villakamimicasamawar

Thursday, March 8, 2012

Kek Tiramisu

Dah lama rasanya tak buat tiramisu...sampailah satu ketika tu kawan kat tempat keje order kek tiramisu so start lah project tiramisu untuk tahun ni.  Alhamdulillah...menepati citarasa tuan yang order, lega rasa...yer la sebelum ni dorang bese makan yang beli kat kedai kek tiba-tiba makan yang cikNor buat...

Plate kek tu terbesar sikit sebab ciNor tak perasan pulak yang plate saiz kecik dah tak ada kat gobok baking cikNor,
nak ke kedai udah malam so belasah jer la yang mana ada...hehehe

Basic kek tiramisu ni cuma sponge cake jer...kemudian cream cheese.  Untuk entry kali ni cikNor tunjuk secara ringkas jer sebab cara nak buat sponge cake & buat cream cheese frosting dah pernah cikNor post kat entry yang terdahulu....boleh rujuk kat SINI.

Hiasan itu ikut kreativiti masing-masing ler...cikNor wat sempoi jer...
parut coklat salut keliling kek...siappp


Boleh tayang kek sebiji jer la pasal nak potong tak boleh...orang punyer


Kat atas kek tu cikNor tabur dengan serbuk koko



Close-up


Firstly, kene baked sponge cake dulu...cikNor buat kek perisa mocca


Kemudian buatlah cream cheese frosting...


Air nescaffe tanpa gula, anggaran 1/2 cawan,
kalau tak nak guna nescaffe boleh jugak guna coffee emulco


Sponge cake yang dah sejuk dipotong jadi 3 bahagian


Ini rupa bentuk yang dah dipotong cantik...hehehe


Sapu dengan air nescaffe hingga menutupi seluruh kek ke atas semua kek yang dipotong tadi

Letakkan cream cheese hingga tutup permukaan kek


Tabur serbuk koko.  Ulang langkah tadi hingga habis semua kek yg dipotong tadi

Bila dah siap di-layer-kan kesemua kek tu, masukkan dulu dalam ice-box supaya keras sikit cream cheese tu baru senang nak hias klu tak meleleh pulak cream cheese tu dah tak semenggah rupe nyer.  Kemudian tutup keseluruhan kek dengan fresh cream.  cikNor guna fresh cream coklat....yummy...sedappp

Last posing sebelum hantar kepada tuan punya...


jeng...jeng...ini kek yang dah siap nak hantar kepada kak An...tQ kak An sebab order kek kat cikNor...

Sunday, March 4, 2012

Roti Buah-buahan

Hollaa...
dah lama tak post entry baru...cikNor tak sempat sebab tengah sibuk tahap gaban...huhuhuu...so kali ni post entry baru tapi tak nak cite panjang...

cikNor nak share resepi roti yang baru cikNor buat. Sedap roti ni, rasanya ala-ala roti Gardenia yang campur dengan buah-buah kering tu.  Dua kali cikNor buat siaran ulangan baked this bread...why??? sebab sodapp ler...fresh from oven gitu...hehehee

My first baked, cikNor belanja kawan-kawan kat tempat keje...second baked pasal adik ipar dari JB datang so makan petang dengan roti ni lah...adik ipar pun sangat excited coz dapat makan roti yang panas-panas...
Sedap sangat...nak pulak makan masa tengah panas

Let's check the ingredients...

BAHAN A
325gm tepung roti
135gm tepung bran (wheat bran / wholemeal)
200gm susu segar
15gm bread improver
1 sudu teh baking powder
1 biji telur

BAHAN B
25gm shortening
25gm softener

BAHAN C
10gm yis kering (mauripan atau apa-apa brand...janji yis kering)
110ml air suam
75gm gula
*semua bahan ini disatukan dan biar sampai yis kembang

