglah sedap, nak pulak kalau peminat tegar coklat, diet tolak tepi...coklat mengatasi segalanya...sedap sehh!!!
Sebenarnya ada macam-macam versi kek coklat moist ni tapi cikNor still guna resepi yang ini sebab terbukti sedap serta sangat-sangat moist...lembab...walaupun dibakar...hehehee
Kalau nak tahu cikNor punya versi coklat moist lain sikit...sebab cikNor bukan curah topping ganache jer...saja cikNor buat lain sikit supaya ada kelainan dengan yang orang biasa buat...lagi pun cikNor nakkan ia nampak eksklusif (makanan pun nak nampak eksklusif jugak ker cikNor??? mesti, mesti...eksklusif dan sedap...hehehee)
Kek ini simple dan sangat mudah...sukatan pun guna cawan jer sebab cikNor tak convert ke metrik pun.
KEK COKLAT MOIST ( 8 in )
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
- semua bahan tersebut disatukan kemudian ayak
Bahan B
2 cawan gula (kisar halus)
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
Bahan D
1 cawan air panas
Cara-caranya :
- pukul Bahan B hingga kembang (sampai putih macam adunan bahulu) masukkan esen vanilla.
- kemudian masukkan Bahan C, pukul sekejap supaya sebati (jangan over pukul nanti permukaan kek jadi merekah).
- masukkan Bahan A sedikit demi sedikit, guna spatula kaup balikkan supaya sebati (pastikan tak berketul taw) - kalau nak mudah guna whisk sure bahan kering tu jadi elok tak de ketul-ketul (cikNor guna whisk).
- akhir sekali masukkan air panas kacau hingga sebati.
- tuang adunan dalam loyang yang sudah digris butter & dilapik parchment paper.
- bakar selama 45 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing-masing) suhu 180c. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek benar-benar masak sempurna, kalau lidi tersebut bersih selepas dicucuk maknanya kek kompem dah masak yer...
- kemudian sejukkan sebelum dihias.
Bahan Krim Coklat :
1 cawan fresh cream
1/4 cawan ganache
- pukul fresh cream hingga softpeak, kemudian masukkan ganache kacau rata (boleh jugak pukul sedikit supaya sebati.
Ganache :
400 gm fresh cream
400 gm dark chocolate (potong kecil atau guna yang coins)
40 gm butter
- masak fresh cream hingga keluar buih halus tepi periuk, kemudian masukkan butter.
- bila butter sudah cair masukkan dark chocolate kacau hingga coklat cair sempurna.
* kalau guna periuk vision selepas butter cair matikan api masukkan coklat sebab haba daripada periuk vision sudah memadai untuk cairkan coklat tersebut.
* sejukkan anggaran 2 cawan ganache(bila dah sejuk ia jadi kental macam krim)
Cara mendeko kek, sila rujuk keterangan bergambar berikut (macam bagi arahan jawab soalan Geografi STPM la pulak...hehhhehh...
Kek dipotong menjadi tiga bahagian. Letakkan selapis kek atas redai, kemudian sapukan dengan ganache yang telah sejuk atas kek. Ambil lapisan yang kedua ulang langkah yang pertama tadi.
|
cikNor suka letak banyak-banyak ganache tu...
|
Begini rupa kek yang sudah siap dilayer dengan ganache sejuk tadi.
Kemudian sapu keseluruhan kek dengan krim coklat.
Simpan dalam peti sejuk hingga set (lebih kurang 30 minit - cikNor kadang tu terbabas sampai sejam maklum ler membaking sambil buat kerja lain...hahaa..tak per lama lagi bagus sebab krim tu betul-betul keras so bila tuang ganache ia akan jadi sangat licinnnn...so cantiklah kejadiannya...kompemm!!!!)
Letakkan kek atas redai tu atas takung cam gambar atas tu...apa-apa jer lah janji boleh menampung ganache yang kita akan tuangkan nanti. (Ganache yang lebih tu boleh simpan dalam peti sejuk dan guna semula...ekonomi rumah tangga...hehee)
Seeloknya letak dalam keadaan senget supaya ganache tu dapat meleleh dengan smooth. Sambil tu pusing-pusing kedudukan kek tu supaya sekata ganache tu menutupi kek sedap kita yer puan-puan semua (^_^)
Kemudian sejukkan sebentar dalam peti sejuk supaya mudah kita nak mengalihkan kek tersebut
ke atas papan kek. (cikNor suka guna teknik macam ni sebab papan kek tak comot...lagi pun
malaslah nak mengelap lebihan coklat tu.
Cara mudah nak mengalihkan kek tu ialah dengan menggunakan alat ini..
(tak taw nama apa, spatula jugak kot...hehee, rujuk gambar jer lah yer.)
Kemudian kat kaki kek tu bolehlah buat cam corak kulit kerang atau apa saja corak supaya kek nampak lebih kemas...lepas tu hiaslah ikut kreativiti...sebenarnya lagi simple hiasan lagi eksklusif kek tu...(hehee....eksklusif lagi...hari ini puan-puan semua belajar perkataan EKSKLUSIF...muaahahahh)
Yang ini sebiji lagi kek yang cikNor buat deco simple...cam sarang labah-labah, guna fresh cream. Saja nak try buat deco yang simple...hmmm...cantik jugak kan...(tak de orang nak puji so sendirilah puji...ahakkss...)
cikNor potong macam ni kemudian masukkan dalam kotak dan hantar kat kedai Ee Bakery...
Sudah panjang lebar penerangan untuk membuat kek coklat lembab ni...rasanya sesapa pun boleh cuba buat kek EKSKLUSIF cikNor ni...hihiii...selamat mencuba.
p/s -cikNor share apa yang tahu...tak ada nak sorok-sorok atau kedekut sebab kita semua sentiasa dalam proses belajar sepanjang hayat...teringat ada kawan cakap ada orang terlalu berkira nak ajar apa yang mereka tahu, tak tahulah kenapa...rezeki masing-masing Allah swt dah tentukan...walaupun cikNor dah banyak ajar orang tapi alhamdulillah...order sentiasa masyhukkk...insyaallah...Allah lebih mengetahui.