BAHAN D
35gm butter
7gm garam

BAHAN E
180gm buah-buahan campuran

Caranya:
  • Masukkan semua bahan A kecuali susu segar ke dalam mixer. Gunakan speed 1 dalam masa 1 minit.
  • Masukkan bahan B mix-kan sekejap, kemudian masukkan bahan C dan susu segar.  Adun doh sampai sebati.
  • Kemudian masukkan bahan D. Tinggikan kelajuan mixer.  Adunkan doh hingga benar-benar kembang.
  • Bila sudah kembang barulah dimasukkan bahan E, adun hingga doh sebati dengan buah-buahan campuran.
  • Tutup mangkuk mixer dengan tuala basah untuk rehatkan doh selama 40-60 minit hingga doh naik dua kali ganda.
  • Bila doh sudah kembang, keluarkan doh letak atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung...kaupkan balikkan dengan tangan untuk buang gelembung angin.
  • Kemudian bulat-bulatkan 40gm setiap doh masukkan dalam mangkuk kertas.
  • Rehatkan lagi selama 40-60 minit hingga doh naik sekali ganda.
  • Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu yang cikNor guna atas 140c, bawah 180c. Bakar selama 20-25 minit hingga roti kuning keemasan.
  • Bila sudah masak angkat, glis dengan butter supaya roti lembut.
Doh-doh ini sedang berehat gitu...
lepas ni nak masuk sauna kasi perang kulitnya...hahaha



Angkatan roti yang baru keluar dari oven...wangiiii...
Adunan yang cikNor kasi ni boleh dapat dalam 29 biji kalau nak banyak kecikkan sikit timbangan doh kepada 35gm...
Glis dengan butter supaya roti ni kekal lembut walaupun dah sejuk
let's zoom-in roti sedap ni...hurmm...lembut,
sedap rasa buah-buahan campur tu
P/S- kalau uli guna tangan masa yang diambil ialah 25 minit TAPI kalau guna mixer 15 minit sahaja...so HAPPY BAKING (^_^)

Thursday, February 16, 2012

Jangan buang kalau kek bantat sebab...

Pernah tak buat kek pas tu tak menjadikk...bantattt!!!..Sakit ati kan????
Nak hidang dah tentu kene kutuk kaw-kaw punyer...nak buang pulak terasa sayang pasal dah mengorbankan 5 biji telur, 1 buku butter, gula...campur dengan segala-mala bahan-bahan lagi...huhhh...sangat, sangat rugi kalau di-TONG SAMPAH-kan ia...tu belum campur dengan tazkirah daripada en Hubby lagi sebab membazir...hahaha
TADAaaa...entry kali ni cikNor nak kongsikan tips untuk menyelamatkan kek bantat kita dan sekali gus ia kembali sedap untuk dinikmati.
Sayangkan...nak buang kek tu...memandangkan dah banyak pelaburan dikeluarkan untuk produced-kan sebiji kek. Actually, tu kek yang cikNor buat...dah terbantat, tak taw la angin monsun mana yang melanda...tup, tup keluar dari oven jadi padat macam dodol...huhuuu

Mulanya en Hubby nak makan bila ternampak kek tu tapi cikNor bagi taw kata belum siap lagi tu belum boleh makan...kalau en Hubby makan sah-sahlah dia bagi komen menusuk kalbu macam pengkritik masterchef tu...hehehe...think, thinkkk...nak selesaikan macam mana ni...
Akhirnya...cikNor dapat idea...harap-harap menjadikk ler
Firstly, potong kecik-kecik kek tu...masukkan dalam mangkuk besar.
Kemudian, hancurkan kek sampai jadi macam gini...macam mana nak hancurkan tu ikut skill masing-masing jer lah.
Bulat-bulatkan kek hancur tadi macam guli, kemudian isikan ke dalam paper cup.
Buatlah guli-guli kek tu sampai habis...
cikNor gunakan dak Eisya untuk bulat-bulatkan kek tu...naik boring dia...hahaha...last-last cikNor jugak yang menyiapkan guli-guli tu...



Cairkan coklat guna kaedah double boil...sebaiknya gunakan dark chocolate sebab dapat menyeimbangkan rasa manis kek tu...kalau guna yang dark ada rasa pahit-pahit manis...kan sedap gitu...
Curahkan coklat cair atas guli-guli kek tu...
Taburkan dengan badam cincang / badam hiris / coklat urai yang kaler-kaler...supaya nampak lagi menggoda...
Simpan dalam ice box supaya beku. Kemudian barulah disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Lastly, bila ada tetamu bolehlah hidangkan guli-guli coklat kita.

Psssttt, kalau ada kek yang tak abes makan boleh gak guna kaedah ni...sure laku punyer kek kite tu nak pulak bagi peminat coklat tegar...tak caya try ler
So conclusion-nya, jangan buang kek bantat sebab ia boleh di-transform-kan menjadi satu kudapan yang sangat enak dinikmati...

k, happy baking (^_^)

Sunday, February 5, 2012

Orange Cake with Cream Cheese Frosting

Dah start amik order baking...malas gak mulanya sebab tak abes lagi meng-unpack barang-barang dalam kotak tapi bile kenangkan customer ni dari jauh jadi kuatkan semangat jugak ler. Customer ni nak kek oren tapi tak nak besar...nak yang kecik rasa-rasanya dalam 400gm jer kot beratnya bila dah siap layer ngan cream cheese & topping ngan fresh cream ni.

Puas jugak carik bekas nak isi kek ni pasal bile dah siap decorate nak tutup tak boleh...huhuu...Lastly, cikNor minta nak beli bekas kek yang tuan kedai tu buat display. Nasib la dia nak jual, kotak tu siap dengan reben bagai, maklum ler yang display...tak pe lah janji kek itu selamat sampai kepada tuannya di Kajang.

Saja cikNor tampalkan banyak gambar kek oren ni pasal nak belah isi dalam tak boleh, orang punyerrr...so layan gambar kek sebijik jer la...
cikNor buat kek besar guna loyang 9 in sebab dak Eisya merengek-rengek nak kek oren tapi tak nak letak cream cheese & topping, maknanya kek yang besar tu dipotong jadi kecik macam permintaan customer tu.



oren dan oren dan orennnnn....

Resepi kek :
200gm tepung naik sendiri
200gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
20gm ovelette
80gm mentega cair / minyak jagung - kalau mentega cair pastikan ia betul-betul sejuk selepas dicairkan
80gm air
4gm orange emulco

Caranya :
  • Ayak tepung bersama baking powder.
  • Masukkan telur, gula, ovelette dan orange emulco.
  • Pukul selama 2-3 minit (low speed) supaya semua bahan bercampur.
  • Kemudian pukul dengan high speed lebih kurang 5 minit atau sampai gebu.
  • Masukkan air, pukul lagi selama 10 minit.
  • Masukkan mentega cair, kaup balikkan supaya adunan sebati (guna whisk pun oke...)
  • Tuangkan adunan dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper dan disapu dengan mentega, bakar selama 45 minit atau hingga masak (180 darjah C)
  • Bila sudah masak terus keluarkan kek dari loyang untuk elakkan kek jadi kempis dan berkedut. Sejukkan atas redai kek sebelum dipotong untuk layer dengan cream cheese.

Resepi cream cheese (layer dalam kek) :
 250gm cream cheese (philadelpia)
125gm gula kastor
1 biji lemon (ambil air jer
 - putar cream cheese sampai gebu kemudian masukkan gula putar lagi
 -bila sudah kembang dan gebu elok masukkan jus lemon putar lagi hingga sebati.

 125gm fresh cream
- dalam bekas lain putar sampai kembang, ke tepikan dulu

 125gm whipping cream UHT
 - dalam bekas lain putar sampai kembang
Kemudian masukkan fresh cream dan whipping cream UHT tadi dalam cream cheese, putar hingga sebati. Sekarang sudah boleh guna untuk layer dalam kek.

*banyak cream cheese so yang lebih tu boleh simpan dalam peti atau pun kalau rajin tahap gaban buatlah tiramisu gerenti abesnya cream cheese tu....hehehe..

Itulah itu kotak yang siap dengan reben bagai...yang display pun display lah, janji ada kotak...
cikNor decorate sempoi cam gini jerr...tapi orange filling melimpah-ruah kat atas tu...
Kalau rasa nak buat bolehlah cuba resepi yang cikNor kasi tu tapi kalau rasa malas order jer la kat cikNor...hahaha

Happy Cooking (^_^)